Sunday, November 8, 2009

Naik Pangkat 101 (and how to create a melancholy breakdown disorder)

Saya penjawat awam. Dan saya tidak pernah bangga dengan itu. Pada saya, kerja adalah kerja walau di sektor mana pun. Dan saya tidak rasa pernahnya wujud keadilan di muka bumi yang dikuasai oleh undang undang dunia.

Sektor awam penuh dengan dusta. dan penyakit Yahudi mabuk yang tebal. dan aku mula merasa bangsaku adalah the missing jews. yep. hasad dengki tahap cipan mengamuk. (peduli lah aku nak cakap apa, based on fact, ok?)

ye, saya agak emosional. dan tahap nervous breakdown. terasa ingin buat mission statement macam Jerry McGuire. tapi saya ok.

nanti lah saya sambung... (masih lagi emosi kerana kenaikan pangkat seseorang di pejabat)

Sunday, November 1, 2009

Wednesday, September 9, 2009

melarut air liur di kala pagi semalam.

malam tadi, aku berbuka dengan rakan rakan pejabat.

dan, aku rasa gembira. hampir 90% datang kecuali you know who-lah. tidak mengapa, program ini pun bukan aku yang taja, dan bukan aku perancang utama. jadi, tidak kisah lah.

makanan memang menarik. aku tidak mahu sebut, lagi lagi kalau anda pembaca blog ini dan orang johor pula. nanti terliur. (ok, otak otak kempas, ikan cencaru bakar, ayam bakar, nasi goreng kampung, meehoon...dsb)

ok.

siapa sangka, dalam tengah makan makan, aku mendapat kesedaran. dan ini menambah lagi rasa syukur aku diberi segala macam pengalaman hidup.

iye.

dan segala kewajaran dalam hidup aku, mula bersatu kembali. yeah.

Thursday, September 3, 2009

open up your heart and let the sunshine in.

[entri ini amat panjang, serius]

semalam (03/09/09), pengarah aku mewakilkan seorang anggota pejabat aku ke Meeting di pejabat besar, sedangkan pengarah aku ber-meeting di pejabat aku pula, dengan konsep Pintu Tertutup bersama sama betina bangsat, lubang dan babi sundal.

Ouh Pengurusan Majlis, sila lah lihat perkara ini. sudah sengetkah pengurusan di Majlis ini?.

Suruh pergi meeting tidak mahu, tapi sibuk mahu ke pejabat aku bermeeting lain pula. bagaimanakah?. penting sangat kah meeting di pejabat aku ini? atau sekadar mengadu menghasilkan laba bagi yang berkepentingan?. hah? c'mon lah.

pagi ini, aku jadi telinga bergerak. mendengar kisah kisah luahan hati pekerja bawahan.

dan pagi ini juga, baru aku tahu yang bekalan suratkhabar aku setiap hari (aku tak minta pun benda ini, aku jadikan paper ni sebagai conversation stimulator, untuk catch up cerita cerita pekerja2 bawah aku kerana mereka perlu jumpa aku untuk baca paper) sudah dihentikan. Sebabnya, aku pun tak tahu.

OK, fine. aku tidak kisah pun.

tapi ada isu lain pula. ada anggota yang rendah pangkatnya dari aku, dapat suratkhabar. siap boleh bawa pulang pula?. hebat sangatkah jawatan nya?. OK, untuk lebih detail, dia dapat suratkhabar Harian Metro.

still, aku tak kisah juga. takkan pasal suratkhabar pun aku nak bergaduh?. duit aku sudah cukup untuk beli paper ini jugak. cuma aku nak tekankan, bekalan suratkhabar aku itu, untuk aku dapat catch up cerita dengan pekerja2 bawah aku je. mungkin depa2 ni tak nampak kot benda tu, aku mahapkan lah.

kemudian, insiden terbaru, ada seorang pembantu aku, (biar aku namakan dia W) diletakkan secara tetap di cawangan baru. mengikut perjanjian pada Jun 2009 lalu, hanya untuk 3 bulan. sekarang, tetap pula. ahh.. Ketua Bahagian yang begini kah di lantik Majlis untuk menguruskan pejabat?.

atas sebab sebab peribadi, si W ini, di campakkan terus ke cawangan baru tersebut.

Alasan dari betina sundal tu?.

"si W ni, sangat rajin, berhemah dan bertanggungjawab". - fuck!. FYI, betina sundal tu, tidak pernah pun berbaik sangka dengan si W, bagaimana pula si W ini di cop rajin, berhemah dan bertanggungjawab?. see the oddness?.

Mulanya, si W ini dihantar dengan sang Bujang. (biar aku namakan dia MD), untuk pengetahuan kamu, si MD ini adalah Bujang. dan si W ini adalah ibu tunggal.

secara jujurnyalah, aku bertanya kamu semua. tidakkah ganjil melihat hanya 2 org anggota di dalam pejabat, seorang ibu tunggal, dan seorang Bujang yang berusia dibawah satu bumbung?.

untuk apa kah?.

lalu aku pun intervene, dan settle lah perkara ini. Si MD dihantar kembali ke pejabat aku, dan di ganti pula Si J. (J adalah wanita, dan memang berkelayakan lah untuk menjaga ICT) ok gak lah kan?.

kewajarannya si Betina Sundal itu membuka cawangan baru itu, adalah untuk memenuhkan keperluan Kg.K. tapi jadualnya, agak canggung lah dari cawangan2 lain.jadi aku pun intervene lagi.

"kenapa begini, kenapa begitu?".

lalu ini jawapannya.

Betina Sundal : Jadual untuk cawangan Kg. K, adalah untuk percubaan. Pembukaan nya juga untuk percubaan di Kg. K. Kalau bagus, kita ikut sajalah. kita buat statistik, tengok semua untuk 3 bulan.

Aku : Percubaan untuk apa?. Ikut sajalah yang lama.

Betina Sundal : Pengarah suruh buat yang baru.

Aku : hoh?. ok, ikut puan lah.

kemudian aku bertemu pembantu2 yang lain, bertanya tentang kebenaran cerita ini, semua tak tahu, atau buat buat tak tau. OK, fine. tak kisah.

lalu aku bertanya pada Pembantu penerbitan, sama ada sudah disiapkan Semua buku daftar pengunjung, Borang Statistik peminjam, dan Buku daftar Kerja.

korang nak tahu jawapan dia apa?...

TIADA ARAHAN PUN.

see, betapa bodohnya betina sundal ini.

kalau benarlah, dia nak buat percubaan, nak buat statistik, mestilah semua buku daftar untuk itu semua dah siap. fully planned. korang nampak tak?. tindakan dia sebenarnya, nak buang si W tadik, ke cawangan Kg K, biar rasa hati dia gembira.

satu serangan peribadi kan?. fuck.

dan pagi tadi, dikeluarkan pula si J dan digantikan dengan si H. dan kumpulan si H ni, hanya ada 2 orang saja perempuan, Si S. dan si S ini, dibiarkan terumbang ambing seorang diri, dalam kumpulan yang semuanya lelaki.

bersifat peribadi lagi kan?. sementelah si S ini, baik dgn si W. lagilah betina sundal itu angin.

dan aku pula baik dengan si W.

dan seterusnya, betina sundal itu pun buat macam macam untuk menggoncangkan tasik kemarahan aku.

Heheheh.. aku tidak kisah pun.

oh, sebelum aku sign-off, minggu pertama ramadan itu, ada perjumpaan dgn PRA dan PAR di pejabat Betina Sundal. aku dijemput sekali. oh wait, aku?. why me?. sebenarnya pembantu yang patut masuk. bukan aku, sebab bawah aku, ada pembantu, baru PAR dan PRA. kan?. jadi aku tidak perlu masuk. tapi rupanya ada udang lagi.

Rupanya, dia nak paku aku depan budak2 ni, dan aku dihujam dgn kata kata pedih. hahaha. tak kisah pun. dan tibalah dia bersuara tentang Unit Kaunter, yang dikatakan penuh dgn budaya tidak bagus, main game, dan tidak beruniform. (fyi, kaunter aku ni, dipantau dgn CCTV, dan monitornya hanya ada di meja si Betina Sundal). dan aku diarahkan oleh betina sundal untuk memantau kaunter... hahaha.. korang nampak tak betapa bodohnya dia?.

Macam mana aku nak pantau kaunter, sedangkan monitor CCTV tu, ada kat meja dia?. BANGANG KAN?.

tapi, aku dengan sinisnya bercakap, "err.. puan, saya nak satu jugak monitor CCTV ni kat meja saya, senang sikit nak pantau...."

terbakar tak?.



Times will tell, my friends.
Times will tell...

Monday, August 24, 2009

3 hari berpuasa.

Assalamualaikum.

hari pertama aku berpuasa dengan tenang. mata di jaga (sebab aku duduk kat rumah je), mulut pun cantik di simpan. petangnya aku menghambat pulang ke Pontian, dan terus membaham kuih apam ciptaan Mama. (errr... Mama ni, adalah Kak Ngah aku, dipanggil mama sebab anak anak dia panggil mama, terus lekat sampai la ni).

hari kedua berpuasa, aku tidur sampai tengahari, urut urut kaki bapak. sakit katanya. Ok, fine. bukan nak kejar title anak mithali, cuma aku je yang sedar tengahari tu. cucu cucunya sibuk bermain tembak tembak di bawah pokok duku. petangnya usai solat asar, aku pun memecut pulang ke P.gudang. hendak mengejar tarawikh di Masjid Perjiranan 9.

hari ketiga puasa, (tadi la) aku telat bangun sahur. sedar sedar sudah imsak. maka aku menggosok gigi sambil menunggu air panas masak. (untuk mandi ye, bukan untuk buat mee instant :)) ouh ye. hari ini hari bekerja.

dan rasminya, bila hari berkerja memang puasa aku jadi lapar dan dahaga sahaja. senario pejabat aku yang memang mengajak aku ke jalan mungkar. muahahhaha.

berdetik punch card biometrik aku itu, mulalah pahala puasa aku menyurut dengan drastik.

1st stop, tengok bilik Ketua Bahagian. ding!. dia takde. ok fine.
2nd stop, tengok meja pembantu penerbitan aku, ok. dia ada. hensem. boleh sembang mak limah sikit. bla bla bla... saya kena jaga kempas, dengan Mat June. ok.. bla bla bla. settle.
3rd stop, meja aku lah. tengok suratkhabar tersusun kemas.

yesza.

baca paper, sambil mata terpejam pejam kerana mengantuk. Haiii mata, Haaaii nyawa. Takpe. aku cuba gak lah mengjegil2 mata supaya tahan.

ok.

jam berdenting 12.45tengahari. aku membuat senarai Kerja Lebih Masa, tapi mata aku mula terpejam pejam. tak boleh tahan. lalu aku pun menyelinap ke bilek aktiviti. Masa Ain sms aku pun, entah apa2 aku jawab tah.

BUMP!. tido.

pukul 2 ptg, aku bangun. dengan segar bugar.

yeah... baru boleh berkembang.

Pom pom pom. Ketua Bahagian membebel. Yesza... (pahala aku mula berdikit dikit turun).

aku biarkan.

Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom, ada pegawai pun buat tak tau je... Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom semua buat tidak ambil endah. Pom Pom Pom Pom Mari semua anggota, kita kemaskan bilik pengarah. Pom Pom Pom Pom

dan berderet deret pembebelan dia. aku biarkan. Sabar sabar.

kemudian, Kak Jamiah menegur aku.

K.J : Incek Syah tidak pergi menghias bilik pengarah?. Katanya kita dapat pegawai baru.

I.S : ouh, tak perlu ramai ramai ke situ. cukup 3 orang. bukan kita nak kosongkan pun bilik tu.

K.J : dah siap siap plan nak sambut pegawai baru ke, Incek Syah?

I.S : plan apa?. semua dah siap dah orang lain buat. yang jilat tetek, yang jilat bontot, semua ada. Saya amek yang lebih lebih lah cukup lah. Jari dia takde orang jilat, saya amek jari la kan?. Ok tak.? Lagipun, diorang semua dah ready. saya je taknak masuk campur. Saya kerja dengan ikhlas.

Serius, pahala puasa aku jadi kosong.

Jadi, ari ni adalah puasa lapar dan dahaga.

sekian terima kasih.

sedikit nota untuk Dato' Bandar yang baru ni.

Tuan Haji, bawak bawak lah tengok pengurusan kami ni, ketua bahagian nya suka bela anak emas, yang suka tidur di kaunter itulah yang dapat Anugerah Cemerlang. Yang selalu hilang di pejabat itu lah yang di kelek menganduh habuan dari supplier. Yang suka ketawa kuat kuat itu lah di angkat jadi peneraju pentadbiran.

Saya tidak mengejar ini semua. Tapi, janganlah di jaja cerita saya ini sukar berkerjasama, pemalas, dan tidak efisien. Saya tidak suka mengendeng, tidak suka menjilat dan tidak suka membuat cerita jika tiada pucuk pangkalnya.

Saya sedang training untuk menjadi Drama Queen. :)


SubhanaAllah. Bukakanlah hati mereka mereka ini.

Tuesday, August 18, 2009

mencerca menghina dan segala keaiban nya.

Insya Allah pagi rabu ini (hari ini lah) akan berlaku sesi bergambar untuk kad raya jabatan aku. dan itu dah cukup mengembirakan.

adab aku bila nak berkerjasama dengan makhluk makhluk Allah di pejabat ini, ialah dengan menunduk hormat bagi memudahkan kerja. Mungkin atas sebab pangkat darjat, mereka jadi hormat. dan kerja aku jadi mudah.

seperti biasa bila aku inginkan kerjasama, akan aku letakkan nota di papan notis.

lebih kurang macam ni lah

"PERHATIAN...

satu sesi fotografi untuk kad raya akan diadakan pada 19hb ogos 2009.

semua anggota diwajibkan hadir, dan memakai baju koprat hijau."

jadi mudah kan?. korang pun paham yek?


untuk berlaku adil. maka aku senariokan tarikh aku meletakkan nota tersebut.

17hb Ogos 2009.

dan si betina bangsat tu baru je naik dari berkursus. jadi bilanya aku nak berkomunikasi dengannya kan?.


to make matters worse, tadi dia mengamalkan dasar tutup pintu. merajuklah sebab aku tidak langsung menegur dia waktu balik dari kursus tempohari. (memang aku tak tegur, membazir je tegur. nanti dia bawak mulut pulak cakap aku mengada ngada)

dia emo, ok?. dasar perempuan murahan.

kemudian P.A dia beritahu pasal program fotografi itu. kau nak tau jawapan dia?. (B.B adalah utk betina bangsat)

P.A : Akak, esok ada majlis bergambar. ramai ramai, pakai baju koporat hijau.
B.B : Akak tak tau pun. En.Syah tak cakap apa apa pun.
P.A : Eh, ini saya beritahu akak lah. Siap En.Syah letak notis kat Notice Board lagi.
B.B : Akak tak mau pergi lah. Macam tak dijemput je. En.Syah tak cakap personally dengan akak.
P.A : hah?. bila dia nak cakap dengan akak?. akak kan baru naik cuti. ari ni, akak tutup pintu satu hari... jadi.... emmm... takpelah...nak kena jemput ye kak?. iye lah... nanti saya beritahu En.Syah.

(lima minit kemudian)

P.A : B.B nak jumpa En.Syah.
E.S : Nak jumpa?. Buat apa?. Nak kena sembah dia ke?. Sama gred pun nak sembah ke?. wtf?.
P.A : Itulah, dia nak hormat dari En.Syah.
E.S : Suruh dia hormat diri dia dulu. Pastu, baru saya hormat dia. Saya dah bagi Notis, semua orang boleh pergi. Cik Wani pun ok je. Jadi kenapa dia nak melebih2 pulak kena jemput?. Notis tu kira jemputan la kan?.

-end-

sebelah petang tadi, si pemandu yang paling suka buat provokasi itu mula mencucuk si Betina Bangsat. aku hanya melepak di meja aku sambil buat kerja.

(P.B as is PEMANDU BANGSAT)

P.B : Puan, dah tengok notis tu? (sambil cakap kuat kuat biar satu pejabat dengar) esok nak turut serta ke?.
B.B : Mintak mahappppp... (cakap kuat kuat jugak) orang tak jemput aku, aku taknak datang. Biarlah esok jadi apa. Aku tak mahu masuk campur.
P.B : (sengih melebar dengan harapan aku turut serta memaki, tapi aku biarkan aje)

see?. see how idiotic her was?.

Kebudak budakan.
Bodoh pun iye.
Sombong pun iye jugak.
tidak profesional.

ada ke merendah rendah kan aku depan pemandu?. depan staff lain?.

aku memang buat buat tak dengar, sebab bangang lah kalau aku retaliates kan?

aku bukan nya nak melayan perangai bodoh korang. aku nak satukan jabatan, biar orang tengok satu jabatan sanggup buat benda bersama sama. bukan nak berkelompok. bukan nak berlagak dengan pangkat. aku nak kita semua bersatu. ikhlas berkerja.

"apa kelas makan kat warong? apa standard?"
"pengarah belikan akak dompet baru, beratusan harganya..."
"banyaknya harddisk sampai 160, akak nak satu je.."

weiii... fuck you lah. mak engkau, kalau dengar ayat tu... dia bangun dari kubur, maki kau balik kau tau tak?.

"anak tak kenang budi, sia sia aku lahirkan kau. perangai bodoh mcm babi."

sekian terima kasih.

*mak dia pun masuk balik dalam kubur*


haiiishh.. offensive betul aku hari ini.

Friday, August 14, 2009

pedih pedih merangkumi jiwa.

dari pukul 7 ptg tadi, aku tidak makan.

bukan sebab ketiadaan nasi atau ketiadaan wang, ataupun sebab aku malas, tapi kerana tetiba aku rasa dah kenyang. mungkin atas natijah makan benda yang berkat dan halal asasnya.

apa sahaja aktiviti aku hari ini?

dari pagi, selepas mendaftar diri menggunakan sistem pengenalan biometrik (punch in lah kata pasarnya) aku pun membuka dada akhbar. selak selak, takde pape.

jadi aku terus ke kaunter pelanggan yang akan di buka jam 9 pagi setiap hari. aku hidupkan semua PC di setiap penjuru, sambil melihat lihat masalah jika ada. semua ok. kecuali PC untuk pemulangan mengalami kerosakan pada barcode scanner nya. sedikit catatan ku tulis untuk memo pada pembantuku.

jam 9.30 pg, aku pergi minum. makan makan sambil sembang mak limah.

tepat jam 10.00pagi, aku menyusur pulang ke pejabat. Ketua Bahagian Pembangunan Insan menghubungi aku mengesahkan penyertaan beliau untuk program hari sabtu ini. Kemudian pembantunya menelefon aku memastikan cheque tempohari sudah dihantar.

Alhamdullilah.

jam 11.00 pagi, aku menghubungi Unit ICT untuk pemberitahuan masalah scanner pagi tadi. jadi, semuanya selesai.

itu lah rutin kerja aku.

pagi check sistem, buat troubleshooting.
tengahari check sistem, buat troubleshooting
petang check sistem dan mengumpat.

hari jumaat buat backup.

petang jumaat buat blog.

pukul 6ptg aku balik rumah.

menghadap kesesakan jalanraya di johor bahru ini.

6.45 ptg sampai rumah.


itulah hari hari aku buat.

jadi, kalau orang beritahu yang aku tidak buat kerja. aku redho.

apa yang mereka mereka nampak, aku duduk sahaja menghadap komputer. entah buat apa tah.

tapi mereka faham tak, kalau mereka "on"kan PC tu, mesti ada satu recognization phase untuk mereka masuk sistem. bukan tekan tekan nombor, benda tu masuk sendiri.

kalau network printer tu boleh print, mereka masih ingat benda tu hidup sendiri.

kalu mereka mengimbas BARCODE, memang akan terus di ketahui asal usulnya. tanpa orang masukkan data.

jadi, benda tu semua automatik la kan? BODOH? kan? kan?


kalau kau tidak boleh access internet, tidak boleh nak acquire ISBN dari LLLB, kau tepuk tepuk je lah monitor tu... kot kot boleh kuar.



SYAH TU TAK BUAT KERJA.

YE.

AKU TAK BUAT KERJA. yesza.

best gila office aku ni. kimak kau lah sial.




sekian terima kasih.

Wednesday, August 12, 2009

Penat. dan magik hari rabu.

Assalamualaikum.

Entri kali ini memang secara langsung dari meja pejabat aku. Pertama kali aku mencuri masa menitipkan tulisan dari meja aku sendiri. (biasanya dari bilik server, takpun di meja perkhidmatan pelanggan yang memang 24jam internet percuma).

Terus terang aku katakan, aku bukanlah penulis yang baik. "Baik" di sini, lebih menjurus kepada kesopanan aku dalam menulis. Bukan kebagusan aku menulis.

hari ini agak menarik jugak.

Maghrib tadi. aku bertemu si Koja. (bagi sesiapa yang satu kampung dengan aku, maka nama Koja ini adalah sinonim dengan memandu motor secara laju dan isu isu khayal bawah jambatan). dan magiknya, Koja kini sudah Berserban dan berdahi hitam.

Alhamdullilah tuan.

Aku ingat lagi circa 1993, hanya T-shirt Iron Maiden, Queensryche, Sodom dan lain lain kugiran meminum darah saja pakaiannya. Permainan hariannya ialah sekotak drum buatan sendiri (siap tom tom dan high hat) yang diketuk dari tudung periuk. sedang aku dan rakan rakan lain masih khayal dengan He Man dan Spiderman.

kemudian selepas SPM, aku menghilang.

dan cerita Koja terus tamat di situ.

Sekitar 2004, aku bertemu kembali si Koja ini. sudah bercewek dan ingin berkahwin.

aku iyekan. Nanti kita jumpa lagi, katanya.

Insya Allah.

dan sesungguhnya Allah temukan lagi kami. Jodoh kami masih panjang. dan Koja yang aku lihat tadi adalah versi re-furbished.

entah bila dapat aku bersembang lagi tentang Sodom dan Helloween lagi dengannya.


dan Magik hari ini lagi.

sedang aku browsing sekitar blog. aku berjumpa pula dengan FLY.

10 tahun tidak ketemu. (kali terakhir di UiTM Lendu waktu aku extend part8 circa 1999). Rakan rakan nya menjadi rakan se-asrama aku.

ORETRUCK, ADI, POKNIK, MIKEL, dan sapa tah lagi.

aku masih ingat si fly ini dengan kacamata spunky ala ala Kurt Cobain.


Hey. akhirnya, aku jumpa jugak kau Fly.

i felt like i'm home already.

Thank You.

Wednesday, August 5, 2009

Verses of Love

Aku memang meminati karya Hanung Bramantyo (Brownies, Catatan Akhir Sekolah, Jomblo) kerana ianya lebih dekat dengan manusia, walaupun karya karya beliau ada yang agak cliche, tapi pedulikan lah.

aku suka. Kau tak suka, aku peduli apa?.

dan petang tadi, selepas aku dibebani dengan kerja kerja pejabat, aku melungsur ke Music Valley. Niat di hati ingin mencari laskar pelangi, tapi aku terjumpa Ayat Ayat Cinta. Akhirnya. Setelah terlepas tayangan di pawagam Malaysia, aku dapat juga melihatnya dalam kotak tiub.

Di sini, aku tegaskan. Aku sudah membaca naskah tulisan Habiburrahman El Shirazy ini, dan seriusnya, aku begitu beriya mahu menonton naskah filemnya. tapi masa tidak pernah menyebelahi aku, jadi aku pun sekadar berpesan pesan dalam hati, Insya Allah aku dapat menontonnya.

Walaupun pelakon pelakon dalam filem ini, tidak menepati bentuk watak imaginasi novel tersebut, tapi faktor itu terlalu minor. Jalan cerita, dialog (dipermudahkan) dan situasinya tidak berbeza dari naskah tulisan.

cuma watak watak dalam penjara itu dinatijahkan sebagai seorang sahaja. bukan lima. bukan ustaz. bukan sang sahibul kahfi yang terbangun di kala semua pencakar langit menabur baja di bumi.

Islam itu SABAR dan IKHLAS.

Ya Allah. Betapa kita lupa bahawa kita terlalu sombong di muka bumi ini. Kadangkala kita sombong dengan udara yang Allah beri. Allah tidak pernah meminta, malahan tidak pernah berkira dengan kita.

Kenapa pula kita perlu berkira2 dengan Nya?.

Kalau benar kita ikhlas, kenapa pula kita sibuk mecongak pahala bila melakukan kebaikan?. Ya Allah. Kadang aku lupa ya Allah. Aku lupa.

Mungkin ingatan Allah di berikan dalam pelbagai bentuk natijahnya (filem, buku, bencana) cuma kadang kita tidak pernah berhenti untuk berfikir sejenak.

adakah kita layak meminta itu ini dari Allah?.

Aku sombong ya Allah. Aku sombong dengan Kau. Aku lupa bahawa mereka mereka yang kau berikan kepada ku setiap hari, adalah cermin untuk aku. Supaya aku berpesan di hati, jangan lah aku berubah menjadi mereka mereka itu.


Keinsafan datang lagi.



Amin Amin Ya Raballamin.

Monday, August 3, 2009

ada sebab kenapa aku tidak ketawa tadi... (satu epik personality disorder)

aku sebenarnya boleh jadi sangat jahat. semangat jahat + yahudi + babi sondol aku telah lama ku simpan dalam lubuk. tapi lubuk itu, 2 -3 minggu ini, telah digegar2. malah sudah mula lubuk itu cetek airnya...

lagi lagi semenjak aku menetap di JOHOR BAHRU. bukanlah aku nak cakap orang JB semua jahat, tapi keadaan di JOHOR BAHRU menagih kikisan kesabaran aku. dari sensor pemanduan yang agak kurang ajar (aku rasa orang PENANG lagi melulu pemanduannya) hinggalah attitude beruk masuk kampung yang aku rasa memang patut di sepak. (sila bunyikan seperti bolasepak).

fuck.

aku berasal dari kampung jugak.

tapi aku tidak drooling over facebook, (apatah lagi kalau pengarah yang bukak facebook dia dan kau pun jilat tetek dia). aku tidak percaya semua orang yang hisap rokok itu adalah jahat (seperti dalam filem2 Yusof Haslam) kerana itu semua hanya watak picisan yang tidak digarap sepenuhnya oleh Abg Yusof. aku rasa yusof haslam ni, kena tengok cerita The Usual Suspect atau SE7eN. biar dia tahu orang yang berlagak baik pun boleh jadi orang jahat.

eh, aku melalut.

babi lah.

setiap hari aku berdoa bahawa kebahagiaan akan wujud di pejabat aku. dan selalu nya kebahagiaan akan wujud bila pembawa bencana bercuti atau sibuk menjilat tetek si pengarah.

ye, aku sangat jahat mulut.

selama ini pun, mulut aku memang jahat. cuma aku je kurangkan darjah mencarutnya demi mencari segenggam nasi. bak kata sani tempohari...

"awak ni kan, bagus buat bisnes. orang akan beli barang sebab kata kata awak kritis dan mencetus minat untuk membeli"

mungkin aku sudah salah masuk pejabat. dan juga mungkin memang aku tidak langsung berpiawaian untuk masuk ke sektor kerajaan. kerana mulut aku yang kritis dan suka mencetus provokasi.

pelik jugak, bila seorang yang ber-gred kan 41, boleh ketawa terhadap lawak bangsat yang aku rasa low level habis.

terasa seperti beruk yang baru masuk kampung.

kalau aku, memang aku dah syarahkan dengan pendirian ...

"who are we to judge people this and that?"

jadi, bila aku tidak join sekali ketawa ketawa bangsat itu, lalu aku di cop sombong dan berlagak. PERGI LAH KORANG MAMPUS.

aku tidak akan sekali kali menjatuhkan jatidiri aku hanya kerana ingin mendapat pengiktirafan dari seseorang yang aku tidak pernah hormat. orang yang tidak pernah menjaga maruah kakitangan bawahannya, dan tidak pernah mempertahankan anak anak buahnya. malah ditindasnya dengan cercaan dan kejian yang berbau peribadi depan pengarah.

ingatlah.

kerana ada anak anak buah itulah, kita ada kat atas...

think about that.

ouh ye.

ada satu masalah.

sekarang, di pejabat aku... ada tiga orang pegawai. semua sama gred cuma berbeza kelulusan dan senioriti.

dan atas sebab senioriti, si betina bangsat itu jadi ketua bahagian. dia ada STPM sahaja. itupun tahun 1990-an dulu.

macam mana tah office aku ini, pelik.

dipilihnya orang yg tidak berpengetahuan langsung pasal pertadbiran pejabat, dipilihnya orang yang busuk hati, dipilihnya manusia yang tidak tahu langsung pasal sistem. (ulang suara, harddisk tu bersaiz 160 ye, bukan kuantitinya 160 keping)

aku maafkan lah. sebab dia pun tidak belajar tinggi. tapi, kalau aku lah jadi dia, buat buat tak tahu sudah. iyekan aje.

kalau dah bodoh, sudah mencukupi. aku maafkan.

bodoh sombong... boleh pergi mampus.

YEAH.!!!!

Friday, July 31, 2009

uncool. dan tidak updated.

baru baru ini, (sebenarnya sebentar tadi) saya menjamu selera di KEDAI X bersama rakan rakan pejabat. untuk makluman anda pembaca semua, rakan rakan pejabat saya semuanya kemas dan tidak selekeh. metroseksual. dan semuanya ada piawaian untuk makan di mana dan bagaimana.

saya? adalah berlawanan. warung SKG depan kilang bateri tu pun saya bantaikan.

pada saya, janji sedap dan mengenyangkan.

halwa muzik saya merangkumi semua. dari emo, screamo, hinggalah clasiccal tune of Vivaldi, Strauss dan Wagner. ouh, saya juga dengar Willie Nelson. Yuna juga.

Lagi satu, saya minat lagu lagu A.R Rahman. ways before his "Jai Ho" and Slumdog Mania..

Dil Se adalah salah satu soundtrack kepunyaan A.R Rahman yang saya gemari.

Jadi, apabila nada dering telefon bimbit saya mengalunkan lagu Jiya Jale, maka rakan rakan pejabat saya semua menjeling. dengan nada "apa class dengar lagu hindustan?"

shiite.

begitu juga bila saya mendengarkan lagu MUH "lagu ku untukmu" seketika dulu, sebelum mereka menang Juara Lagu.

"lagu apa ni?" "bingitlah" dan "entah apa apa".

itulah komen mereka.

bila sudah menang, barulah kata wow.

enigma rakyat kita.

begitu juga waktu saya membawa handbag. lalu di kutuknya dan dikatakan "GAY!". how cruel.

saya siniskan dengan berkata, "korang tunggu kalau orang popular pakai, atau aznil pakai". semua cakap "wow, cantik...". dan semua berebut pakai juga.

dan baru baru ini, cristano ronaldo pakai, dan hampir semua manusia di malaysia sudah mula menggunakannya pula. rubbish.

begitu juga waktu ekin memperkenalkan trend tudung nya. semua orang pakai.

sedangkan, trend tudung itu datang dari INDONESIA.

begitu juga sewaktu demam tudung Wardina, semua semua sudah mula berdemam2. sedangkan ianya berfesyen dari iran.

makanya, bila celebrity yg guna, semua pun woahhhh....

kenapa kita tidak mulakan dulu. kenapa kita tidak mau jadi trendsetter?.

macam juga industri fotografi di malaysia. seingat aku, dentuman DSLR baru baru ini je. itu pun setelah DSLR jadi murah dan mampu di miliki. lalu semua menggantung DSLR ke hulu hilir. menembak2.

trend juga.

bila semua nak BerHDR. semua kemaruk.

aduyai.

lagi satu yang aku cukup menyampah, ada yang claim pakai DSLR, gambar jadi smart dan cantik. Ini penyakit semua manusia. Pakai DSLR, tak semestinya gambar kau smart. yang penting teknik. TEKNIK squidward... TEKNIKKK. Takpe... TEKNIK boleh dipelajari.

pakai kamera point and shoot pun hensem, kalau kau tahu tekniknya.

chessss.

ikut pepatah mamat ni.

"photographer create the image, the camera take the image, and photoshop do the rest".

chalooooo...

Monday, July 27, 2009

what? it's end of july already....?

Assalamualaikum.

hari ini, aku senaraikan 10 klip video (not in order) yang menjadi kegemaran aku. dan sedikit anekdot kenapa aku menggemari nya. mana tahu, mungkin kau juga meminatinya. cheers mate.

terima kasih Mtv.

1. Radiohead - House of Cards. Cool effect.


2. Bright Eyes - First day of My Life.


3. Drowning Pool - Enemy.


4. Between The Buried and Me - Alaska.


5. Garbage - I'm only Happy when it rains. Butch Vig Butch Vig (clap)


6. disagree - crumbs.


7. Pesawat - Mirage. (sila cari norman hakim dalam vid ini)


errr... yang lain nanti dulu lah.

Wednesday, July 8, 2009

nawaitu.

setiap hari niat saya berkerja ialah untuk mencari rezeki. dengan ucapan bismillah, saya berkerja dengan tekun. dan saya tidak memperdulikan orang lain.

dan sikap tidak memperdulikan itu, memakan diri saya.

sesungguhnya, (pada siapa yang kenal diri saya) saya tidak pernah menjadi "larger than life". untuk menjadi "drama queen", saya tidak mahu juga. waktu saya di sektor swasta dulu, memang saya tidak pernah mengacau orang.

saya dengan kerja saya, kamu dengan kerja kamu. period.

tetapi bila saya menjejak kaki ke sektor kerajaan. saya jadi terpinga pinga. saya jadi orang lain semata mata untuk mendapat keselesaan hidup di tempat kerja.

mungkin takdir saya atau memang rezeki saya begitu. mendapat ketua bahagian yang tidak pernah bersangka baik, mendapat pembantu yang bertalam dua muka, mendapat pemandu yang tidak hormat orang atasannya, dan mendapat anggota bawahan yang tidak mendengar arahan.

tapi saya redha.

dan saya faham. mereka mereka berkepentingan di pejabat ini, lalu apa sahaja keputusan saya yang melangkah arus, pasti tidak akan di ikut. kerana mereka mereka ini, masih lagi mengejar kemewahan dunia. yang penting, hidup senang. dan SKT di hujung tahun, adalah berkepala lapan.

dan saya masih redha lagi.

untuk makluman semua, deskripsi tugas saya ialah :-
1. menjaga sistem sirkulasi.
2. memantau sistem katalog.
3. memudahcara program program untuk di jalankan di pejabat.

cuba kamu lihat. ada ke deskripsi untuk menjilat bontot, dan mengipas tetek di situ?

tiada kan?

jadi, apa salah saya?.

tapi setelah insiden perjumpaan 2 mata jumaat lepas, saya lihat kerja kerja saya menjadi lebih mudah.

sekarang, selepas punch-in, saya duduk di meja.

duduk di meja, sampai jam 1 tghari.
kemudian makan.
kemudian duduk di meja lagi.

jam 5.30 ptg, saya balik.

hidup saya jadi rutin. yes. tidak perlu lagi fikir fikir tentang perangai orang orang ini semua.

yeah!. seronoknya.

Thursday, June 25, 2009

hari aku terbunuh.



assalamualaikum.

hari ini adalah hari kematian "aku". sang "aku" yang aku cipta sendiri untuk bekerja setiap hari telah mati. tepat jam 14.16 ptg tadi. serius.

SYAHLIZAN SAIMIN si topeng gembira yang selama ini berkerja dengan kamu semua telah mati. yang ada tinggal cebisan cebisan baju batik jawa sempena pemakaian di hari khamis. itu sahaja.(ada lima minit berkabung tadi, selepas malaikat mengambil SYAHLIZAN si topeng gembira)

Mulai 14.21 tadi, aku adalah aku yang kamu jumpa di machang dulu. aku yang dilahirkan pada 29 Mei, 31 tahun yang lalu. aku yang kamu panggil atuk, dan aku yang menjual nasik lemak di kala berkejaran dengan Kada.

tadi, sebelum jam kematian tiba, aku rasa sangat gembira. berkerja dengan hati yang indah, dan bersuka ria. dan tersenyum untuk menggembirakan orang lain.

aku rasa terbeban sekali.

Betina Bangsat itu membuat lagi onar. Kali ini, aku rasa sudah cukup klimaks kebodohan dia. Memang dia tidak layak langsung duduk di situ. Entah kenapa, aku rasa kenyataan yang di berikan tadi, betul betul menghiris aku sebagai seorang manusia, dan aku rasa dia, memang tidak patut langsung lahir. (sesungguhnya Allah menciptakan manusia pelbagai jenis sifatnya, dan dengan itu membawa kamu berfikir, Kekuasaan Allah yang tiada tandingannya)

Benar.

Biar aku cerita sedikit kronologi yang membawa kepada kematian aku petang tadi.

Pagi, sekitar jam 11.00 aku mula membuat kerja di pejabat baru, di temani oleh rakan rakan kerja. 5 orang semuanya. ada yang buat network, ada yang setup software dan ada yang bersihkan pejabat. memang semua orang berkerja.

Sekitar jam 11.30, Betina Bangsat datang dengan rakan rakannya pula. Membawa bunga untuk hiasan.

Sekitar jam 11.45, Pengarah datang. Kemudian terus masuk, aku pula keluar menghisap rokok sambil memantau sang pekerja menggantung banner.

Sekitar jam 12.00 aku masuk ke dalam, sambil melihat sang Pengarah sibuk membuka Facebook dan bergelak2 dengan si Betina Bangsat.

Ok, fine. Facebook, ye... aku tahu facebook. jadi perlu kah aku mengendeng untuk melihat sama di laptop itu?. Facebook adalah ok je padaku, dan terlalu common untuk di gembur gembur kan.
(ouh, aku lupa untuk menjadi drama queen. aku perlu mengendeng dan bertanya, apa niiii?... bestnya boleh keluar gambar. wow, ada application yang boleh gerak2 lah. best2)

jadi, aku pun duduk saja di kaunter, sambil bergelak2.

yesza. akhirnya mereka bersurai. dan aku menerangkan serba sedikit kepada pengarah tentang network yang aku dah siapkan, tetapi tidak memuaskan kerana dia perlu keluar segera.

haish.

dan seterusnya si Betina Bangsat pun pulang. ok, fine.

dan aku meneruskan kerja. ok, fine.

bila sampai ke pejabat. dan aku terus keluar ingin makan bersama2 rakan sekerja, lalu Bad berbisik

"tadi Betina Bangsat panggil aku, tanya kenapa kau ada kat pejabat baru, dan kenapa ramai sangat tadi sampai lima orang?. Pengarah yang tanya kat dia katanya"

ouh.

Tiba tiba telinga aku jadi panas. Serius. Ini Seriyeeesss...

seriyes aku nak lempang muka Betina Bangsat ni. apa punya perangai le.

aku cakap kat bad "lenkali, suh dia je pasang sistem kat situ"

aku terus berangin. dan aku berpecah pergi makan ke tempat lain. makan sorang sorang sambil layan otak. seriyes, kalau aku ikot jugak tadi, harus aku meletup dan menendang orang. (ye, saya amat pemarah)


ouh. fuck.

serius.

sepatutnya, sebagai ketua bahagian, Betina Bangsat itu perlulah memberi sebab yang munasabah kenapa aku ada di pejabat baru itu, dan kenapa aku guna kan ramai pekerja.

ini tidak, di kutuknya aku lagi. diburukkan nya aku lagi.

"syah tu, tak buat kerja" "syah saja nak melepak kat situ" "syah itu, syah ini"

ah, gila la ini Betina Bangsat.

aku betul betul nak bunuh dia tadi. seriyes cakap.

aku buat penat penat setup connection tu, dengan pergi ke sana sini untuk membuat kerja, sambil mengorbankan waktu kerja kenkawan, demi nak siapkan network sistem kat situ, adakah
kutukan depan pengarah yang faham aku pemalas tidak buat kerja je yang aku dapat?

fuck fuck fuck.

babi dowh betina ini. babi sangat. seriyes.

tidak professional langsung.

perangai macam budak budak...

hahahah.. seriyes. aku benci benci. dan aku pun bunuh diri aku yang tidak berguna dan bertopeng bertopeng ini.


dan sekarang, aku adalah aku yang dulu.


yang fuck-it-all-that-i-care-is-myself, yang ber-jewish thinking, yang pergi kelas tidak mandi dulu. yang malam malam pergi berniaga nasik lemak dengan korang. dan yang ber-tai song dengan korang di tangga tempohari di machang dulu.

yesza...

welcome back, my old me.

I MISS U SO MUCH... muah muah muaaaahhhhhhhhhhhhhhhh.... :*

Wednesday, June 24, 2009

Seketika aku menaip dalam bilik server.

assalamualaikum.

hari ini banyak benda yang berlaku.

tapi, ada insiden yang menyebabkan aku ketawa sepanjang petang.

baik. kita mulakan dengan pengenalan watak watak.

Badrul
Aku
Daniel
Betina Bangsat

dan sedikit skrip dari filem "Pendekar Bujang Lapok". Hoyeah!!!.

insiden berlaku sekitar jam 11.15 pagi, sewaktu aku sedang bertungkus lumus menyiap tetapan untuk VPN dan wireless connection untuk pejabat baru di kawasan K. sedang aku bertungkus lumus keluar masuk pejabat dan bilik server, pejabat dan pusat kegiatan siber, tetiba si Bad di panggil oleh Betina Bangsat.

Sebetulnya, pagi tadi, aku dan si Bad akan ke pejabat baru, tetapi aku tangguhkan hingga ke tengahari atas sebab teknikal dan VPN pun belum di tetapkan pengaturcaraannya. jadi aku tangguh, sehinggalah keputusan nya agak menetapi sasaran. dah boleh ping, dan kurang network timed out.

dalam jam 12.45tgh, si Bad keluar dari Bilik Si Betina Bangsat sambil mulut terkumat kamit, aaaa... nampaknya ada cerita yang menarik untuk aku dengar. aku biarkan dia membebel sambil mengangkat printer dan banner untuk perasmian nanti.

aku terus ke kereta dan bersiap untuk ke pejabat baru, sambil mengajak si Bad.

dalam kereta, si Bad mula membuka suara.

Bad : Betina bodoh tu, bikin aku marah betul.
Aku : Hahaha, kenapa ni john?
Bad : Kau jangan ketawa beb, nama kau pun disebut jugak.
Aku : (waktu ni, aku mula nak menyepak si Betina tu, tapi dia kat tingkat atas dan aku malas). hah?. nama gua pun ada?. cool... cerita lah bai.
Bad : kan pagi tadi, kau suh aku check kat opis mekanikal, tanya line tipon dah pasang lom kat pejabat baru, tapi betina bangsat tu, dia yang applykan, jadi dia yang kena follow up. tapi yang bangangnya, dia apply pakai mulut je... jadi camna nak approve. pastu dia suruh aku buatkan surat permohonan, aku cakap le petang nanti aku buat.
Aku : ok.... abis tu, kenapa pulak kau membebel bila keluar dari bilik dia tadik?
Bad : Memula, dia cakap dengan aku, esok pengarah nak tengok pejabat baru, dan semua kena ok. Pastu, aku cakaplah kat betina tu, aku, daniel dengan kau nak pegi pejabat baru siapkan network. Pastu, kau tau, betina tu cakap apa?.
Aku : haaa... cakap apa?
Bad : dia cakap, kenapa inceksyah nak ikut ke sana?.
Aku : Peeehh... serius bangang dia cakap macam tu, kang aku suruh dia buat je sistem tu kang... baru terkencing kencing.
Bad : Itulah tu, aku pun diam je lah. pastu dia cakap lagi, petang ni tak boleh buat ke sistem kat pejabat baru tu?.... terus aku rasa macam sial la kau betina, petang ni aku ada kerja lain... bila aku siapkan sistem tu? pastu dia cakap, petang ni, awak buat apa bad?.
Aku : (dah gelak)
Bad : mestilah petang ni, aku nak buat surat apply tipon tu... karang pengarah tanya, aku nak cakap apa?. pastu, dia jugak yang suruh buat surat tadi. gila la betina ni.

seriyes, betina tu dah bangang.

kemudian, petang tadi, pihak IT call aku, tanya pasal sistem, aku cakap ok dah. boleh jalan apa semua... kemudian pihak IT cakap, budget sistem ni, berapa?....

AKU NAK CAKAP APA?.

waktu aku mintak jumlah budget dari betina bangsat tu, korang tau dia cakap apa?.

ADE LAAAAA......

Kemudian bila aku refer balik kepada si Betina Bangsat itu tentang budget, kau tau dia cakap apa?.

ITU LAH KAU, PERGI MEETING TAK AJAK AKAK, KALAU AKAK ADA, SENANG DAH. SEMUA DAH SETTLE.

erm... perlukah aku cakap, meeting itu adalah berkenaan sistem?. tentang LAN, VPN, router dan switches, TinyTerm, Telnet, Virtual IP, dan Dial up. yang tiada langsung kena mengena dengan si Betina tadi?.

Nanti kalau dia masuk, dia merajuk. macam tempohari.

dia merajuk kerana ada anggota gelakkan dia sebab dia order PC, dan mahukan hard disk satu sahaja.

sedangkan anggota itu sedang menerangkan tentang SAIZ hard disk komputer itu sebenarnya.

Betina Bangsat : eh, banyak sangat tu sampai 160, akak nak satu je.

kau rasalah, perlu ke aku bawak Betina Bangsat ini ke meeting sistem seterusnya?. adakah aku akan pengsan ketawa bila dia nak tambah memori kerana hard disk dia dah penuh?...

HAHAHAHA...

(kalau rasa diri tu, tak layak jadi ketua. sila la turun. orang lain dah jemu dah kak oi..)



errr... fyi, anggota yang ketawakan betina itu, aku lah.

cheers mate.

p.s : aku tahu aku tidak sempurna, tapi keadaan orang lain menyebabkan aku rasa aku best sangat. yeeeehaaaaa!!!!!!!!!!....

Thursday, June 18, 2009

Dorothy Gale dan episod pergi ke bulan.

sudah lama kering blog ini tanpa kiriman. saya terlalu sibuk. di stadium hoki. di pejabat.
rasa perlu di kerat lapan dan dibahagi bahagi ke tempat tempat yang tertentu tersebut.

ouh. rentetan yang lalu.

pada 7hb jun yang lalu. bapak saya kemalangan.









untuk pengetahuan anda semua. dia ok. sihat alhamdullilah.

lututnya koyak, 30 jarum jahitan.

saya, agus dan lanun. menjaganya bergilir2 di hospital. terima kasih kepada siapa yang hadir menziarah wak saimin. dan juga terima kasih untuk staff WARD 4, hospital pontian, puan siti hawa, dan semua yang mengenali wak saimin.

Friday, May 29, 2009

saya sudah tua. iye.

iye. berdenting jam 12.00 semalam, aku sudah 31 tahun.

alhamdullilah.


di pejabat besar, ada seorang makhluk yang bertarikh lahir sama. cuma tahunnya lain.


bila hari lahir aku, sama dengan hari seniman dan hari ulangtahun kematian P.Ramlee, agak signifikan jugaklah kerana tiap kali hari lahir, ada orang bacakan yasin.

*touching*

jadi aku listkan apa yang berlaku semalam.

1. sms pertama ialah dari ainfazrin. she's the first.
(sebenarnya sang tunang lebih awal, tapi dia antar before 12am, jadi disqualified sbb masih 28hb)... syhhhh... jangan bitau tunang aku tau...

2. anak sedara aku antar sms birthday. terima kasih kakap dila.

3. bangun pagi, dan di hujam dengan sms dan calling2.

dari celcom (sampai 7 keping sms dia), cik anie, mama lin, mak aya, abg ngah, dari maxis, dari izril pun ada (takaful ikhlas),

kemudian dari agush. tapi bukan sms birthday.
bila aku cakap, dia kata *birthday kau bukan 29hb ke?*. rasa nak sepak. takpe, sayang2. (duuush!)

kemudian, topet.
akhir sekali, dari si aida pharmacy.

4. aku pergi buat alignment & balancing.

5. siapkan semak tugas untuk hari keluarga.

6. selesaikan masalah di kaunter. (makcik sibuk keluar masuk2, semata2 nak tengok aku buat apa kat kaunter. shitzhe!)

7. check roster untuk hari esok.

8. tepat jam 6.ptg, aku berambus. (2 minit sebelum tu, aku dah menegak kat depan biometrik thumbprint, dan aku jadi orang pertama punch out) miahahha.

9. lepak kat rumah. pastu keluar balik gi senai.

10. antar Dato' pergi berdangdut. abeskan masa dengan tipon ain, li botak, zahid,aida (sebab maxis to maxis adalah percuma bagi birthday boy).

11. ambik sang tunang kat airport senai, sang tunang bagi baju. seedwork. tengok tag, wow!....

12. sang tunang ucap happy birthday tepat pukul 11.59pm. swheeettttt!.

13. balik rumah, type benda ni.


ouh ye, saya dah bertunang. ceritanya panjang, jadi tak perlulah saya hebahkan di sini. alhamdullilah, semua berjalan ok.

insya Allah, ada rezeki, kad jemputan akan menjalar ke alamat2 rumah kamu semua.

*sebenarnya aku nak type pasal benda lain, tapi takde mood*

chiao.

currently listening to : Latif Ibrahim - Nora.

best dowh lirik dia, walaupun nama tunang aku bukan nora. :)

Wednesday, May 20, 2009

man of the hour.

sila sedia tisu.

sebagai anak lelaki terakhir, aku memang agak rapat dengan sang ayah. selepas umi tiada, aku sering juga mendengar usikan usikan dari rakan rapat ayah menyuruhnya kahwin lagi. jawapannya mudah.

"kalau macam pasha sandha, aku ok je".

hahaha.

pada aku, ayah seorang yang ringkas. agak radikal. dan suka berseloroh.

tanya agus. tanya topet. tanya pidot. dan semua rakan rakanku yang pernah bergesel bahu dengan wak saimin.

semua kata "bapak kau pun memang best".

put it as u like.
cool.
legend.
hero.

aku masih lagi anak wak saimin.

(walaupun sejarah hidupnya agak vague, dan dia jugak kurang berkongsi pengalaman hidupnya dengan aku, jadi, aku tidak tahu his past history. yang aku tahu, dia pernah jadi fireman di singapura, kemudian dia balik kampung, kerja sendiri.)

dulu waktu aku kecik2, dia suruh aku urut dia. dan aku nampak ada parut kat punggung kanan. dan bila aku tanya, dia cakap

"bapak dulu gaduh dengan keling mabuk!!".

dan waktu itu, aku bangga, wah... ayahku seorang hebat. siap gaduh2.

dan kisah itu, aku jaja pada arwah umi, dan secara gelihati, arwah umi cakap.

"gaduh apanya?. bapak kau kena cakar kucing.".

hahahaha... dan aku masih lagi ketawa sampai. sekarang bila ingat cerita itu.
dan setiap kali raya, pastu aku akan bersedia untuk menjaja cerita itu. agak cool jugak, sebab dia cuba membina karakter yang menyebabkan aku berbangga dengan nya.

ayah aku, tidak pernah suruh kami adik beradik mahu jadi apa. ayah aku sukakan konsep, "your life's, your way." jadi, kami adik beradik, ikut suka lah.

tapi, alhamdullah. semua dah jadi manusia.


tahun lepas, aku ke terengganu. dan aku pergi dalam jangka masa yang agak lama juga lah. jadi, 3 minggu sebelum ke sana, aku tidak pulang ke kampung. atas beban kerja, aku tidak pulang.

sememangnya ritual kami sekeluarga akan melawat ayah setiap hujung minggu. kadang aku terlepas juga, tapi tidak pernah lebih 2 minggu. tapi minggu itu, aku memang terbeban dan tidak menjengah langsung.

minggu seterusnya, aku terlibat dengan kerja lagi. dan aku tangguh lagi untuk menjengoknya. tapi aku hubungi kakak aku, dan mengikut katanya, ayah ok. aku bersyukur.

dan pada minggu seterusnya, aku tidak dapat pulang. kerana urusan kerja juga. kakak aku cakap dia ok. cuma batuk batuk sedikit. takpelah, mungkin aku sempat juga menjengahnya sebelum ke terengganu nanti.

dan pada hari aku ingin ke terengganu, aku menunggu di pejabat. sambil melihat lihat dada akhbar. perjalanan aku jam 8 malam, jadi aku menunggu di pejabat. dan aku memasang lagu.

playlist aku masih lagi pearl jam.

dan tetiba lagu Man of the Hour terpasang.

tetiba aku teringat, aku masih belum beritahu ayah yang aku akan ke terengganu.

dan jam sudah berdetik 6.45 petang. ini bermakna, ayah ada di rumah. (dia memang selalu kat rumah pun, cuma waktu tu dia baru balik ngeteh dan ngurat2 di pekan). ah, aku menekan nekan telefon.

dan sayup sayup suara garaunya menjawab.

ayah : hello. assalamualaikum.
aku : waalaikumussalam. bapak eh?.
ayah : ye... adik, kau tak balik?.

waktu ini, hati aku berdetak. rasa macam nak cancel je trip malam tu, aku nak balik rumah. at least, aku nak jumpa dia. nak salam dia. tertiba hati aku rindu sangat kat dia. fuck! emo aku petang tu.

aku : (suara pecah) ermm.. tak la bapak, org kena pegi terengganu. bapak sihat?
ayah : bagus je. cuma batuk... kau demam ke?.
aku : (suara pecah lagi) tak.
ayah : baguslah.

long pause.

ayah : budak budak ni, tanya.. pak usu tak balik ke?.
aku : oouh ke, takpelah.. bilang sama diorg, pak usu balik minggu depan.
ayah : kau nak pegi terengganu, jalan elok elok.
aku : ....
ayah : belikan bapak baju batik ye.
aku : (suara pecah) ok.
ayah : (dengar suara dia batuk)
aku : bapak.. makan ubat tau.
ayah : dah.

(waktu ni, aku dah emo habis. serius).

ayah : kau kenapa?
aku : takde pape, tengah isap rokok.
ayah : ouh. kakak2 kau takde, tak balik kot malam ni, bapak tidur sorang lagi. eh, bapak nak gi mandi lah.
aku : aaaa... kirim salam dioranglah.
ayah : Insya Allah.
aku : ok. bapak kalau nak kemana2, bagitau ye.
ayah : baik. kau jaga diri ye. kat tempat orang.
aku : ok.

*click*.

secara peribadinya, aku memang all-out aritu. tak bleh blah dah. sampai la p.a aku cakap, "encik syah, kenapa tutup lampu office?". aku cakap aku nak tido. miahahha.

gila kau. entah kenapa aku jadi rindu dengan dia.

nak kata jauh, tak le sangat, JB dgn pontian tu. tapi, mungkin aura bapak dengan anak tu kot?. aaa.. rindu.

cerita ni, dah setahun dah. dan aku rasa ayah aku pun dah tidak ingat. mungkin dia tidak merasakan sangat kasih sayang seorang bapak, tapi dia cukup belajar dari pakcik pakciknya. yang rock and rolla juga.

LEGEND.

ari ni, tribute untuk wak saimin. moga di panjangkan umur, dan diperbanyakkan rezeki.

(walaupun hari ni bukan birthday dia)

so, Happy Earliest Father's Day to you dad.
you are the greatest living legend i ever knew.

thank you for being someone i'm proud to be with.
thank you.

Tuesday, May 19, 2009

write... right.

Ini bukan tagged. Ini aku dah bosan dan cuba menaip sesuatu. (sebenarnya aku penat. penat menunggu).

List down any 3 things that crossed your mind for each word below:

Holy.
1. Holy Grail.
2. Holywood (album Marilyn Manson)
3. Holy sh*t.

Ayu.
1. Mas IdAYU.
2. Mas Cotek.
3. Terminator Salvation.

John Cusack.
1. High Fidelity.
2. Igor.
3. Hati Kering.

Hump.
1. My Hump, My Hump, My Hump... My Hump!.
2. Eva Longaria. (betul ke nama dia ni, Ain?)
3. Si Bongkok Tanjung Puteri.

Harian Metro.
1. Picisan.
2. Gadis kuaci.
3. Pembantu Makmal.

Sunday, May 17, 2009

terimalah seadanya... dan juga Beatles.

sewaktu Gérard Houllier berhenti menjadi pengurus LIVERPOOL FC, dia pernah berkata

"perkara yang paling manis semasa dia berada di LIVERPOOL ialah melihat Steven Gerrard membawa anaknya bersiar siar di sekitar Anfield, dan melambai lambai pada peminat."


itu Gérard Houllier. setelah 6 tahun di LIVERPOOL. dengan pelbagai piala dimenanginya.

(dan jugak pembelian pemain yang agak bangang, tapi OK saja, kerana semua yang dibelinya sudah tiada. kecuali Sammi Hyppia, yang akan habis hujung musim ini).

Aku amat jarang menulis tentang sukan.

rasanya ada 2 post sahaja.

yang pertama tentang Ichiro.
yang kedua tentang Sweden.

Jadi musim 2008-2009, LIVERPOOL FC, sudah di tangga kedua.

baguslah.

pencapaian terbaik setelah beberapa tahun yang agak perit.

skuad tahun ini juga menarik minat aku, bak kata John Dykes "Liverpool Fc adalah meriam. Boom Boom Boom, tetiba gol. ".

itulah sebabnya aku minat Liverpool FC.

main entah apa apa, tetiba menang. karakter English-games mereka terlalu kuat. taktikal memang takde, kecuali "UP and UNDER" serta "AMBITIOUS HAULING SHOT" dari luar kotak penalti.

kalau diikut kan hati, aku mahu saja LIVERPOOL FC bermain passing play seperti MU (yucks!) dan ARSEy-nal. atau beautiful game iras iras Argentina dan Brazil. tapi itu mereka. LIVERPOOL tetap LIVERPOOL.


aku mula meminati pasukan ini circa 1995. masa tu, TV2 masih lagi menayangkan road to wembley dan EPL. (delayed telecast). Fowler adalah terhensem. (selain dari pengaruh wak saimin yang meracun aku suruh tengok LIVERPOOL game.... aaa... perintah bapak jangan di lawan beb...) dan aku menjadi peminat LIVERPOOL...

serius.

masa itu ialah League Cup Final, LIVERPOOL vs ARSEy-nal. dan Fowler buat hatrik dalam masa 3 minit.

here it is.



dan sampai sekarang, dia masih legend.

begitu juga, aku merindui free kick Gary McAllister, kehebatan Patrik Berger (supersub paling best), gaya lipas kudung Micheal Owen, Steve Staunton, the Great Steve McManaman, dan siapa lagi kalau bukan Ian Rush.

mungkin aku kelihatan bias kerana tidak menyenaraikan player2 agung seperti Hodgson, Paisley, Sounnes, dan Callaghan. tapi aku tak pernah tengok mereka bermain, jadi oklah kan?... miahahaha...

18 kali menang Premiere League.
dan semalam, MU (yucks!) menang BPL.


aku masih ok.
aku masih lagi Kopites.

musim depan ada lagi. dan aku sudah meracun anak anak sedara aku supaya sokong LIVERPOOL. yeah... MU sucks, wahai anak anak sedaraku... mereka jahat... dan perasan bagus. Macam New York Yankees... jahaaatttt....

ouh.

ada orang bertanya kenapa aku minat liverpool FC.

jadi, di bawah ini.

adalah sebab2 yang selain daripada diatas.

- Beatles dari Liverpool.
- Titanic di buat di situ.


itu je lah.

cheers mate.

Tuesday, May 12, 2009

suicidal???... nahhhh...

"the answer is 42".

hah.

Douglas Adams, dalam bukunya pernah menulis jawapan kepada tujuan kita hidup, alam semesta dan semuanya adalah 42.

senang je.

Tetiba ada sorang makcik (errr... lebih spesifik, seorang Hajah) menegur aku ketika di bilik Mesyuarat tadik.

Hajah: Mana wakil dari Jabatan ***?
Aku: Saya. (sambil ramai menunding ke arah aku)
Hajah: Ouh... Ini lah orang nya, orang kuat Jabatan ***?
Aku: (dalam hati) Apasal pulekkkk?.

Tapi aku taknak la menimbulkan spekulasi dengan bertanya lebih lanjut. Aku cuma senyum, dan teruskan dengan Mesyuarat tadi.

Bila agak waktu sudah hampir berdetik ke Jam 3.30, aku ke tingkat bawah.

Kelihatan beberapa yang aku kenal, para pegawai2 yang dulu ramah, mula menongkat mata dan tidak tersenyum langsung bila melihat aku.

A'ah.

Aku mula merasakan bahawa ada sesuatu yang busuk mula berbunyi di pejabat besar. Kelihatan beberapa pegawai cuma menjeling, dan aku mula rasa tidak selesa.

Entahlah.

Hidup di dalam sektor kerajaan, memerlukan aku jadi drama queen.

Bila ada sesuatu yang gah berlaku, kena join dan mengetahui. sibuklah mengendeng. baru lah di kenali seantero pejabat. dan segala macam permintaan anda, dipenuhi.

"Wow, cantiknya cincin akak tuuuu... mesti beli kat Harrods." - Ini kalau seorang pengarah yang baru balik london, dan membeli cincin, dan aku kenalah bergaya sedemikian.

"Kereta baru akak ke tu?. Cantiklah. Pandai you carik kaler" - Ini kalau orang beli kereta baru, dan anda mahukan sesuatu daripadanya.

"Akak, kau buat je surat kat Mekanikal, suruh dia pasangkan kabel network kat cawangan. Alaaa.. kau kat Ketua Bahagian, Mesti la diorang dengar, Syah kalau mintak, mesti dia tak dapat punya lah..." - Ini si babi sundal.

Sebenarnya aku boleh jadi bitter dan jahat. Tapi entah kenapa, aku mula kurangkan jadi begitu. Sebab aku rasa, semua orang kat pejabat aku agak risau sejak kedatangan aku. Iyelah. aku pernah di cop perampas kuasa dan pencantas orang orang lama.



"Kau baru balik umrah ke?" - Ini dialog untuk aku.
"Kau nak tiru BOB ke?"- fuck.

Takde joke lain ke?.


cuba lah kau cakap macam ni,...

"Syah, kau dah lama ke jadi Neo-Fascisme?"
"Marah betul kau ye?"
"aku baru nak ajak kau pergi Mcd, tapi macam kau dah anti-capitalism je sekang?"



ok. this is right.

dari aku bunuh orang (which is not that cool)... dan aku tumbuk si babi sundal tu, baik aku cukur rambut kasi botak.


masa case aku kena maki di bulan puasa tahun lepas, aku beli DSLR.



i need a shrink.

Monday, May 11, 2009

pagi yang gelap, dan terus gelap.

"kisah di bawah ini, merupakan 100% benar. peduli lah kalau pengarah nak marah aku."

iye. pagi tadi memang agak mencabar lah. biarlah aku subjektifkan dulu dialog pagi tadi.

watak2 adalah seperti berikut.

Pn.Ana
Pengarah.
En.Syah (dlm tune belum gosok gigi, dan rambut serabai)

Babak 1. (di pejabat)

En.Syah sedang menekan2 tetikus untuk menyiapkan quotation lukisan untuk Stadium Hoki. Tetiba Pengarah datang dan bertanya.

Pengarah : syah, (angkat jari jemari bersimbolkan "what's up?, how about my painting?")
En.Syah : Ok je, puan. saya dah pergi stadium tu... tapi memang besarlah kawasan nak letak lukisan, cuma di bataskan dengan DC box tu je.
Pengarah : a'ah...
En.Syah : saya tengok dah ada painting kat situ. gambar pasu dengan tulisan kaligrafi cina. sapa yang buat?
Pengarah : Kawan aku punya tu, eh... lukisan kau tu, mahal sangat lah... tak bleh kurang ke?
En.Syah : Frame pun mahal tu kak. Jadi camna? Saya cuba ekjas lah... petang ni saya bagi ye?.
Pengarah : ok... (terus menuju ke bilik Pn.Ana)

Babak 2.
Kerani 1: En.Syah, Pn Pengarah nak jumpa, nak bertanya pasal cuti En.Syah, kenapa panjang sangat?.
En.Syah: Baik... Nanti saya follow up. (terus menuju ke arah Pengarah)
Pengarah: Kau cuti ni, nak gi mana lama2?...
En.Syah: errr... nak uruskan perkahwinan saya... (buat gaya sarungkan cincin di jari)
Pengarah: eh, tak shakap pun... tak jemput pun... ai.. dengan saya pun tak jemput?.
Pn.Ana: (dalam keadaan muka yang nak kena sepak),baguslah kau nak kahwin ni, ubah la perangai budak budak tu...
En.Syah: hah??? budak budak apa nye kak??.
Pengarah: A'ah... Jangan pakai selipar lagi... Dapat orang mana?.
En.Syah: What?. Saya dapat orang Kedah.
Pn.Ana: Kau tu, ubah perangai... macam budak budak...
En.Syah: Eh... Baguslah jadi budak budak, takdelah serius je.. Aih kak, pagi pagi dah buat perangai... Tak dapat ke malam tadi?
Pn.Ana: Jadilah matang sikit... Tak payah lah jadi budak budak. (waktu ni, serius tangan aku dah ringan nak sepak dia).
Pengarah: dah dah... Bila majlis?...
En.Syah: Bulan 12.
Pengarah: Lama lagi... kenapa awal sangat dah nak siap itu ini.
En.Syah: ouh... Saya dapat orang kedah, tapi dia takde kat M'sia... jadi kena lah siapkan semua awal2...
Pengarah: takde kat Malaysia?..
Pn.Ana: Kau tu, bila dah kahwin, jangan lah jadi budak budak.. terkejar kesana sini... (serius, aku nak sepak dia dah... tapi aku sabar lagi sebab depan pengarah). Jangan pakai selipar lagi.
En.Syah: AAA? BILA PULAK AKU PAKAI SELIPAR?. NI ELOK JE PAKAI KASUT?.
Pengarah: Aaa... Kat mana tadi Syah.. Aaa... dapat orang mana?... Kau tak jemput pun aku... aiii... dapat orang jauh, bawak bawak le berjumpa aku ni aaa... Kat mana orang rumah kau?.
En.Syah: Orang Kedah. Tapi mengajar di Borneo...
Pengarah: ouh ke... aku sebenarnya, nak guna ramai orang waktu kau cuti ni... kan ada hoki tournament tu...
Pn.Ana: Bagilah dia cuti, karang susah pulak.
Pengarah: (berkerut kening) eh... Saya yang bagi cuti. Bukan you yang decide cuti dia. Takpe syah. Kau cutilah.. Nanti dah settle semua, jangan lupa jemput...
En.Syah: Ok je puan. Saya jemput puan ajelah, majlis kat johor je saya jemput, kat kedah, macam tak payah je... Budak budak opis ni, tak payah jemput... buat menyemak je kat majlis saya... (rasa mcm best je kuarkan statement ni)
Pengarah: (tersenyum kelat).

Babak 3.
Di kedai gunting rambut.

En.Syah : Aneeey... Kasik abes rambut i...
Tukang gunting : Ok Boss.

(3 minit selepas di kedai gunting)




Babak 4.
Di Pejabat. En.Syah sedang memantau kerja di kaunter. Kelihatan pengarah baru habis berbincang. Pengarah menghala ke pintu keluar.

Pengarah: Eh, mana rambut? Hilang?
En.Syah: Iye. Baru je tadi potong.
Pengarah: Sempat je potong waktu kerja?.
En.Syah: Sempat je. Kejap je pun. 10 minit. Tak macam orang lain, makan pagi pun sampai 2 jam.
Pengarah: (tersenyum kelat).

Best kan tempat kerja saya, kan?.
Best dapat Ketua Bahagian yang perasan bagus. Sebenarnya, mulut aku dah gatal nak cakap ayat ayat berikut depan Pn.Ana tadik..
"Biarlah saya macam budak budak, at least saya dah masuk Universiti, dan gaji saya lebih besar dari awak. Kau?. STPM je kan?. Kecohlah kau betina."

atau

"Kenapa akak sibuk serang peribadi saya?. Saya tak kacau kakak pun, sebab saya tahu, akak bangang, tak pandai apa2 pasal office ni. sekolah pun tak habis, anak beranak tonggang langgang, kufur nikmat, .... dan lagi cercaan yang berbisa".
tapi, saya masih lagi manusia. dan, masih lagi waras.

cuma jangan suruh saya berhenti jadi budak budak. nanti semua orang tak suka bila saya serius...


Lini, Tuck, dan Ming Ming jugak... wanderpets datang membantu.... ouh, ini seriusss...

cheers, mate.

Monday, May 4, 2009

bila aku menulis tentang...

aura AIM belum jelak jelak nak habis. disana sini aku melihat karakter karakter yang sibuk menyibuk bercerita tentang kejayaan si anu dan si anu.

*sementelah pada akhir AIM itu, aku menonton persembahan HUJAN dan MUH adalah recycle ala ala Freddie Mercury & David Bowie atau MCR & The Used*

kalau nak bercerita tentang kolaborasi, rasanya penuh entri ini aku listkan dengan nama nama artist lain. pada aku, baguslah buat begitu. mereka mereka ini, aku tengok adalah band band yang A-List pada tahun 2000-an.

cuba kita selak sekitar tahun 1990-an. kita ada search, wings, iklim, bloodshed (sekadar menyebut beberapa nama) dan mereka mereka ini juga di sebut sebagai copy-cat.

Search = Helloween.
Wings = Motley Crue.
Iklim = Eagles la kot, sebab ada bunyi country country sikit. :)
Bloodshed = Dream Theater.

Malahan XPDC jugak di cop sebagai Metallica Malaysia.

Search juga mencedok lagu band jepun untuk lagu NOMBOR. tapi, tiada siapa pun nak hairan. zaman itu, informasi kita terlalu terhad (internet juga hanya ada pada mereka yang berharta sahaja). apa yang ada, itulah yang kita layan. kalau nak dengar band band luar negara, kena la tunggu radio putarkan. ataupun tunggu saudara mara yang belajar di luar negara, bawak balik Queenryche, tidak macam sekarang, kita ada wikipedia, dan my-spacey.

aku pun, tahu band band ini dari radio. alhamdullilah, aku tinggal di Johor dan radio seberang (98.7 fm dan RIA 89.7) selalu jugak pasang lagu lagu dari negara luar. masa itu, radio Malaysia paling advanced pun ada Time Highway, itu pun ada pasang lagu INXS. dan Blind Melon. kemudian ada Better Than Ezra.

Nirvana?. Hampeh langsung takde pasang.


Trivia = Percaya atau tidak, aku tahu NIRVANA dari cousin aku yang balik dari Bradford, bawak vinyl NEVERMIND, yang hanya boleh diputarkan di rumah makcik aku. melalui tiub mcm bunga raya itulah aku layan Lounge Act, dan Smell like teen spirit. Haishhh!!!.... Klasik.



Kemudian, aku mendengar radio BEST 104. (deejay nya yang popular ialah Linda Onn dan sapa lagi sorang tu, yang buat rancangan "Muah 23 kali" tu). mereka mereka ini lah yang membawa ilmu tentang album album luar negara ke telinga aku.

Radiohead, Stone Temple Pilot, Bush,

err.....Poison (yeah, aku dengar glam rock).

kemudian, aku mendengar band band yang ada ala ala seattle sound. Ikhsan dari Billboard top100 di radio 98.7.

NIN, Pearl Jam, L7, Garbage, Mudhoney, Smashing Pumpkins, R.E.M, (masa ni, semua nak pakai nerd glasses mcm Micheal Stipe, iya... bukan Kurt Cobain yang start evolusi nerd glasses ini).

Bila habis demam Nirvana, keluar pula band band Brit. dan sekelompok Europe. Oasis, Blur, Suede, Pulp, Ocean Color Scene, The Stone Roses dan The Auteurs.

Kemudian datang pulak demam lagu lagu dari soundtrack film. Evil dead I & II, The X-files, Beavis and Butthead goes to Hollywood, Airhead, Singles, clerks, 24hours people, dan paling best ialah The Crow.

dan senarainya berterusan...

Waktu aku di Machang, tempohari. aku mula mendengar band band subversif yang rasminya tidak akan keluar radio mainstream di Malaysia ini.

(Pada aku, dengan mengetahui ilmu ini sikit sahaja, dah boleh dah menjejakkan kaki ke gig dan cari awek emo dan esentrik. tapi, secara bangangnya, anda akan rasa menipu diri, sebab niat dah lari. hahahhaha)

lalu aku mendengar Horse the Band, at the drive in (sekarang sudah jadi The Mars Volta dan Sparta), Protest the Hero, 30 seconds to Mars (... yeahhhhh!!!), silverstein, taking back sundays, Dropkicks Murphy, Coheed and Cambria dan paling stail ialah Dashboard Confessional. (malah aku pernah bawak lagu Hands Down semata mata nak dapat awek emo kat stulang, tapi itu kisah lama)



hahahha. penat. dan memalukan jugak la entri ini. kena bukak pekung jugak lah ye?

tak mengapa.

sekarang playlist aku dalam kereta ialah

lagu faizal tahir yang dalam slot Matahari tiap tiap petang tu...




dan diselit dengan lagu Lamb of God dan Between the Buried and Me.


ouh, NIN nak datang singapura. jadi siapa mahu ikot?

saudara dhutam beritahu saya ni.
(pro nye- trent reznor. cons nye- takde duit).

cheers mates.

Friday, May 1, 2009

kejutan di Hari Buruh.

hari ini, aku di rumah. setelah 2 minggu kutinggalkan kerana berkursus di Kluang.

apa sahaja yang telah aku tinggalkan ye?

ouh... mantan kekasih lama aku, sudah putus hubungan dengan teman lelakinya dan kini sudah ada yang baru. yeah!. yes, begitu cepat dia berusaha memenuhkan ruang. cuma secara tipikalnya, aku akan berkata...

AKU PEDULI APA!!!!... PERGI MAMPUS KAU LAH. (ouh ye, ustaz aku cakap, kalau doakan orang cepat mati atau doa doa untuk aniaya orang, pasti tuhan tak makbul, jadi... jangan lah risau sangat. orang macam kau ni, lambat mati, sebab tuhan nak bagi kau bertaubat dan menyesal).

aku tidak mahu mengulas panjang hal ini, kerana pada aku, perkara yang lepas, hai janganlah dikenang, kalau dikenang, hai meracunlah diri.... (lagu P.Ramlee).

cuma nasihat aku pada sang baru itu, berjaga jagalah. terutama di kala Anugerah Juara Lagu atau dikala Hari Lahir nya nanti. dan juga, jangan percaya sangat bila dia kata "saya sayang awak" tatkala dia naik bas rapidKL. :)


kejutan yang kedua ialah ini.

aku rasa bersalah sebenarnya. kerana sebagai rakan, aku gagal untuk meng-update-kan diri aku tentang suka duka rakan aku yang seorang ini.

aku sendiri rasa jijik untuk mengaku bahawa aku seorang rakan yang baik. ah, terasa sengal di kepala otak aku.

terasa aku ingin saja bertanya khabar, tetapi rasanya sudah terlewat.

segan pun ada.

tapi tengoklah nanti, mungkin setelah aku berjaya mengumpul kekuatan, akan ku gagahi juga untuk menghubunginya.

give me some time to think ya.

cheers!

Monday, April 13, 2009

mano to mano

lelaki.

bila menyebut lelaki, kita tidak dapat menentang prinsip menjadi seorang lelaki.

lelaki kena kuat, gagah, dan macho.
lelaki kena egonya tinggi.
lelaki tidak boleh ditumpaskan.

tapi, prinsip ini di natijahkan dalam bentuk bentuk maskuliniti, maknanya, lelaki menganggap maskuliniti adalah seperti prinsip prinsip di atas. KUAT, GAGAH dan MACHO.

dalam membincangkan entri ini, aku menjengah kronologi hidup aku.

dalam famili yang kadar lelakinya kurang. (hanya 3 orang lelaki) jadi apa yang ada saja aku jadikan contohnya, abah aku dan abang aku.

abah aku seorang yang sinikal.
abang aku pula, entah. sejujurnya, aku tidak rapat dengan nya, tapi atas sebab family bonding dan galur darah, aku menjadi rapat. itu pun sekadar berbincang sebagai rakan, bukan sebagai famili.

jadi, simboliknya, hanya 2 ikon dalam hidup aku.

dan kedua2 nya tidak mencerna penghasilan peribadi aku.

jadi, aku mengalih benchmark terhadap pengaruh luar.

dan.

aku membesar di era 1990'an.

jadi, waktu itu, aku dengar NIRVANA, ye. kurt cobain dan rakan rakan. dan secara diam, lagu lagu mereka di jadikan konsep peribadi aku. dan aku jadi macam lagu lagu itu lah.

eh, jap. nanti aku sambung... partII

Thursday, April 9, 2009

libido malam jemaat.

earwax remover : semua lagu setan setan, woaarghhhh!!!... (metal sign)

pagi tadi, aku membatalkan niat untuk ke kluang, kerana terlewat bangun. jadi rancangannya, pagi ini lah... lepas siap menulis entri ini. (sambil lihat jam tepat pukul 2.20 pagi).

petang, pergi makan kat damansara alif. (macam kat kl je bunyi, walhal kat kempas je).

kemudian, telefon berbunyi... ouh, ini seriussss... kena tolong dia... Linny, Tuck, dan Ming Ming juge, wanderpets datang membantu...

(hahaha.. serius kelakar dowh, kalau kat KB ni, dah kelakar abes dah.).

ye, saya mengarut.

berikut adalah caption perbualan dalam talipon petang tadi.

Encik Eddy : salam bro. ada mana?
Encik Syah : aku ada kat jb, tengah makan.
Encik Eddy : bagus, malam ni aku datang rumah kau, mau mintak tolong sikit.
Encik Syah : okreeet... datang lah.

kemudian tepat pukul 10.30 malam, Encik Eddy datang. membawa sebiji pendrive, dan mahu bantuan aku mengedit flyer gig pada 18 hapril ini.

wah, aku kembali mengedit edit gambar.
wah, aku kembali mendengar muzik muzik setan.
wah, aku penat.

tapi kepenatan itu berbayar dengan hasilnya yang aku rasa cukup enak... yeah.

yeah... jangan lupa datang.

aku ada.

dengan kamera di tangan.

WARRRGGHHHHHH......



chill bro.

Tuesday, April 7, 2009

kisah si pendek.

sebenarnya entri ni, dah lama aku nak tulis. hampir 3 minggu jugak. jadi aku perap dalam laptop, yang aku mail-merge ke bentuk notepad.

korang ada rakan rakan yang fizikalnya, rendah?.

atau bahasa kasarnya, bantut. dwarf.

dan pendek.

entri ini bukanlah nak mengutuk atau mencerca ciptaan tuhan. cuma ingin memberi kata kata untuk kita melihat, dan mengamati... ciptaan tuhan yang satu ini.

dalam kehidupan aku yang melebihi suku abad sekarang, aku sudah menerima sejumlah rakan rakan dan kenalan yang bantut.

secara kronologinya, mengikut demografinya.

1. etot. orang pahang.
2. desmond. orang kl.
3. linda. orang jb.

dan yang paling terbaru.

4. Leman Bantut. Orang JB.

jadi, kalau kita naratifkan kisah kisah mereka, orang orang bantut ini akan berperasaan dan bersikap tipikal sesama mereka.

mereka akan :-

1. berani.
2. berbahasa keras.
3. sering menganggap diri mereka betul.
4. degil.

kalau kita kaji balik, sifat sifat mereka ini mungkin terbentuk dari sifat mempertahankan diri mereka.

sikap orang orang sekeliling yang offensive. suka mencerca. dan memandang kepada kalangan si bantut ini, sebagai lemah. jadi sebagai menangkis, mereka akan memafhumkan sifat sifat tadi.

tapi, pada aku lah. salah masyarakat kita sebenarnya. pertama sekali, dalam tatabahasa kita, menyebut bantut, pendek, rendah, ketot dalam nahu yang negatif.

bantut.
pendek.
rendah.
ketot.

bantut contohnya, membawa maksud tidak mencapai objektif.
pendek pula menggambarkan ukuran yang singkat.
rendah pula digambarkan kurang tinggi.
ketot. emmm... carilah sendiri.

semuanya membawa kelemahan, dan justifikasi yang tidak positif langsung.

hei, pendek. itu offensive kan?

hahahah...

eh, mengarut pula.

aku sebenarnya nak tulis pasal kehendak aku semalam yang terlah terbantut, kerana filem yang aku nak tengok tu, sudah di bantutkan tayangannya.

nah, berbunyi negatif kan?...

ok. jumpa lagi.

p.s : aku tengah training untuk menulis kembali. bak kata june, aku sudah tumpul menulis. haissshh......

Tuesday, March 24, 2009

eh, rajin pulak saya menulis.

unpublished post. dated a week ago.

waktu sekarang ialah 1 tghari.

waktu untuk tidur sekejap. bilik kerja di penuhi oleh PAR dan PRA yang sibuk bermain DOMINO. dan aku sebagai Person Incharge, hanya menaip menaip report di meja sendiri.

tempohari, aku bertemu si orang orang kuat. dan dia berkata...
"betapa pejabat kau tu, memerlukan orang orang yang layak di paksi atasnya, bukan sang gila kuasa perasan kuat tapi suaranya senang dicantas dek si talam dua muka".

ouh, rupanya isu ini sudah berkembang ke pejabat besar.

sejujurnya, aku tidak mahu mengulas panjang tentang apa yang berlaku. bercerita tentang ini, itu sama dengan membuka pekung sendiri.

kemudian, aku bertemu dengan orang orang kuat di bahagian lain, tetapi di jabatan yang sama. mereka gelak gembira, boleh bertepuk tampar, dan tidak bergaduh2. malah, boleh mengutuk sesama sendiri, dengan nada gembira.

KERJA JALAN JUGA. meriah.

tiba rasa cemburu. kenapa pejabat aku tidak begini?

dan aku mula gembira untuk duduk bersama.

lalu, sang ketua bahagian, bertanya khabar.

"kat opis kau tu, tidak boleh simpan rahsia. kalau pagi bergesel bahu, petangnya satu pejabat besar tahu *diikuti dengan gelak besar*"

ouh.

menulis picis sambil menunggu sang supir.

Pokloh mengejut lamunan rambang aku.

"you sure about your statement? loads of mah malay friends pun kata dark night is boring, although I felt that bukan la boring cuma quite complicated for superhero movie genre.."

aish... Pokloh berbicara tentang status YMku yang terang terang mengutuk Watchmen the Movie. Iye, aku yakin sesiapa pun yang pernah baca Watchmen the Novel, (setelah/sebelum menonton filem itu) akan berkata... "mana pergi sotong yang hebat berwarna hijau itu?"... Yikes!.

Love it or Hate it. Semua ada bunyi tentang Watchmen The Movie.

(aku tetap tak suka lagu MCR di hujung filem. Malah aku masih berharap Smashing Pumpkins bawak TheBeginningIsTheEndisTheBeginning seperti dalam promo trailer). Dr Manhattan "bird2" jugak di blurkan bagi audiences di Malaysia, hahaha... mgkin terlalu kecik, bagi saiz Dokter yg begitu agung. hahaha... lagi sekali.

Kring Kring.

Telefoooooon.... telefooon berbunyi...
hahaha

eh, sang supir datang.
Mari naik Xtrail balik ke kantor.

Jom Jom.

Monday, March 2, 2009

berperisa perasa dan all that jazz.

28 feb hingga 2 mac 2009.

aku menghala ke tg piai. kursus PERASA. itu adalah kependekan dari PEMBIMBING RAKAN SAKERJA. ding!.

nanti aku upload gambar.

nanite. :).

Tuesday, February 24, 2009

survival orang kita.


details : di sebelah ini, adalah list kerja. paper cutting, tak di proses lagi. pastu. kerja kerja.

shaisssshh...





spesis. orang kita. *ulang suara* ORANG KITA...

adakah KITA sudah jadi BRAND-NAME?.

apa yang berlaku sebenarnya? dan apa yang sudah berlaku sebenarnya?.

KITA, adalah satu sinonim yang boleh di juruskan sebagai... MELAYU.


Semenjak dari trauma pada 1998. Aku merasakan bahawa Politik di Malaysia, ialah untuk menyalurkan kisah cinta dongeng dari zaman dulu, ke zaman sekarang. dan Politik Malaysia menjadi begitu gay sekali.

iye. GAY.

Kenapakah?

kerana semua orang politik mahu suara mereka di dengar.
kerana semua orang politik mahu hak mereka diutamakan.
kerana semua orang politik mahu status mereka disamaratakan.

GAY lah tu.

hanya orang orang gay sahaja yang sibuk mahu suara mereka di dengar, hak mereka diutamakan dan status mereka disamaratakan.

we want equality,
we want a place in politic,
we want gay marriage.

YEP. cuma disinonimkan dengan aksi aksi murah. *lihatlah apa yang berlaku di perak tempohari*.

*kami nak re-election, kami nak undi tidak percaya, kami nak kote* MY ASS !!!.

orang kita lah yang paling GAY sekali. sekali lagi, orang kita... SURVIVAL kepala bapak korang.


dari segi apa yang dikatakan survival orang kita?.

dari segi ekonomi???. ehem. selain daripada anda ada KRONI KRONI, memang hidup anda adalah tidak bermakna. yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin. prospek hidup anda, adalah PERGI MAMPUS. ada kabel di government, baru lah boleh cerita. pastu ada spesis MLM yang sibuk promote di paper, majalah2, dan sticker2 di bus stop.

"kesempitan wang? sila telefon 07-*******" guna muka ND Lala.

rumah sebelah mati kebakaran, bukan dia tau pun.


dari segi sosial?.

TV kabel yang dipasang dirumah, telah membuang langsung konsep "duduk petang2 sambil mengumpat dan carik kutu dikalangan surirumah di tepi tangga sementara laki balik dari kerja."

Anak anak berteleku tengok Wonderpets, Spongebob, BEN10, langsung tidak bersosial dengan jiran2 di sebelah. bila dilarang tengok, maka mereka mengamuk, kerana mahu hak mereka di halang....

SEE... dah macam GAY kan???

dari segi berbudaya?

apa budayanya ORANG KITA sekarang?.

mari kita check sekarang.

1. jika di ajak berbincang, kita tikam pihak lawan. yes.
2. jika di ajak bergembira, kita provokasikan supaya semua orang jadi tidak gembira.
3. jika berjanji, kita berdusta.
4. jika bercerita, tidak pernah jujur.
5. jika orang lain berjaya, kita jadi tidak suka dan cuba jatuhkan nya.

ORANG KITA = GAY.

*ini pos yang amat amarah, sambil melihat orang orang busuk hati membuat kerja*.

ye, aku ada isu.

Thursday, February 5, 2009

budak budak dapat gula gula

halwa telinga : The Killers - Human.

di sebalik keghairahan orang sibuk menangguk keriuhan cuaca politik di Perak, aku sibuk dengan Pembudayaan Koporat dan Penjenamaan Semula di tempat kerja ku. sibuk sana, sibuk sini, dan tidak terfikir langsung dengan keriuhan politik di Perak. Lagipun, aku ada isu dengan orang Perak, jadi tidak perlulah di lanjutkan lagi.

itu mengarut.

kemudian aku menghala ke rumah.

menjenguk email.

kemudian menekan nekan alat kawalan jauh tv kabel yang harga langganannya semakin melangit.

(efek tekan tekan remote)
101.

Mulanya,

kelihatan Panel yang dulunya masuk ISA bersama Anwar Ibrahim bergelak ria.

biarkan.

aku ke dapur untuk menyiapkan makan malam, sambil telinga mendengar fakta2 yang ditujah si panel tadi.

aku tertarik dengan hujah si panel tadi tentang "titah sultan jangan di sanggah", "takdir tuhan" dan "kerajaan kita yang bakal memerintah Perak". eh, "kita"?

siapa "kita"?.

dan apakah itu "Perak"?

oklah.

kita buat undian. atau statistik yang jujur.

1. Dalam sehari, berapa kalikah terlintas di hati kita tentang kerajaan negeri Perak?
a. sekali?
b. dua kali?
c. tiga kali?
d. atau beratus kali? (pilihan yg terakhir untuk bendera dacing)

2. Terkesankah tentang apa yang berlaku di Perak dalam kehidupan kita (esp. orang orang negeri lain)?.
a. tidak?
b. ya?
c. tidak pasti?
d. pedulilah dengan orang sana, semua tak guna. (yeah, i got issues)

3. Selain dari bunyi bunyi sumbang tentang si dacing yang kemaruk kerusi enak dan bilik berhawa dingin, apatah lagi yang berunsurkan bukan Politik disana?
a. bijih timah?
b. kayu balak?
c. rumah limas J.W.W Birch?.
d. Kellies Castle?

jadi, apa kesannya?

tiada kan?.

jadi, apa polemiknya? apa politiknya?.

aku tidak mahu menyentuh kisah politik wang, atau pluralisme. itu selekeh. dan tidak bertamadun. harga diri boleh dibeli, jadi itu bukanlah isu baru.

aku juga tidak mahu menyanggah sang sultan, nanti aku derhaka jadi batu.

aku cuma mahu menyentuh dua titik penting, dengan apa yang berlaku.

1. Janganlah menyuntik tentang pincangnya kerajaan pasca Mac 2008 dulu, yang diberi mandat rakyat hanya atas tiket kepentingan orang Melayu. orang tu baru memerintah, 10 bulan. kalau bayi, baru boleh merangkak. apa yang kita nak harapkan?. kau nak diorang terus melangkah gagah ke? ingat kuda ke beranak terus berjalan?. fikirlah sikit abang oiii...

2. Demokrasi di Malaysia, hanya momokan.

dengan terjadinya peristiwa sogok sarang tebuan semalam, secara tidak rasminya, demokrasi di Malaysia ini hancur.

Kalau dengan mudah sesuatu kerajaan yang di pilih rakyat, (walaupun dalam majoriti kecil) di picis, dimomok, diludah, dan dipojok... jadi apa makna kita memilihnya dari awal lagi?.

jadi, tidak perlulah berpilihanraya seperti selalu, kerana... apa yang kita pilih.

akhirnya, ADUN lompat parti, majoriti jadi kecil, dan VOILA. we got a new, well-tuned-to-our-climate state government.

dan inikah yang dipanggil "saluran yang betul untuk memilih kerajaan?".

emm... mulai esok, boleh lah kita fikir pasal kepentingan negeri Perak.

now, i wonder, esok agaknya, sarapan apakah untuk MB Perak yang baru?.
dan agaknya, orang orang kat taiping tu, sudah berlampu isyaratkah di Kg Jana?.

eh, ini penting... kerajaan Perak banyak main peranan dalam hidup aku. :p. orang perak tak makan, aku risau weiiiii......

hahahaha....

eh, lepas ni, Selangor pulak kot?.

Tuesday, February 3, 2009

cuti 5 hari dan drama sabun. dan sedikit anekdot raja lawak.

what's hot : bercuti cuti malaysia.
what's not : penat.

semenjak hari sabtu, aku sudah berada di negeri selangor. dari serdang ke bangi. itu sahaja tempat yang di tuju.

melepak dengan Azah, dan Agus, di ikuti dengan menonton LIVERPOOL vs CHELSEA di Restoran Amir, bersama Agus, Joe Black, Topet, Akim dan Pidot.

kemudian duduk di rumah Agus.
memang rasminya, aku jadi tukang masak. lapar, jadi aku masak dan makan - makan. sambil menonton cerita cerita picisan di TV kabel.

tetiba si Agus memasang cerita Awan Dania. re-run sebenarnya sebab dah abes season (ikut kata pidot)

melihat aksi Nasha Aziz sebagai coach, dan Chuck sebagai so-called orang kuat AirAsia, menjadikan aku jelek.

pertama sekali.

Siapa Dania? sehinggakan Nasha Aziz beriya iya mahu recruit dia jadi Flight Attendant?. Ramai lagi perempuan cantek yang berkeinginan seperti Dania, kenapa pilih dia? aku tak nampak pun specialnya perempuan tu? (selain dari ketawa besar dan suka provoke).

adakah memang kena ambil si Dania tu, jadi fligh attendant ke?. kalau dia tak jadi flight attendant, akan kiamat kah dunia?.

Dania tu, bukan jedi pun. Makanya, kalau dia tak jadi flight attendant, AirAsia takkan terkesan langsung. dania hanya orang biasa. yang kau boleh jumpa kat mana2 pun.

keduanya.

Ini adalah satu tabiat drama sabun orang Malaysia, menyelitkan akronim cinta dalam waktu kerja. walaupun ianya realiti, tapi bodohlah jika diselitkan kisah cinta waktu berkerja, pergi meeting pun cerita pasal cemburu, cinta, kasih sayang. Patutlah syarikat kau muflis, apa taknya, waktu meeting pun bersengketa kerana cemburu.

Babi lah.

yang ketiga dan terakhir.

Dania tu, wataknya tidak di kembangkan sebagai istimewa, despite her "jantan" laughs, and "jantan" walking style, there's nothing special about her.

jadi, patut di berhentikan saja drama itu.

ok. kita ke gelanggang raja lawak pulak.

secara jujurnya, aku tak pernah tengok raja lawak ni, sehinggalah budak budak opis aku cakap "best" dan "bagus". dan mereka suruhlah menonton. kali ni, episod yang perlu menerapkan aksi aksi filem dalam lawak mereka.

seperti biasa.

sumpah seranah aku terhambur dengan hanya sekali jeling sahaja.

semua macam haram. teristimewa sekali si Amir. how fuck.!