Saturday, September 27, 2008

juga tak lupa kepada...

sepanjang 3 hari berikut... adalah menu hari raya.

aku sibuk mengulit kamera. ke sana ke mari.

malam raya, insya Allah aku akan ke pasar geylang (takpun ke pasar pandan!) utk merakam aksi orang berbelanja di saat akhir.














click here for more pics!

p.s : Duit sudah mula kering. :)

Wednesday, September 17, 2008

ramadan scene 3 take 1 - Tagged!

Ouh.
Saya di"tagged" oleh si Ain.




dan sepatutnya, saya kena tulis 15 fakta mengenai diri sendiri.



Fakta 1 : Saya bukan 100% Melayu.

darah saya berkecamuk, ada Cina, ada Bugis, ada Jawa. Bahasa saja Melayu. (dan keturunan dalam MyKad). truth to be told, I'm Bawean.


Fakta 2 : Saya suka Amoi yang berkacamata.
1st crush saya ialah cikgu cina mengajar matematik. rambutnya panjang lurus dan berkacamata. sampai sekarang, saya amat obses dengan amoi.
(iras iras amoi pun ok). saya ni mudah saja orangnya.

Fakta 3 : Saya lebih suka tidur dari memanjat gunung.
Makna kata, saya tidak suka ber-adventure. Duduk rumah lagi best.

Fakta 4 : Saya masih lagi teruna.

Ini benar. Saya masih lagi belum di sentuh. (sila abaikan kisah di dalam kereta agus dan court tennis uitm dulu) hahahhaha.... *tisu... tisu*

Fakta 5 : Ramai memanggil saya "Syah".
Hanya Datuk Bandar yang panggil aku "Izan". dah. enuff said.



Fakta 6 : Saya suka memandu.
Dari kecil, saya tidak gemar menjadi penumpang. Saya suka jadi driver. Kelmarin sewaktu ke Terengganu, driver saya tidur. Saya yang memandu. Mungkin ianya menghilangkan rasa culas menjadi penumpang kot.

Fakta 7 : Saya gilakan air tembikai susu. Tapi tidak boleh selalu.
Jangan tanya kenapa. Ianya fakta.

Fakta 8 : Saya tidak pandai bermuka muka.
Iya. Saya tidak pandai memainkan muka muka. Kalau tidak suka, saya suruh mereka balik. Kalau suka, saya suruh buat lagi dan ada penambahbaikan (ini kata2 sinonim dalam penjawatan awam). Kalau nak suruh saya berlakon, saya tidak pandai. Bak kata seorang teman. "Syah, awak ni kan... terlalu vain dan ignorant".

Fakta 9 : Saya tidak pandai bermain alat muzik.
Saya mempunyai jari yang digelar pekak muzik. Tidak langsung berbakat.

Fakta 10 : Tandatangan saya tidak pernah sama.
Ianya masalah bila ingin menandatangani laporan2 dan portfolio kerja. Sudahnya, saya tulis capital SY dan bergaris. Signature saya amat kelakar.

Fakta 11 : Saya suka menonton filem.
Saya banyak belajar dari menonton filem. Terlalu banyak. Nanti saya buat satu entri istimewa untuk fakta ini.

Fakta 12 : Saya bukan ahli mana2 persatuan dakwah. *devious grin*
Ramai yang berkata saya adalah salah seorang dari mereka. Ouh pastinya tidak. Saya bukan merah, putih atau kuning. Saya tidak percaya itu semua. Apa yang saya belajar dulu, adalah tidak pernah dinyatakan bahawa mahu berdakwah, perlu ada persatuan. Apatah lagi, kalau ahlinya ada tatu di perut. Tatu naga pula. Adakah begini cara menegakkan yang HAQ?. dengan melakukan yang batil?. Tidak pula kedengaran di telinga saya, berdakwah perlu melalui persatuan?.

Yang saya tahu, berdakwah paling mudah ialah menjelaskan apa yang benar. Tidak dengan mewarnakan rambut, atau membawa key-chain sambil bercakap kasar. Ini teori dakwah mana?.

Tidak pernah pulak saya tahu, yang berdakwah dengan cara begitu. Kalau kita buka mata luas luas, kita melihat ahli ahli so-called pendakwah ini, lebih kepada menegakkan yang batil. Dan cara cara mereka, macam zaman Katolik Roman. Di mana ada yang menjaga, dan ada yang dijaga. Pernah dengar Knights Templar?

Menjaga penghijrahan orang Kristian ke Jerusalem, dan kemudian membawa rahsia "Holy Grail" hingga ke hari ini?. dan berkata itu adalah cara menjaga rahsia agama orang seagama?. Ouh, kamu kamu semua. Sedarlah...


Fakta 13 : Rokok.
Dah... Sudah cukup jelas. :-)

Fakta 14 : Atuk adalah nickname saya di kolej.
Saya dah berusia sewaktu menjejak kaki ke alam Universiti. (untuk kali keduanya, mula mula main2, pastu main2 lagi). Nama waktu Minggu Haluan Siswa. Biasalah, late bloomer macam saya ni... tapi saya terima je. Rezeki Allah bagi....

Nama tu lekat sampai sekarang.
Ada yang tambah Atuk yang hensem.
ada juga Atuk si Tokei Nasi Lemak. Sigh!.

Fakta 15 : Mudah jatuh cinta.
Hahahah...

Joel Barish : Why do I fall in love with every woman I see who shows me a least little bit of attention? ~~~~ Eternal Sunshine of the spotless mind.


OK dah. Sudah siap wahai cik Ain. fuhh!!!


~

Jadi aku nak nama nama di bawah ini, menjawab juga.

1. Agus. - Kau jawab. Kau memang boyan yang hensem.
2. Fara. - Saja.
3. Bobby. - Kau hebat.

cukup lah 3 orang.

nanite..

Sunday, September 14, 2008

puasa : scene 2 take 1

what's hot : saya suka mengambil gambar.

what's not : saya tidak mencukupi dana yang cukup untuk mengangkat 450D.

additional info : nak tengok Accuracy of Death. aaaaa... Takeeshiiii.... Kawaiiii...!!! (gaya gaya gei)

earwax remover : Kyoko Fukada - Kirameki No Shuken

Ouh.
Saya sudah delete weblog wordpress saya.
dan juga saya sudah berhenti mem-blogging di tempat tempat lain. saya nak istiqomah di sini.

dan tadi saya menonton realiti show di SCTV, "Bila Cinta Bertasbih ke Mega Sinetron".

amat unik sekali rancangan ini.

kerana objektifnya mahu mencari pelakon pelakon untuk filem "Bila Cinta Bertasbih" yang akan mula shootingnya sekitar nov. ("Bila Cinta Bertasbih" adalah novel fiqah yang berkisarkan tentang konfrontasi muda mudi yang digenangi dengan Islami Moden, dan cara hidup kebaratan. Buku ini juga telah diadapatasi kepada mini series dgn judul yang sama)

jadi, tugasan pelakon pelakon tersebut, ialah untuk memainkan peranan dlm buku tersebut. ianya seolah melihat audition secara live. dan pelakon pelakon bernama besar juga mencuba diri. pihak Jury juga tidak kalah hebatnya, dari Didi Petet hingga lah ke Herman Witdiwayo.

saya bukanlah ada ilmu lakonan.

jadi bagi saya melihat seseorang yang boleh menangis, secara natural. adalah amat ajaib.
melihat orang yang secara tiba tiba menjadi garang dan menjerkah si ibu dengan begitu tragis (siap ada tolak menolak ke lantai), adalah amat menarik pada saya.

wah.

hebat.

lalu saya teringat waktu saya menjerkah seorang pekerja saya yang begitu ceria mengulas kerja saya tempohari.

airmatanya bercucuran.

dan sekelip mata kemudian, sudah boleh memaki saya semula.

wahhhh.. dia lebih layak untuk watak si protaganis.

heh.

i rest my case.


Tuesday, September 9, 2008

ramadan : scene 1 take 2.

what's hot : Kurma Yusoff Taiyobbbb! (nada berbisik)
what's not : kesempitan wang di bulan ramadan.




additional info : niat untuk beraya dengan kereta baru, terpaksa di batalkan atas sebab kenaikan harga bahan api. :). alasan!.

earwax remover : Butterfingers - Lengkap Semula.




anak saudara saya bertambah lagi.



kali ini, lelaki.



dengan nama Iltizza Husain Bin Hairullizan.



"berbolit lidah nak nyobut nyo" - kata abahku.



aku memanggilnya dengan nama Usin. ringkas.

disebabkan dia anak sedara aku, jadi aku digelar Uncle si Usin.

jadi. Meet Uncle si Usin.
hahaha. Lame!






Keadaan di pejabat masih lagi seperti lapang sasar. Tembak sana, tembak sini, jatuhkan orang, laga laga kan. aaaahh... picis.



aku jadi benci untuk meneruskan kerja kerja hakiki aku.

tidak kira apa yang aku buat, pasti nya di bunyikan dengan "pegawai baru tu, gila kuasa. semua nak di rebut. semua nak involve."

aaaah. gila lah diorang ni.




pernah kah diorang tahu, aku menghabis kan 4 tahun di universiti, adakah semata untuk merampas kuasa orang lain??? adakah itu yang di ajar oleh pensyarah2 aku di universiti dulu??? pastinya tidak bukan.



aku tahu. aku masih lagi muda dalam arus birokrasi kerajaan. dan pengalaman aku yang lebih di sektor swasta, tidak langsung membantu untuk terus berkubang dalam sektor perkhidmatan awam ini.



aku bukanlah perampas kuasa.



cuma aku menegur apa yang aku rasa perlu.

apa yang lebih efisyen.



maka tiada lagi istilah "terlepas pandang", ketika pengarah bertanya "kenapa itu, kenapa ini?". itulah penjawat awam sebenarnya.




tapi tindakan orang orang lama membuatkan aku jelek. apatah lagi orang di atasku, penuh sandiwara. kelakuan mereka seperti menonton opera sabun petang petang itu, yang mimik mukanya wajar aku sepak di gaung. (walaupun aku tahu, orang lain di atasku itu, tidak layak langsung dari segi akademik, mahupun pengalaman untuk duduk di situ).

aku benci.

ouh ye.

malam tadi aku bermimpi bertemu rakan rakan lama di uni dulu. siap boleh meragging budak junior lagi...

yang agak creepynya mimpi itu, aku bertandang ke office ku dan office ku bertukar menjadi rumah yang buruk. dengan ada PC terpasang lagu Lacuna Coil.

"Enjoy the Silence".

wah.. probably i should take a day off.

kasi muhasabah mimpi... adoihss...







Monday, September 8, 2008

puasa : scene 1 take 1

what's hot : this ramadan.

what's not : kereta tidak dapat lagi di keluarkan. kerana stok tiada..



additional info : nak beli ini.

sebenarnya, banyak benda yang aku dah type. isu isu merepek di kalangan warga kita.

warga kita?

orang kita?


semua nya ada udang di sebalik batu.

berbaik semata mata untuk nama, dan gelaran. aku jadi benci.

sebelum aku mencecah kaki ke bumi penjawat awam, aku lebih bebas. fikiran ku lebih menggapai teori teori Marxism, bumi ini untuk semua orang. tidak perlu membunuh orang lain kerana ianya akan simbiotik.

what u give, u get back.

dan banyak telah dibuktikan di alam ini.

sekarang aku dikunci dengan rantai rantai yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.


aku masih teringat sewaktu hari pertama aku menjadi penjawat awam. aku menegur semua orang di setiap jabatan. aku bersalam dengan pengarah - pengarah, dan aku bebaskan teori kasta di sektor awam.

esoknya, aku berborak lagi. berkenal kenal.
lusanya juga begitu.

kerana aku zero dalam dunia ini. jadi aku buat apa yang pernah aku belajar di sekolah dulu.


aku berkomunikasi.


aku berborak dengan makcik kleaner, tukang kebun, pembantu pejabat malahan pengarah sendiri. aku terokai semua benda baru. birokrasi, red tape, auditing, rasuah, salah guna kuasa dan satu phrase yang pastinya bila kamu semua menjengah dunia penjawat awam, akan di gunakan di sana sini.

"TERLEPAS PANDANG"

overlook jika dalam bahasa inggerisnya.

satu phrase yang digunakan sebagai password untuk bebas melakukan apa sahaja.

"ouh, saya terlepas pandang" ... hahaha.

rupanya, kegiatan aku merendahkan ego dan berborak borak ini, di pandang salah di mata orang orang kanan di jabatan ku.

"kita kena ada gap. baru diorang respek kita"

"jangan merendahkan sangat status, nanti orang pijak kita"

dan pelbagai lagi kata dua yang diberikan kepadaku.

tapi itu bertentangan dengan apa yang aku belajar dulu.

pada aku. sebagai seorang penyelia dan pengurus, kita kena turun padang. kena buat apa yang orang orang bawahan kita buat. barulah kita tahu, bertapa susah peritnya kerja itu.

jadi bila kita tahu. maka kita dapat mengesan di mana silap proses kerja itu.

boleh lah kita efisyen kan lagi. memudahkan lagi.

kalau langkahnya sebelum ini 5, maka kita boleh jadikan 3 atau 2 sahaja. cepat. dan efisyen.

di sebaliknya pula, kita dapat tahu jika pekerja kita tu, berkerja dengan jujur atau tidak. sebab kita tahu selok belok prosesnya, jadi pekerja tidak boleh tipu kita.

malangnya, bila aku turun padang, ada yang menganggap aku mencari nama. ingin menjadi pekerja contoh.

maaf cakaplah.

aku bukan berkerja kerana nama.
dan aku bukan berkerja di depan boss sahaja.

aku pernah melihat seorang pekerja ku, meninggalkan tanggungjawabnya apabila pengarah pulang. bila depan pengarah, begitu beria ia. malah, aku sendiri tidak begitu baik dengan pengarah tersebut.

sebab aku tidak pandai bermuka muka. dan itu lebih jujur.

kalau aku tidak suka, aku beritahu.

mudah.

malah, aku masih mengingati insiden di mana ketua jabatan aku, begitu bersungguh memanggilku semata mata ingin menunjukkan set sofa baru di pejabatku.

reaksi aku?

"baru tukar cushion cover ke?" - dengan wajah yang tidak terkesima langsung. pada aku, ianya adalah set sofa, yang selalu aku lihat.

"ok......kau dah beli. jadi kau nak aku excited ke?" - ujar ku dalam hati.

ouh, aku boleh jadi excited dengan melompat kegembiraan. dan bergolek golek gembira, kerana melihat set sofa yang baru. tapi itu bukan aku. itu jadi orang gila.

sebab aku tahu, ramai yang buat buat gembira atas kehadiran sofa itu, malah ada yang kata "wah bestnya sofa baru..." sambil menepuk2. "pandainya puan pilih...." dialog lain pula. itu sewaktu ketua jabatan aku masih lagi kembang hidung sambil duduk di sofa baru nya.

dan di akhir cerita. orang orang yang memuji itu akan mengadu kepadaku, dengan dialog "entah apa apa le sofa tu, yang lama kan elok lagi..." dan "buruk tau sofa tu, tak matching langsung dengan dinding". sambil memandang kiri kanan..

ini semua pembelian jiwa. dan aku tidak mahu terlibat.

kalau aku tak suka. aku beritahu.

untuk aku menjadi murahan seperti manusia manusia di atas tu, adalah jauh sama sekali.

kerana sewaktu temuduga tempohari. dalam soalannya. "bolehkah anda berlaku jujur?"

dan aku menjawab boleh.

i rest my case.