Thursday, June 25, 2009

hari aku terbunuh.



assalamualaikum.

hari ini adalah hari kematian "aku". sang "aku" yang aku cipta sendiri untuk bekerja setiap hari telah mati. tepat jam 14.16 ptg tadi. serius.

SYAHLIZAN SAIMIN si topeng gembira yang selama ini berkerja dengan kamu semua telah mati. yang ada tinggal cebisan cebisan baju batik jawa sempena pemakaian di hari khamis. itu sahaja.(ada lima minit berkabung tadi, selepas malaikat mengambil SYAHLIZAN si topeng gembira)

Mulai 14.21 tadi, aku adalah aku yang kamu jumpa di machang dulu. aku yang dilahirkan pada 29 Mei, 31 tahun yang lalu. aku yang kamu panggil atuk, dan aku yang menjual nasik lemak di kala berkejaran dengan Kada.

tadi, sebelum jam kematian tiba, aku rasa sangat gembira. berkerja dengan hati yang indah, dan bersuka ria. dan tersenyum untuk menggembirakan orang lain.

aku rasa terbeban sekali.

Betina Bangsat itu membuat lagi onar. Kali ini, aku rasa sudah cukup klimaks kebodohan dia. Memang dia tidak layak langsung duduk di situ. Entah kenapa, aku rasa kenyataan yang di berikan tadi, betul betul menghiris aku sebagai seorang manusia, dan aku rasa dia, memang tidak patut langsung lahir. (sesungguhnya Allah menciptakan manusia pelbagai jenis sifatnya, dan dengan itu membawa kamu berfikir, Kekuasaan Allah yang tiada tandingannya)

Benar.

Biar aku cerita sedikit kronologi yang membawa kepada kematian aku petang tadi.

Pagi, sekitar jam 11.00 aku mula membuat kerja di pejabat baru, di temani oleh rakan rakan kerja. 5 orang semuanya. ada yang buat network, ada yang setup software dan ada yang bersihkan pejabat. memang semua orang berkerja.

Sekitar jam 11.30, Betina Bangsat datang dengan rakan rakannya pula. Membawa bunga untuk hiasan.

Sekitar jam 11.45, Pengarah datang. Kemudian terus masuk, aku pula keluar menghisap rokok sambil memantau sang pekerja menggantung banner.

Sekitar jam 12.00 aku masuk ke dalam, sambil melihat sang Pengarah sibuk membuka Facebook dan bergelak2 dengan si Betina Bangsat.

Ok, fine. Facebook, ye... aku tahu facebook. jadi perlu kah aku mengendeng untuk melihat sama di laptop itu?. Facebook adalah ok je padaku, dan terlalu common untuk di gembur gembur kan.
(ouh, aku lupa untuk menjadi drama queen. aku perlu mengendeng dan bertanya, apa niiii?... bestnya boleh keluar gambar. wow, ada application yang boleh gerak2 lah. best2)

jadi, aku pun duduk saja di kaunter, sambil bergelak2.

yesza. akhirnya mereka bersurai. dan aku menerangkan serba sedikit kepada pengarah tentang network yang aku dah siapkan, tetapi tidak memuaskan kerana dia perlu keluar segera.

haish.

dan seterusnya si Betina Bangsat pun pulang. ok, fine.

dan aku meneruskan kerja. ok, fine.

bila sampai ke pejabat. dan aku terus keluar ingin makan bersama2 rakan sekerja, lalu Bad berbisik

"tadi Betina Bangsat panggil aku, tanya kenapa kau ada kat pejabat baru, dan kenapa ramai sangat tadi sampai lima orang?. Pengarah yang tanya kat dia katanya"

ouh.

Tiba tiba telinga aku jadi panas. Serius. Ini Seriyeeesss...

seriyes aku nak lempang muka Betina Bangsat ni. apa punya perangai le.

aku cakap kat bad "lenkali, suh dia je pasang sistem kat situ"

aku terus berangin. dan aku berpecah pergi makan ke tempat lain. makan sorang sorang sambil layan otak. seriyes, kalau aku ikot jugak tadi, harus aku meletup dan menendang orang. (ye, saya amat pemarah)


ouh. fuck.

serius.

sepatutnya, sebagai ketua bahagian, Betina Bangsat itu perlulah memberi sebab yang munasabah kenapa aku ada di pejabat baru itu, dan kenapa aku guna kan ramai pekerja.

ini tidak, di kutuknya aku lagi. diburukkan nya aku lagi.

"syah tu, tak buat kerja" "syah saja nak melepak kat situ" "syah itu, syah ini"

ah, gila la ini Betina Bangsat.

aku betul betul nak bunuh dia tadi. seriyes cakap.

aku buat penat penat setup connection tu, dengan pergi ke sana sini untuk membuat kerja, sambil mengorbankan waktu kerja kenkawan, demi nak siapkan network sistem kat situ, adakah
kutukan depan pengarah yang faham aku pemalas tidak buat kerja je yang aku dapat?

fuck fuck fuck.

babi dowh betina ini. babi sangat. seriyes.

tidak professional langsung.

perangai macam budak budak...

hahahah.. seriyes. aku benci benci. dan aku pun bunuh diri aku yang tidak berguna dan bertopeng bertopeng ini.


dan sekarang, aku adalah aku yang dulu.


yang fuck-it-all-that-i-care-is-myself, yang ber-jewish thinking, yang pergi kelas tidak mandi dulu. yang malam malam pergi berniaga nasik lemak dengan korang. dan yang ber-tai song dengan korang di tangga tempohari di machang dulu.

yesza...

welcome back, my old me.

I MISS U SO MUCH... muah muah muaaaahhhhhhhhhhhhhhhh.... :*

Wednesday, June 24, 2009

Seketika aku menaip dalam bilik server.

assalamualaikum.

hari ini banyak benda yang berlaku.

tapi, ada insiden yang menyebabkan aku ketawa sepanjang petang.

baik. kita mulakan dengan pengenalan watak watak.

Badrul
Aku
Daniel
Betina Bangsat

dan sedikit skrip dari filem "Pendekar Bujang Lapok". Hoyeah!!!.

insiden berlaku sekitar jam 11.15 pagi, sewaktu aku sedang bertungkus lumus menyiap tetapan untuk VPN dan wireless connection untuk pejabat baru di kawasan K. sedang aku bertungkus lumus keluar masuk pejabat dan bilik server, pejabat dan pusat kegiatan siber, tetiba si Bad di panggil oleh Betina Bangsat.

Sebetulnya, pagi tadi, aku dan si Bad akan ke pejabat baru, tetapi aku tangguhkan hingga ke tengahari atas sebab teknikal dan VPN pun belum di tetapkan pengaturcaraannya. jadi aku tangguh, sehinggalah keputusan nya agak menetapi sasaran. dah boleh ping, dan kurang network timed out.

dalam jam 12.45tgh, si Bad keluar dari Bilik Si Betina Bangsat sambil mulut terkumat kamit, aaaa... nampaknya ada cerita yang menarik untuk aku dengar. aku biarkan dia membebel sambil mengangkat printer dan banner untuk perasmian nanti.

aku terus ke kereta dan bersiap untuk ke pejabat baru, sambil mengajak si Bad.

dalam kereta, si Bad mula membuka suara.

Bad : Betina bodoh tu, bikin aku marah betul.
Aku : Hahaha, kenapa ni john?
Bad : Kau jangan ketawa beb, nama kau pun disebut jugak.
Aku : (waktu ni, aku mula nak menyepak si Betina tu, tapi dia kat tingkat atas dan aku malas). hah?. nama gua pun ada?. cool... cerita lah bai.
Bad : kan pagi tadi, kau suh aku check kat opis mekanikal, tanya line tipon dah pasang lom kat pejabat baru, tapi betina bangsat tu, dia yang applykan, jadi dia yang kena follow up. tapi yang bangangnya, dia apply pakai mulut je... jadi camna nak approve. pastu dia suruh aku buatkan surat permohonan, aku cakap le petang nanti aku buat.
Aku : ok.... abis tu, kenapa pulak kau membebel bila keluar dari bilik dia tadik?
Bad : Memula, dia cakap dengan aku, esok pengarah nak tengok pejabat baru, dan semua kena ok. Pastu, aku cakaplah kat betina tu, aku, daniel dengan kau nak pegi pejabat baru siapkan network. Pastu, kau tau, betina tu cakap apa?.
Aku : haaa... cakap apa?
Bad : dia cakap, kenapa inceksyah nak ikut ke sana?.
Aku : Peeehh... serius bangang dia cakap macam tu, kang aku suruh dia buat je sistem tu kang... baru terkencing kencing.
Bad : Itulah tu, aku pun diam je lah. pastu dia cakap lagi, petang ni tak boleh buat ke sistem kat pejabat baru tu?.... terus aku rasa macam sial la kau betina, petang ni aku ada kerja lain... bila aku siapkan sistem tu? pastu dia cakap, petang ni, awak buat apa bad?.
Aku : (dah gelak)
Bad : mestilah petang ni, aku nak buat surat apply tipon tu... karang pengarah tanya, aku nak cakap apa?. pastu, dia jugak yang suruh buat surat tadi. gila la betina ni.

seriyes, betina tu dah bangang.

kemudian, petang tadi, pihak IT call aku, tanya pasal sistem, aku cakap ok dah. boleh jalan apa semua... kemudian pihak IT cakap, budget sistem ni, berapa?....

AKU NAK CAKAP APA?.

waktu aku mintak jumlah budget dari betina bangsat tu, korang tau dia cakap apa?.

ADE LAAAAA......

Kemudian bila aku refer balik kepada si Betina Bangsat itu tentang budget, kau tau dia cakap apa?.

ITU LAH KAU, PERGI MEETING TAK AJAK AKAK, KALAU AKAK ADA, SENANG DAH. SEMUA DAH SETTLE.

erm... perlukah aku cakap, meeting itu adalah berkenaan sistem?. tentang LAN, VPN, router dan switches, TinyTerm, Telnet, Virtual IP, dan Dial up. yang tiada langsung kena mengena dengan si Betina tadi?.

Nanti kalau dia masuk, dia merajuk. macam tempohari.

dia merajuk kerana ada anggota gelakkan dia sebab dia order PC, dan mahukan hard disk satu sahaja.

sedangkan anggota itu sedang menerangkan tentang SAIZ hard disk komputer itu sebenarnya.

Betina Bangsat : eh, banyak sangat tu sampai 160, akak nak satu je.

kau rasalah, perlu ke aku bawak Betina Bangsat ini ke meeting sistem seterusnya?. adakah aku akan pengsan ketawa bila dia nak tambah memori kerana hard disk dia dah penuh?...

HAHAHAHA...

(kalau rasa diri tu, tak layak jadi ketua. sila la turun. orang lain dah jemu dah kak oi..)



errr... fyi, anggota yang ketawakan betina itu, aku lah.

cheers mate.

p.s : aku tahu aku tidak sempurna, tapi keadaan orang lain menyebabkan aku rasa aku best sangat. yeeeehaaaaa!!!!!!!!!!....

Thursday, June 18, 2009

Dorothy Gale dan episod pergi ke bulan.

sudah lama kering blog ini tanpa kiriman. saya terlalu sibuk. di stadium hoki. di pejabat.
rasa perlu di kerat lapan dan dibahagi bahagi ke tempat tempat yang tertentu tersebut.

ouh. rentetan yang lalu.

pada 7hb jun yang lalu. bapak saya kemalangan.









untuk pengetahuan anda semua. dia ok. sihat alhamdullilah.

lututnya koyak, 30 jarum jahitan.

saya, agus dan lanun. menjaganya bergilir2 di hospital. terima kasih kepada siapa yang hadir menziarah wak saimin. dan juga terima kasih untuk staff WARD 4, hospital pontian, puan siti hawa, dan semua yang mengenali wak saimin.