Monday, April 13, 2009

mano to mano

lelaki.

bila menyebut lelaki, kita tidak dapat menentang prinsip menjadi seorang lelaki.

lelaki kena kuat, gagah, dan macho.
lelaki kena egonya tinggi.
lelaki tidak boleh ditumpaskan.

tapi, prinsip ini di natijahkan dalam bentuk bentuk maskuliniti, maknanya, lelaki menganggap maskuliniti adalah seperti prinsip prinsip di atas. KUAT, GAGAH dan MACHO.

dalam membincangkan entri ini, aku menjengah kronologi hidup aku.

dalam famili yang kadar lelakinya kurang. (hanya 3 orang lelaki) jadi apa yang ada saja aku jadikan contohnya, abah aku dan abang aku.

abah aku seorang yang sinikal.
abang aku pula, entah. sejujurnya, aku tidak rapat dengan nya, tapi atas sebab family bonding dan galur darah, aku menjadi rapat. itu pun sekadar berbincang sebagai rakan, bukan sebagai famili.

jadi, simboliknya, hanya 2 ikon dalam hidup aku.

dan kedua2 nya tidak mencerna penghasilan peribadi aku.

jadi, aku mengalih benchmark terhadap pengaruh luar.

dan.

aku membesar di era 1990'an.

jadi, waktu itu, aku dengar NIRVANA, ye. kurt cobain dan rakan rakan. dan secara diam, lagu lagu mereka di jadikan konsep peribadi aku. dan aku jadi macam lagu lagu itu lah.

eh, jap. nanti aku sambung... partII

Thursday, April 9, 2009

libido malam jemaat.

earwax remover : semua lagu setan setan, woaarghhhh!!!... (metal sign)

pagi tadi, aku membatalkan niat untuk ke kluang, kerana terlewat bangun. jadi rancangannya, pagi ini lah... lepas siap menulis entri ini. (sambil lihat jam tepat pukul 2.20 pagi).

petang, pergi makan kat damansara alif. (macam kat kl je bunyi, walhal kat kempas je).

kemudian, telefon berbunyi... ouh, ini seriussss... kena tolong dia... Linny, Tuck, dan Ming Ming juge, wanderpets datang membantu...

(hahaha.. serius kelakar dowh, kalau kat KB ni, dah kelakar abes dah.).

ye, saya mengarut.

berikut adalah caption perbualan dalam talipon petang tadi.

Encik Eddy : salam bro. ada mana?
Encik Syah : aku ada kat jb, tengah makan.
Encik Eddy : bagus, malam ni aku datang rumah kau, mau mintak tolong sikit.
Encik Syah : okreeet... datang lah.

kemudian tepat pukul 10.30 malam, Encik Eddy datang. membawa sebiji pendrive, dan mahu bantuan aku mengedit flyer gig pada 18 hapril ini.

wah, aku kembali mengedit edit gambar.
wah, aku kembali mendengar muzik muzik setan.
wah, aku penat.

tapi kepenatan itu berbayar dengan hasilnya yang aku rasa cukup enak... yeah.

yeah... jangan lupa datang.

aku ada.

dengan kamera di tangan.

WARRRGGHHHHHH......



chill bro.

Tuesday, April 7, 2009

kisah si pendek.

sebenarnya entri ni, dah lama aku nak tulis. hampir 3 minggu jugak. jadi aku perap dalam laptop, yang aku mail-merge ke bentuk notepad.

korang ada rakan rakan yang fizikalnya, rendah?.

atau bahasa kasarnya, bantut. dwarf.

dan pendek.

entri ini bukanlah nak mengutuk atau mencerca ciptaan tuhan. cuma ingin memberi kata kata untuk kita melihat, dan mengamati... ciptaan tuhan yang satu ini.

dalam kehidupan aku yang melebihi suku abad sekarang, aku sudah menerima sejumlah rakan rakan dan kenalan yang bantut.

secara kronologinya, mengikut demografinya.

1. etot. orang pahang.
2. desmond. orang kl.
3. linda. orang jb.

dan yang paling terbaru.

4. Leman Bantut. Orang JB.

jadi, kalau kita naratifkan kisah kisah mereka, orang orang bantut ini akan berperasaan dan bersikap tipikal sesama mereka.

mereka akan :-

1. berani.
2. berbahasa keras.
3. sering menganggap diri mereka betul.
4. degil.

kalau kita kaji balik, sifat sifat mereka ini mungkin terbentuk dari sifat mempertahankan diri mereka.

sikap orang orang sekeliling yang offensive. suka mencerca. dan memandang kepada kalangan si bantut ini, sebagai lemah. jadi sebagai menangkis, mereka akan memafhumkan sifat sifat tadi.

tapi, pada aku lah. salah masyarakat kita sebenarnya. pertama sekali, dalam tatabahasa kita, menyebut bantut, pendek, rendah, ketot dalam nahu yang negatif.

bantut.
pendek.
rendah.
ketot.

bantut contohnya, membawa maksud tidak mencapai objektif.
pendek pula menggambarkan ukuran yang singkat.
rendah pula digambarkan kurang tinggi.
ketot. emmm... carilah sendiri.

semuanya membawa kelemahan, dan justifikasi yang tidak positif langsung.

hei, pendek. itu offensive kan?

hahahah...

eh, mengarut pula.

aku sebenarnya nak tulis pasal kehendak aku semalam yang terlah terbantut, kerana filem yang aku nak tengok tu, sudah di bantutkan tayangannya.

nah, berbunyi negatif kan?...

ok. jumpa lagi.

p.s : aku tengah training untuk menulis kembali. bak kata june, aku sudah tumpul menulis. haissshh......