Wednesday, January 21, 2009

susah.

circa 2006.

"merah tu marah, tak pun maksudnya berani.
abes tu, coke tu minuman yang berani lah ye?."

ouh. hari ini ialah memenatkan diri.

dari pagi hari, aku berhempas pulas menyiapkan komputer di meja kerja aku yang sudah macam sial. aku buat sendiri. lebih puas hati.

bukannya takde IT dept kat tempat aku kerja, cuma ianya meremehkan. dan solution setiap masalah mereka ialah "format dan setup baru". sheesshhh..!

banyak work aku yang hilang nanti.

petang tadi ada mesyuarat jab. lalulintas dgn PBT. ternganga aku dengan sangap nak isap rokok. hj leman yang duduk sebelah aku dah terhenggut2 mengantuk. dato' masih ok, kerana dia ada bilik kebal (dan lesen besar) untuk meracun dada di dalam bilik meeting.

kalau aku hisap rokok sesama tadik, harus aku tidak menggangur minggu depan.

eh, melalut.

takpelah.

jadi, hari ini tiada apa yang indah.

spekulasi bahawa fitnah fitnah yang mengatakan aku sombong dan tidak boleh berkerjasama telah terjawab. statement kak jijah selepas meeting dalaman semalam, menangkis semua tohmahan tersebut. dan membuat aku terfana sekejap.

"akak dengar2 cerita yang dua pegawai baru ni, sombong, berlagak dan tidak boleh diharap. tapi ok je ni...."

rupanya ada suara suara bastard yang menjual aku sebagai berlagak, sombong dan tidak boleh berkerjasama.

that's pathetic.

tapi takpelah.

sekurangnya, aku dah tau siapa yang bermulut busuk.

euuwww..!

Monday, January 19, 2009

sifat kenegerian yang menebal.

[abaikan title kerana tidak ada kena mengena.]

ouh.

ini hari aku makan di kantin poslaju kg ungku mohsin. (jb-rians tahu la kat ner tempat ni). sebenarnya semenjak tauhun lepas lagi, aku sudah mula menangguk muka di situ, kerana masakan asam pedas yang amat best. (bak kata ijad rimau : "stone abes")

tak terkira enaknya.

malah, setiap hari kena makan.

macam addicted pun ada jugak. haiisshhh... apekah makcik itu bubuh dlm itu asam pedas?

pedulikan lah.

yang penting sedap.

dan pekerjanya amat stereotaip jb-rians.

"takdek duit kecik la bang, bayar esok lah"

pagi tadik, tadek duwet kecik.
tghari pun tadek.

jadi aku dah berhutang RM9.

"wah, esok bayar gila banyak... mcm mentekedarah".

yikes!.

Thursday, January 1, 2009

Batuk di tangga.














what's hot? : Sedang cuba mencuri masa untuk menonton Bedtime Stories.
what's not? : Sibuk, sibuk dan sibuk.




earwax remover : The Cure - Just Say Yes.


Selamat tahun baru Masehi 2009.


Aku baru saja menerima tugasan menimbun untuk tahun ini.


ding! ding! ding!


I need a rest. Really.


Dah macam robot aku berkerja sekarang.


8.30pg - 5.30ptg. Setiap hari.


Isu di sekitar pejabat masih sama.


ouh ye.


Aku baru membeli The Cure - Greatest Hits. album lama. dari dulu aku nak beli, tapi masa tak mengizinkan. sempat jugak mendonlod klip videonya, ikhsan dari rerakan di Machey dulu kelmarin.

Bezanya album ini dgn original cuts ialah ketiadaan lagu di track 7 - killing an arab. itu sahaja. selebihnya adalah sama dan berterusan.

Nanite. nak layan Just like heaven lagi sekali.

(ini post sudah seminggu usianya, tapi layankan lah)