Friday, May 29, 2009

saya sudah tua. iye.

iye. berdenting jam 12.00 semalam, aku sudah 31 tahun.

alhamdullilah.


di pejabat besar, ada seorang makhluk yang bertarikh lahir sama. cuma tahunnya lain.


bila hari lahir aku, sama dengan hari seniman dan hari ulangtahun kematian P.Ramlee, agak signifikan jugaklah kerana tiap kali hari lahir, ada orang bacakan yasin.

*touching*

jadi aku listkan apa yang berlaku semalam.

1. sms pertama ialah dari ainfazrin. she's the first.
(sebenarnya sang tunang lebih awal, tapi dia antar before 12am, jadi disqualified sbb masih 28hb)... syhhhh... jangan bitau tunang aku tau...

2. anak sedara aku antar sms birthday. terima kasih kakap dila.

3. bangun pagi, dan di hujam dengan sms dan calling2.

dari celcom (sampai 7 keping sms dia), cik anie, mama lin, mak aya, abg ngah, dari maxis, dari izril pun ada (takaful ikhlas),

kemudian dari agush. tapi bukan sms birthday.
bila aku cakap, dia kata *birthday kau bukan 29hb ke?*. rasa nak sepak. takpe, sayang2. (duuush!)

kemudian, topet.
akhir sekali, dari si aida pharmacy.

4. aku pergi buat alignment & balancing.

5. siapkan semak tugas untuk hari keluarga.

6. selesaikan masalah di kaunter. (makcik sibuk keluar masuk2, semata2 nak tengok aku buat apa kat kaunter. shitzhe!)

7. check roster untuk hari esok.

8. tepat jam 6.ptg, aku berambus. (2 minit sebelum tu, aku dah menegak kat depan biometrik thumbprint, dan aku jadi orang pertama punch out) miahahha.

9. lepak kat rumah. pastu keluar balik gi senai.

10. antar Dato' pergi berdangdut. abeskan masa dengan tipon ain, li botak, zahid,aida (sebab maxis to maxis adalah percuma bagi birthday boy).

11. ambik sang tunang kat airport senai, sang tunang bagi baju. seedwork. tengok tag, wow!....

12. sang tunang ucap happy birthday tepat pukul 11.59pm. swheeettttt!.

13. balik rumah, type benda ni.


ouh ye, saya dah bertunang. ceritanya panjang, jadi tak perlulah saya hebahkan di sini. alhamdullilah, semua berjalan ok.

insya Allah, ada rezeki, kad jemputan akan menjalar ke alamat2 rumah kamu semua.

*sebenarnya aku nak type pasal benda lain, tapi takde mood*

chiao.

currently listening to : Latif Ibrahim - Nora.

best dowh lirik dia, walaupun nama tunang aku bukan nora. :)

Wednesday, May 20, 2009

man of the hour.

sila sedia tisu.

sebagai anak lelaki terakhir, aku memang agak rapat dengan sang ayah. selepas umi tiada, aku sering juga mendengar usikan usikan dari rakan rapat ayah menyuruhnya kahwin lagi. jawapannya mudah.

"kalau macam pasha sandha, aku ok je".

hahaha.

pada aku, ayah seorang yang ringkas. agak radikal. dan suka berseloroh.

tanya agus. tanya topet. tanya pidot. dan semua rakan rakanku yang pernah bergesel bahu dengan wak saimin.

semua kata "bapak kau pun memang best".

put it as u like.
cool.
legend.
hero.

aku masih lagi anak wak saimin.

(walaupun sejarah hidupnya agak vague, dan dia jugak kurang berkongsi pengalaman hidupnya dengan aku, jadi, aku tidak tahu his past history. yang aku tahu, dia pernah jadi fireman di singapura, kemudian dia balik kampung, kerja sendiri.)

dulu waktu aku kecik2, dia suruh aku urut dia. dan aku nampak ada parut kat punggung kanan. dan bila aku tanya, dia cakap

"bapak dulu gaduh dengan keling mabuk!!".

dan waktu itu, aku bangga, wah... ayahku seorang hebat. siap gaduh2.

dan kisah itu, aku jaja pada arwah umi, dan secara gelihati, arwah umi cakap.

"gaduh apanya?. bapak kau kena cakar kucing.".

hahahaha... dan aku masih lagi ketawa sampai. sekarang bila ingat cerita itu.
dan setiap kali raya, pastu aku akan bersedia untuk menjaja cerita itu. agak cool jugak, sebab dia cuba membina karakter yang menyebabkan aku berbangga dengan nya.

ayah aku, tidak pernah suruh kami adik beradik mahu jadi apa. ayah aku sukakan konsep, "your life's, your way." jadi, kami adik beradik, ikut suka lah.

tapi, alhamdullah. semua dah jadi manusia.


tahun lepas, aku ke terengganu. dan aku pergi dalam jangka masa yang agak lama juga lah. jadi, 3 minggu sebelum ke sana, aku tidak pulang ke kampung. atas beban kerja, aku tidak pulang.

sememangnya ritual kami sekeluarga akan melawat ayah setiap hujung minggu. kadang aku terlepas juga, tapi tidak pernah lebih 2 minggu. tapi minggu itu, aku memang terbeban dan tidak menjengah langsung.

minggu seterusnya, aku terlibat dengan kerja lagi. dan aku tangguh lagi untuk menjengoknya. tapi aku hubungi kakak aku, dan mengikut katanya, ayah ok. aku bersyukur.

dan pada minggu seterusnya, aku tidak dapat pulang. kerana urusan kerja juga. kakak aku cakap dia ok. cuma batuk batuk sedikit. takpelah, mungkin aku sempat juga menjengahnya sebelum ke terengganu nanti.

dan pada hari aku ingin ke terengganu, aku menunggu di pejabat. sambil melihat lihat dada akhbar. perjalanan aku jam 8 malam, jadi aku menunggu di pejabat. dan aku memasang lagu.

playlist aku masih lagi pearl jam.

dan tetiba lagu Man of the Hour terpasang.

tetiba aku teringat, aku masih belum beritahu ayah yang aku akan ke terengganu.

dan jam sudah berdetik 6.45 petang. ini bermakna, ayah ada di rumah. (dia memang selalu kat rumah pun, cuma waktu tu dia baru balik ngeteh dan ngurat2 di pekan). ah, aku menekan nekan telefon.

dan sayup sayup suara garaunya menjawab.

ayah : hello. assalamualaikum.
aku : waalaikumussalam. bapak eh?.
ayah : ye... adik, kau tak balik?.

waktu ini, hati aku berdetak. rasa macam nak cancel je trip malam tu, aku nak balik rumah. at least, aku nak jumpa dia. nak salam dia. tertiba hati aku rindu sangat kat dia. fuck! emo aku petang tu.

aku : (suara pecah) ermm.. tak la bapak, org kena pegi terengganu. bapak sihat?
ayah : bagus je. cuma batuk... kau demam ke?.
aku : (suara pecah lagi) tak.
ayah : baguslah.

long pause.

ayah : budak budak ni, tanya.. pak usu tak balik ke?.
aku : oouh ke, takpelah.. bilang sama diorg, pak usu balik minggu depan.
ayah : kau nak pegi terengganu, jalan elok elok.
aku : ....
ayah : belikan bapak baju batik ye.
aku : (suara pecah) ok.
ayah : (dengar suara dia batuk)
aku : bapak.. makan ubat tau.
ayah : dah.

(waktu ni, aku dah emo habis. serius).

ayah : kau kenapa?
aku : takde pape, tengah isap rokok.
ayah : ouh. kakak2 kau takde, tak balik kot malam ni, bapak tidur sorang lagi. eh, bapak nak gi mandi lah.
aku : aaaa... kirim salam dioranglah.
ayah : Insya Allah.
aku : ok. bapak kalau nak kemana2, bagitau ye.
ayah : baik. kau jaga diri ye. kat tempat orang.
aku : ok.

*click*.

secara peribadinya, aku memang all-out aritu. tak bleh blah dah. sampai la p.a aku cakap, "encik syah, kenapa tutup lampu office?". aku cakap aku nak tido. miahahha.

gila kau. entah kenapa aku jadi rindu dengan dia.

nak kata jauh, tak le sangat, JB dgn pontian tu. tapi, mungkin aura bapak dengan anak tu kot?. aaa.. rindu.

cerita ni, dah setahun dah. dan aku rasa ayah aku pun dah tidak ingat. mungkin dia tidak merasakan sangat kasih sayang seorang bapak, tapi dia cukup belajar dari pakcik pakciknya. yang rock and rolla juga.

LEGEND.

ari ni, tribute untuk wak saimin. moga di panjangkan umur, dan diperbanyakkan rezeki.

(walaupun hari ni bukan birthday dia)

so, Happy Earliest Father's Day to you dad.
you are the greatest living legend i ever knew.

thank you for being someone i'm proud to be with.
thank you.

Tuesday, May 19, 2009

write... right.

Ini bukan tagged. Ini aku dah bosan dan cuba menaip sesuatu. (sebenarnya aku penat. penat menunggu).

List down any 3 things that crossed your mind for each word below:

Holy.
1. Holy Grail.
2. Holywood (album Marilyn Manson)
3. Holy sh*t.

Ayu.
1. Mas IdAYU.
2. Mas Cotek.
3. Terminator Salvation.

John Cusack.
1. High Fidelity.
2. Igor.
3. Hati Kering.

Hump.
1. My Hump, My Hump, My Hump... My Hump!.
2. Eva Longaria. (betul ke nama dia ni, Ain?)
3. Si Bongkok Tanjung Puteri.

Harian Metro.
1. Picisan.
2. Gadis kuaci.
3. Pembantu Makmal.

Sunday, May 17, 2009

terimalah seadanya... dan juga Beatles.

sewaktu Gérard Houllier berhenti menjadi pengurus LIVERPOOL FC, dia pernah berkata

"perkara yang paling manis semasa dia berada di LIVERPOOL ialah melihat Steven Gerrard membawa anaknya bersiar siar di sekitar Anfield, dan melambai lambai pada peminat."


itu Gérard Houllier. setelah 6 tahun di LIVERPOOL. dengan pelbagai piala dimenanginya.

(dan jugak pembelian pemain yang agak bangang, tapi OK saja, kerana semua yang dibelinya sudah tiada. kecuali Sammi Hyppia, yang akan habis hujung musim ini).

Aku amat jarang menulis tentang sukan.

rasanya ada 2 post sahaja.

yang pertama tentang Ichiro.
yang kedua tentang Sweden.

Jadi musim 2008-2009, LIVERPOOL FC, sudah di tangga kedua.

baguslah.

pencapaian terbaik setelah beberapa tahun yang agak perit.

skuad tahun ini juga menarik minat aku, bak kata John Dykes "Liverpool Fc adalah meriam. Boom Boom Boom, tetiba gol. ".

itulah sebabnya aku minat Liverpool FC.

main entah apa apa, tetiba menang. karakter English-games mereka terlalu kuat. taktikal memang takde, kecuali "UP and UNDER" serta "AMBITIOUS HAULING SHOT" dari luar kotak penalti.

kalau diikut kan hati, aku mahu saja LIVERPOOL FC bermain passing play seperti MU (yucks!) dan ARSEy-nal. atau beautiful game iras iras Argentina dan Brazil. tapi itu mereka. LIVERPOOL tetap LIVERPOOL.


aku mula meminati pasukan ini circa 1995. masa tu, TV2 masih lagi menayangkan road to wembley dan EPL. (delayed telecast). Fowler adalah terhensem. (selain dari pengaruh wak saimin yang meracun aku suruh tengok LIVERPOOL game.... aaa... perintah bapak jangan di lawan beb...) dan aku menjadi peminat LIVERPOOL...

serius.

masa itu ialah League Cup Final, LIVERPOOL vs ARSEy-nal. dan Fowler buat hatrik dalam masa 3 minit.

here it is.



dan sampai sekarang, dia masih legend.

begitu juga, aku merindui free kick Gary McAllister, kehebatan Patrik Berger (supersub paling best), gaya lipas kudung Micheal Owen, Steve Staunton, the Great Steve McManaman, dan siapa lagi kalau bukan Ian Rush.

mungkin aku kelihatan bias kerana tidak menyenaraikan player2 agung seperti Hodgson, Paisley, Sounnes, dan Callaghan. tapi aku tak pernah tengok mereka bermain, jadi oklah kan?... miahahaha...

18 kali menang Premiere League.
dan semalam, MU (yucks!) menang BPL.


aku masih ok.
aku masih lagi Kopites.

musim depan ada lagi. dan aku sudah meracun anak anak sedara aku supaya sokong LIVERPOOL. yeah... MU sucks, wahai anak anak sedaraku... mereka jahat... dan perasan bagus. Macam New York Yankees... jahaaatttt....

ouh.

ada orang bertanya kenapa aku minat liverpool FC.

jadi, di bawah ini.

adalah sebab2 yang selain daripada diatas.

- Beatles dari Liverpool.
- Titanic di buat di situ.


itu je lah.

cheers mate.

Tuesday, May 12, 2009

suicidal???... nahhhh...

"the answer is 42".

hah.

Douglas Adams, dalam bukunya pernah menulis jawapan kepada tujuan kita hidup, alam semesta dan semuanya adalah 42.

senang je.

Tetiba ada sorang makcik (errr... lebih spesifik, seorang Hajah) menegur aku ketika di bilik Mesyuarat tadik.

Hajah: Mana wakil dari Jabatan ***?
Aku: Saya. (sambil ramai menunding ke arah aku)
Hajah: Ouh... Ini lah orang nya, orang kuat Jabatan ***?
Aku: (dalam hati) Apasal pulekkkk?.

Tapi aku taknak la menimbulkan spekulasi dengan bertanya lebih lanjut. Aku cuma senyum, dan teruskan dengan Mesyuarat tadi.

Bila agak waktu sudah hampir berdetik ke Jam 3.30, aku ke tingkat bawah.

Kelihatan beberapa yang aku kenal, para pegawai2 yang dulu ramah, mula menongkat mata dan tidak tersenyum langsung bila melihat aku.

A'ah.

Aku mula merasakan bahawa ada sesuatu yang busuk mula berbunyi di pejabat besar. Kelihatan beberapa pegawai cuma menjeling, dan aku mula rasa tidak selesa.

Entahlah.

Hidup di dalam sektor kerajaan, memerlukan aku jadi drama queen.

Bila ada sesuatu yang gah berlaku, kena join dan mengetahui. sibuklah mengendeng. baru lah di kenali seantero pejabat. dan segala macam permintaan anda, dipenuhi.

"Wow, cantiknya cincin akak tuuuu... mesti beli kat Harrods." - Ini kalau seorang pengarah yang baru balik london, dan membeli cincin, dan aku kenalah bergaya sedemikian.

"Kereta baru akak ke tu?. Cantiklah. Pandai you carik kaler" - Ini kalau orang beli kereta baru, dan anda mahukan sesuatu daripadanya.

"Akak, kau buat je surat kat Mekanikal, suruh dia pasangkan kabel network kat cawangan. Alaaa.. kau kat Ketua Bahagian, Mesti la diorang dengar, Syah kalau mintak, mesti dia tak dapat punya lah..." - Ini si babi sundal.

Sebenarnya aku boleh jadi bitter dan jahat. Tapi entah kenapa, aku mula kurangkan jadi begitu. Sebab aku rasa, semua orang kat pejabat aku agak risau sejak kedatangan aku. Iyelah. aku pernah di cop perampas kuasa dan pencantas orang orang lama.



"Kau baru balik umrah ke?" - Ini dialog untuk aku.
"Kau nak tiru BOB ke?"- fuck.

Takde joke lain ke?.


cuba lah kau cakap macam ni,...

"Syah, kau dah lama ke jadi Neo-Fascisme?"
"Marah betul kau ye?"
"aku baru nak ajak kau pergi Mcd, tapi macam kau dah anti-capitalism je sekang?"



ok. this is right.

dari aku bunuh orang (which is not that cool)... dan aku tumbuk si babi sundal tu, baik aku cukur rambut kasi botak.


masa case aku kena maki di bulan puasa tahun lepas, aku beli DSLR.



i need a shrink.

Monday, May 11, 2009

pagi yang gelap, dan terus gelap.

"kisah di bawah ini, merupakan 100% benar. peduli lah kalau pengarah nak marah aku."

iye. pagi tadi memang agak mencabar lah. biarlah aku subjektifkan dulu dialog pagi tadi.

watak2 adalah seperti berikut.

Pn.Ana
Pengarah.
En.Syah (dlm tune belum gosok gigi, dan rambut serabai)

Babak 1. (di pejabat)

En.Syah sedang menekan2 tetikus untuk menyiapkan quotation lukisan untuk Stadium Hoki. Tetiba Pengarah datang dan bertanya.

Pengarah : syah, (angkat jari jemari bersimbolkan "what's up?, how about my painting?")
En.Syah : Ok je, puan. saya dah pergi stadium tu... tapi memang besarlah kawasan nak letak lukisan, cuma di bataskan dengan DC box tu je.
Pengarah : a'ah...
En.Syah : saya tengok dah ada painting kat situ. gambar pasu dengan tulisan kaligrafi cina. sapa yang buat?
Pengarah : Kawan aku punya tu, eh... lukisan kau tu, mahal sangat lah... tak bleh kurang ke?
En.Syah : Frame pun mahal tu kak. Jadi camna? Saya cuba ekjas lah... petang ni saya bagi ye?.
Pengarah : ok... (terus menuju ke bilik Pn.Ana)

Babak 2.
Kerani 1: En.Syah, Pn Pengarah nak jumpa, nak bertanya pasal cuti En.Syah, kenapa panjang sangat?.
En.Syah: Baik... Nanti saya follow up. (terus menuju ke arah Pengarah)
Pengarah: Kau cuti ni, nak gi mana lama2?...
En.Syah: errr... nak uruskan perkahwinan saya... (buat gaya sarungkan cincin di jari)
Pengarah: eh, tak shakap pun... tak jemput pun... ai.. dengan saya pun tak jemput?.
Pn.Ana: (dalam keadaan muka yang nak kena sepak),baguslah kau nak kahwin ni, ubah la perangai budak budak tu...
En.Syah: hah??? budak budak apa nye kak??.
Pengarah: A'ah... Jangan pakai selipar lagi... Dapat orang mana?.
En.Syah: What?. Saya dapat orang Kedah.
Pn.Ana: Kau tu, ubah perangai... macam budak budak...
En.Syah: Eh... Baguslah jadi budak budak, takdelah serius je.. Aih kak, pagi pagi dah buat perangai... Tak dapat ke malam tadi?
Pn.Ana: Jadilah matang sikit... Tak payah lah jadi budak budak. (waktu ni, serius tangan aku dah ringan nak sepak dia).
Pengarah: dah dah... Bila majlis?...
En.Syah: Bulan 12.
Pengarah: Lama lagi... kenapa awal sangat dah nak siap itu ini.
En.Syah: ouh... Saya dapat orang kedah, tapi dia takde kat M'sia... jadi kena lah siapkan semua awal2...
Pengarah: takde kat Malaysia?..
Pn.Ana: Kau tu, bila dah kahwin, jangan lah jadi budak budak.. terkejar kesana sini... (serius, aku nak sepak dia dah... tapi aku sabar lagi sebab depan pengarah). Jangan pakai selipar lagi.
En.Syah: AAA? BILA PULAK AKU PAKAI SELIPAR?. NI ELOK JE PAKAI KASUT?.
Pengarah: Aaa... Kat mana tadi Syah.. Aaa... dapat orang mana?... Kau tak jemput pun aku... aiii... dapat orang jauh, bawak bawak le berjumpa aku ni aaa... Kat mana orang rumah kau?.
En.Syah: Orang Kedah. Tapi mengajar di Borneo...
Pengarah: ouh ke... aku sebenarnya, nak guna ramai orang waktu kau cuti ni... kan ada hoki tournament tu...
Pn.Ana: Bagilah dia cuti, karang susah pulak.
Pengarah: (berkerut kening) eh... Saya yang bagi cuti. Bukan you yang decide cuti dia. Takpe syah. Kau cutilah.. Nanti dah settle semua, jangan lupa jemput...
En.Syah: Ok je puan. Saya jemput puan ajelah, majlis kat johor je saya jemput, kat kedah, macam tak payah je... Budak budak opis ni, tak payah jemput... buat menyemak je kat majlis saya... (rasa mcm best je kuarkan statement ni)
Pengarah: (tersenyum kelat).

Babak 3.
Di kedai gunting rambut.

En.Syah : Aneeey... Kasik abes rambut i...
Tukang gunting : Ok Boss.

(3 minit selepas di kedai gunting)




Babak 4.
Di Pejabat. En.Syah sedang memantau kerja di kaunter. Kelihatan pengarah baru habis berbincang. Pengarah menghala ke pintu keluar.

Pengarah: Eh, mana rambut? Hilang?
En.Syah: Iye. Baru je tadi potong.
Pengarah: Sempat je potong waktu kerja?.
En.Syah: Sempat je. Kejap je pun. 10 minit. Tak macam orang lain, makan pagi pun sampai 2 jam.
Pengarah: (tersenyum kelat).

Best kan tempat kerja saya, kan?.
Best dapat Ketua Bahagian yang perasan bagus. Sebenarnya, mulut aku dah gatal nak cakap ayat ayat berikut depan Pn.Ana tadik..
"Biarlah saya macam budak budak, at least saya dah masuk Universiti, dan gaji saya lebih besar dari awak. Kau?. STPM je kan?. Kecohlah kau betina."

atau

"Kenapa akak sibuk serang peribadi saya?. Saya tak kacau kakak pun, sebab saya tahu, akak bangang, tak pandai apa2 pasal office ni. sekolah pun tak habis, anak beranak tonggang langgang, kufur nikmat, .... dan lagi cercaan yang berbisa".
tapi, saya masih lagi manusia. dan, masih lagi waras.

cuma jangan suruh saya berhenti jadi budak budak. nanti semua orang tak suka bila saya serius...


Lini, Tuck, dan Ming Ming jugak... wanderpets datang membantu.... ouh, ini seriusss...

cheers, mate.

Monday, May 4, 2009

bila aku menulis tentang...

aura AIM belum jelak jelak nak habis. disana sini aku melihat karakter karakter yang sibuk menyibuk bercerita tentang kejayaan si anu dan si anu.

*sementelah pada akhir AIM itu, aku menonton persembahan HUJAN dan MUH adalah recycle ala ala Freddie Mercury & David Bowie atau MCR & The Used*

kalau nak bercerita tentang kolaborasi, rasanya penuh entri ini aku listkan dengan nama nama artist lain. pada aku, baguslah buat begitu. mereka mereka ini, aku tengok adalah band band yang A-List pada tahun 2000-an.

cuba kita selak sekitar tahun 1990-an. kita ada search, wings, iklim, bloodshed (sekadar menyebut beberapa nama) dan mereka mereka ini juga di sebut sebagai copy-cat.

Search = Helloween.
Wings = Motley Crue.
Iklim = Eagles la kot, sebab ada bunyi country country sikit. :)
Bloodshed = Dream Theater.

Malahan XPDC jugak di cop sebagai Metallica Malaysia.

Search juga mencedok lagu band jepun untuk lagu NOMBOR. tapi, tiada siapa pun nak hairan. zaman itu, informasi kita terlalu terhad (internet juga hanya ada pada mereka yang berharta sahaja). apa yang ada, itulah yang kita layan. kalau nak dengar band band luar negara, kena la tunggu radio putarkan. ataupun tunggu saudara mara yang belajar di luar negara, bawak balik Queenryche, tidak macam sekarang, kita ada wikipedia, dan my-spacey.

aku pun, tahu band band ini dari radio. alhamdullilah, aku tinggal di Johor dan radio seberang (98.7 fm dan RIA 89.7) selalu jugak pasang lagu lagu dari negara luar. masa itu, radio Malaysia paling advanced pun ada Time Highway, itu pun ada pasang lagu INXS. dan Blind Melon. kemudian ada Better Than Ezra.

Nirvana?. Hampeh langsung takde pasang.


Trivia = Percaya atau tidak, aku tahu NIRVANA dari cousin aku yang balik dari Bradford, bawak vinyl NEVERMIND, yang hanya boleh diputarkan di rumah makcik aku. melalui tiub mcm bunga raya itulah aku layan Lounge Act, dan Smell like teen spirit. Haishhh!!!.... Klasik.



Kemudian, aku mendengar radio BEST 104. (deejay nya yang popular ialah Linda Onn dan sapa lagi sorang tu, yang buat rancangan "Muah 23 kali" tu). mereka mereka ini lah yang membawa ilmu tentang album album luar negara ke telinga aku.

Radiohead, Stone Temple Pilot, Bush,

err.....Poison (yeah, aku dengar glam rock).

kemudian, aku mendengar band band yang ada ala ala seattle sound. Ikhsan dari Billboard top100 di radio 98.7.

NIN, Pearl Jam, L7, Garbage, Mudhoney, Smashing Pumpkins, R.E.M, (masa ni, semua nak pakai nerd glasses mcm Micheal Stipe, iya... bukan Kurt Cobain yang start evolusi nerd glasses ini).

Bila habis demam Nirvana, keluar pula band band Brit. dan sekelompok Europe. Oasis, Blur, Suede, Pulp, Ocean Color Scene, The Stone Roses dan The Auteurs.

Kemudian datang pulak demam lagu lagu dari soundtrack film. Evil dead I & II, The X-files, Beavis and Butthead goes to Hollywood, Airhead, Singles, clerks, 24hours people, dan paling best ialah The Crow.

dan senarainya berterusan...

Waktu aku di Machang, tempohari. aku mula mendengar band band subversif yang rasminya tidak akan keluar radio mainstream di Malaysia ini.

(Pada aku, dengan mengetahui ilmu ini sikit sahaja, dah boleh dah menjejakkan kaki ke gig dan cari awek emo dan esentrik. tapi, secara bangangnya, anda akan rasa menipu diri, sebab niat dah lari. hahahhaha)

lalu aku mendengar Horse the Band, at the drive in (sekarang sudah jadi The Mars Volta dan Sparta), Protest the Hero, 30 seconds to Mars (... yeahhhhh!!!), silverstein, taking back sundays, Dropkicks Murphy, Coheed and Cambria dan paling stail ialah Dashboard Confessional. (malah aku pernah bawak lagu Hands Down semata mata nak dapat awek emo kat stulang, tapi itu kisah lama)



hahahha. penat. dan memalukan jugak la entri ini. kena bukak pekung jugak lah ye?

tak mengapa.

sekarang playlist aku dalam kereta ialah

lagu faizal tahir yang dalam slot Matahari tiap tiap petang tu...




dan diselit dengan lagu Lamb of God dan Between the Buried and Me.


ouh, NIN nak datang singapura. jadi siapa mahu ikot?

saudara dhutam beritahu saya ni.
(pro nye- trent reznor. cons nye- takde duit).

cheers mates.

Friday, May 1, 2009

kejutan di Hari Buruh.

hari ini, aku di rumah. setelah 2 minggu kutinggalkan kerana berkursus di Kluang.

apa sahaja yang telah aku tinggalkan ye?

ouh... mantan kekasih lama aku, sudah putus hubungan dengan teman lelakinya dan kini sudah ada yang baru. yeah!. yes, begitu cepat dia berusaha memenuhkan ruang. cuma secara tipikalnya, aku akan berkata...

AKU PEDULI APA!!!!... PERGI MAMPUS KAU LAH. (ouh ye, ustaz aku cakap, kalau doakan orang cepat mati atau doa doa untuk aniaya orang, pasti tuhan tak makbul, jadi... jangan lah risau sangat. orang macam kau ni, lambat mati, sebab tuhan nak bagi kau bertaubat dan menyesal).

aku tidak mahu mengulas panjang hal ini, kerana pada aku, perkara yang lepas, hai janganlah dikenang, kalau dikenang, hai meracunlah diri.... (lagu P.Ramlee).

cuma nasihat aku pada sang baru itu, berjaga jagalah. terutama di kala Anugerah Juara Lagu atau dikala Hari Lahir nya nanti. dan juga, jangan percaya sangat bila dia kata "saya sayang awak" tatkala dia naik bas rapidKL. :)


kejutan yang kedua ialah ini.

aku rasa bersalah sebenarnya. kerana sebagai rakan, aku gagal untuk meng-update-kan diri aku tentang suka duka rakan aku yang seorang ini.

aku sendiri rasa jijik untuk mengaku bahawa aku seorang rakan yang baik. ah, terasa sengal di kepala otak aku.

terasa aku ingin saja bertanya khabar, tetapi rasanya sudah terlewat.

segan pun ada.

tapi tengoklah nanti, mungkin setelah aku berjaya mengumpul kekuatan, akan ku gagahi juga untuk menghubunginya.

give me some time to think ya.

cheers!