Friday, December 5, 2008

introducing... zaibaktian.

hari ini sangat tak best.
kerana.
1. aku lambat bangun lagi. (ain, belikan i alarm clock baru, yang siap ada siram siram air ye?)
2. jalan pandan sesak luar biasa kerana ada kemalangan ngeri (teksi terputus dua, eeee....)
3. aku hilang rasa hormat pada kakitangan pejabat aku.

mari aku huraikan lagi sebab sebab hari ini hari tak best aku.
1. aku bangun lambat. jadi dgn pakaian tidur, aku hidupkan kereta, terus menghala ke pejabat, usai thumb print, aku menghala ke masjid larkin, mandi manda dan pakai baju melayu maroon aku yang hensem tu.

2. jalan pandan sesak luar biasa, kedua dua jalan. yang menghala ke kota tinggi dan ke pusat bandaraya. teksi terputus dua angkara membuat pusingan U dan terus terbalik. waktu aku sampai ke lokasi, tinggal pintu kereta dan bahagian2 yang bersepai2. eee... gross.

3. semalam, ketua bahagian aku, dan ke tiga tiga pembantunya, hilang (pedulilah dengan betina tu, aku tak heran pun, cuma aku risau pasal pembantu2 nya sahaja). tidak hadir ke pejabat. sampai ke tengahari, baru lah aku dapat tahu mereka ada kerja luar. itu pun ada sms dihantar kepada pegawai yang lagi satu. kemudian datang surat kebenaran melawat ke PNM dari pejabat besar.

alamak, apa cerita siap nak sembunyikan dari aku?
pejabat ni, bukan besar sangat. simpanlah macam mana sekalipun, pasti aku dapat cungkil juga.

yang tidak enaknya, salah seorang pembantunya itu, memang mendapat hormat tertinggi dari aku, kerana pengalaman dan keterbukaannya menerima pendapat aku. malah aku bersedia untuk menabalkan beliau sebagai salah seorang penerima anugerah kecemerlangan untuk tahun depan. aku jadikan dia father figure, sebagai ikon untuk staff staff baru... tapi...

pagi tadi, sewaktu dia datang ke pejabat, siap menyanyi gembira, seolah tiada salah, seolah tiada kesilapan yang dibuat semalam. seolah aku ini, hanya patung. sepatutnya, beritahulah padaku, apa yang berlaku semalam, kenapa tidak hadir, pergi kemana, kerana aku ini salah seorang dari pegawai yang menjaga dia. sekurangnya, kalau berlaku apa apa, boleh lah aku menjawab pada dato' bandar nanti.

adakah atas sebab yang mengheretnya itu ketua bahagian, lalu boleh sahaja menutup bangkai dengan begitu sahaja? apa sial pulak perangai kau? babilah.... cukuplah aku babikan ketua bahagian itu, jangan lah ditambah lagi title babi tu kat diri kau...

yang kelakarnya, dia siap naik ke aras 2, sambil buat buat tidak bersalah. oh manusia reptilia.

rasa hormat aku hilang terus. dan sepanjang hari, aku rasa macam nak sepak je muka dia. (tapi aku masih lagi salam dia kat masjid waktu solat jumaat, sebagai orang islam, tak baik putuskan silaturahim) cuma aku ini bersikap professional. pejabat adalah pejabat.

dan petang tadi, sewaktu aku berbincang untuk SKT, dia datang sambil menjemput makan pisang goreng. tanpa rasa bersalah langsung.

apa? pisang goreng?

kau belikan aku dengan pisang goreng? maruah aku semurah itu kah?

bukan macam kau, boleh dibeli dan di gadai. pisang goreng apa barang? at least, bagilah Haagen-Dasz tujuh tiub ke, sport rim 3 spoke ke,... deng!.

rasa macam nak ajak budak budak office boikot je pakcik ini. hahaha...

ohye, untuk semua. aku nak kenalkan kau artis baru dari temasik yang amat stailo...

namanya Zaibaktian.

try google.



judulnya, lelaki baru.

enjoy.