Monday, March 29, 2010

Melipat Kapal Terbang Kertas

Yeah... I'm back. (sebenarnya aku ada menulis di FB notes, maaflah)

Dari hiatus yang entah masuk bulan ke berapa agaknya... Bukan otak kering, tapi tugas membebankan setelah berpindah ke department cawangan menolak waktu aku untuk menulis. Serius, kerja menjaga cawangan begitu berat beb... bayangkan nak jaga 3 cawangan (yang keempat coming soon)... ianya seperti membela mempunyai 3 kolam ikan kecik. dulu aku jaga satu kolam besar je, itupun bahagian sistem permakanan. sekarang jaga 3 kolam sekarang, 3 kolam kecil, yang mempunyai sistem sistem yang penuh onak duri. yikes.

banyak kelebihan aku duduk kat sini. ye, aku sudah berpindah dari main office, ke pejabat yang lebih kecil, atas arahan birokrat kayu. memang kayu. dengan alasan yang kayu juga.

(muzik latar : Azlan & The Typewriter - Kelibat Sang Penyair)

tapi aku suka di sini. tiada hiruk pikuk umpatan, tiada orang kacau. jiwa aku tenang. (staff aku seorang sahaja, itu pun perempuan). perancangan strategik pun boleh dijalankan dengan mudah. ouh ye, tiada drama queen. itu yang paling penting... Tiada lagi "ouh, cantiknya tudung akakkkkk, beli kat London ke?" sambil berkira kira modal untuk mengumpat di belakang nanti.

yang paling penting...

aktiviti dan program2 yang aku rancang, alhamdullilah berjalan mudah. tanpa kekangan dari wanita bangsat dan birokrat kayu. walaupun program aku berirama kekampungan (e.g Kelas Menjahit Manik), ianya berjalan dengan lancar... Alhamdullilah.

Ouh, si birokrat kayu ada berbunyi tentang betapa program aku ini berbunyi ala ala kampung. hahaha.. fuck her. Sib baik ada boss baru yang faham ke-relevan-an program aku.

dan setelah program itu berjalan cantek, mulalah si birokrat kayu mahu bergesel bahu, mahukan program lain pula... adeyaii... ni yang malas berkerja secara produktif... nanti memang selalu kena ramas tenagaaa... tak rela ai noookkk...

ok dah... nak kerja.