Wednesday, November 26, 2008

the way it is, and the way it will be...

tepat pukul 13.25

aku berseorangan di pejabat.

semua pembantu tiada, kerana urusan peribadi. jadual bertugas di papan putih itu hanya titik bengik untuk mendapat ISO dari pihak tertentu.

Ketua Bahagian entah kemana.

aku ditemani oleh suara suara PRA (pem.rendah am) yang sudah berpuluh tahun kerja di sini, sibuk menepuk meja mempertikaikan persoalan dungu. "kemana semua orang?"

aku tidak tahu.
dan aku tidak peduli.

walaupun aku baru beberapa bulan menggalas tugas ini, jelik di hati aku membuak2 semenjak hari pertama aku melapor diri. dengan Ketua Bahagian aku yang langsung tidak profesional, yang sibuk mencanang kekotoran orang lain.

"jangan baik si anu, jangan tergoda dengan si ini, jangan mendabik dada dengan ilmu kamu yang baru setahun jagung."

hah..

di tambah lagi dengan kerenah pembantu - pembantu nya yang sering menjilat punggung, dada, dan mulut si Ketua Bahagian (ini metafora ye?), dan mereka mereka mengiyakan Si Ketua Bahagian walaupun dia salah.

KESALAHAN ditutup dengan suapan wang ringgit dan kenaikan SKT. RM RM RM.

aku jadi benci.

ouh.

dan mereka mereka ini, bodoh sombong. bodoh dalam erti tidak tahu. dan sombong kerana meminta tolong pada orang yang tidak tahu juga.

bodoh bodoh bodoh.

ada satu insiden, di mana mereka mereka ini, ingin mencetak, sekali lagi aku tekankan... ingin mencetak dokumen yang di label sebagai "pdf. secured document". dimana tidak boleh dicetak kecuali dengan cara menukar jenis dokumen itu, kepada Word atau Spreadsheet.

mereka riuh di bilik pejabat, dengan macam macam mitos purbakala.

"printer rosak"
"printer perlu di uninstall"
"komputer ada virus"
"software bermasalah".

aku di partition belakang, hanya tersenyum.
melihat telatah orang orang yang tidak tahu. dan sombong tidak mahu bertanya.

ohye, aku bukan suka mengendeng dengan tune betina jahat, yang lebih kurang berbunyi "eh, apa riuh riuh ni, korang buat apa ni?".

aku lebih suka diam. dan tengok sahaja.

dan ini berlarutan, hingga ke satu tahap, mereka bertekak sesama mereka. dan aku pergi makan.

pulang dari makan, aku tengok masing-masing masih bertelagah. printer sudah disambung, dan berpuluh cd2 installer, sudah bersepah.

aku pun di panggil ke komputer hadapan, sambil melihat melihat apa yg di buat oleh mereka beruk2 ni.

di komputer hadapan, masalah yang sama jugak. dan ada seorang kontraktor (yang aku cukup benci), sambil bergelak gelak melihat aku datang. aku pun tersengih.

"apa yang kecoh2 ni?" katanya.
"ouh, file pdf ni, takbleh nak print. kena convert dulu jadi word. aku guna zamzar.com ni..." kataku.
"eh, tak payahlah, aku selalu buat, ok je, meh sini lah... kecoh kecoh. zamzibar lah, zam zam lah." katanya.
"ok. kau buatlah. aku buat cara yang aku tau..." kataku.

dia menelek2 file itu, cuba menekan2 ikon ikon printer yang tidak aktif, sambil berharap magis akan berlaku. aku tersengih lagi. biarkan lah...

bila aku selesai menukarnya, dan mencetak. dia terkejut. sambil tune mcm sial dia, "apa kau buat?. apasal aku tak boleh buat ni?".

dan aku membalas. "aku tukar dokumen ni jadi word, biasalah aku ni ilmu tak tinggi, spm pun takde... aku buat cara manual. kot kot kau boleh buat cara moden ke?"

emm... penat kan?

Monday, November 17, 2008

Banjir Oh Banjir.

entri kali ini adalah amat ringkas.

baru baru ini, aku menghadiri satu majlis pernikahan rakan di simpang waha, kota tinggi. aku cuma jadi pemandu, tapi bila dah sampai sana, aku disuruh ambil gambar.

secara retoriknya, aku memang bawa kamera.

jadi, aku upload lah nanti.

sekang kat opis.

tak baik salahguna kuasa.

ouh ye.

aku beli kereta baru...

sekian terima kasih.