Monday, May 4, 2009

bila aku menulis tentang...

aura AIM belum jelak jelak nak habis. disana sini aku melihat karakter karakter yang sibuk menyibuk bercerita tentang kejayaan si anu dan si anu.

*sementelah pada akhir AIM itu, aku menonton persembahan HUJAN dan MUH adalah recycle ala ala Freddie Mercury & David Bowie atau MCR & The Used*

kalau nak bercerita tentang kolaborasi, rasanya penuh entri ini aku listkan dengan nama nama artist lain. pada aku, baguslah buat begitu. mereka mereka ini, aku tengok adalah band band yang A-List pada tahun 2000-an.

cuba kita selak sekitar tahun 1990-an. kita ada search, wings, iklim, bloodshed (sekadar menyebut beberapa nama) dan mereka mereka ini juga di sebut sebagai copy-cat.

Search = Helloween.
Wings = Motley Crue.
Iklim = Eagles la kot, sebab ada bunyi country country sikit. :)
Bloodshed = Dream Theater.

Malahan XPDC jugak di cop sebagai Metallica Malaysia.

Search juga mencedok lagu band jepun untuk lagu NOMBOR. tapi, tiada siapa pun nak hairan. zaman itu, informasi kita terlalu terhad (internet juga hanya ada pada mereka yang berharta sahaja). apa yang ada, itulah yang kita layan. kalau nak dengar band band luar negara, kena la tunggu radio putarkan. ataupun tunggu saudara mara yang belajar di luar negara, bawak balik Queenryche, tidak macam sekarang, kita ada wikipedia, dan my-spacey.

aku pun, tahu band band ini dari radio. alhamdullilah, aku tinggal di Johor dan radio seberang (98.7 fm dan RIA 89.7) selalu jugak pasang lagu lagu dari negara luar. masa itu, radio Malaysia paling advanced pun ada Time Highway, itu pun ada pasang lagu INXS. dan Blind Melon. kemudian ada Better Than Ezra.

Nirvana?. Hampeh langsung takde pasang.


Trivia = Percaya atau tidak, aku tahu NIRVANA dari cousin aku yang balik dari Bradford, bawak vinyl NEVERMIND, yang hanya boleh diputarkan di rumah makcik aku. melalui tiub mcm bunga raya itulah aku layan Lounge Act, dan Smell like teen spirit. Haishhh!!!.... Klasik.



Kemudian, aku mendengar radio BEST 104. (deejay nya yang popular ialah Linda Onn dan sapa lagi sorang tu, yang buat rancangan "Muah 23 kali" tu). mereka mereka ini lah yang membawa ilmu tentang album album luar negara ke telinga aku.

Radiohead, Stone Temple Pilot, Bush,

err.....Poison (yeah, aku dengar glam rock).

kemudian, aku mendengar band band yang ada ala ala seattle sound. Ikhsan dari Billboard top100 di radio 98.7.

NIN, Pearl Jam, L7, Garbage, Mudhoney, Smashing Pumpkins, R.E.M, (masa ni, semua nak pakai nerd glasses mcm Micheal Stipe, iya... bukan Kurt Cobain yang start evolusi nerd glasses ini).

Bila habis demam Nirvana, keluar pula band band Brit. dan sekelompok Europe. Oasis, Blur, Suede, Pulp, Ocean Color Scene, The Stone Roses dan The Auteurs.

Kemudian datang pulak demam lagu lagu dari soundtrack film. Evil dead I & II, The X-files, Beavis and Butthead goes to Hollywood, Airhead, Singles, clerks, 24hours people, dan paling best ialah The Crow.

dan senarainya berterusan...

Waktu aku di Machang, tempohari. aku mula mendengar band band subversif yang rasminya tidak akan keluar radio mainstream di Malaysia ini.

(Pada aku, dengan mengetahui ilmu ini sikit sahaja, dah boleh dah menjejakkan kaki ke gig dan cari awek emo dan esentrik. tapi, secara bangangnya, anda akan rasa menipu diri, sebab niat dah lari. hahahhaha)

lalu aku mendengar Horse the Band, at the drive in (sekarang sudah jadi The Mars Volta dan Sparta), Protest the Hero, 30 seconds to Mars (... yeahhhhh!!!), silverstein, taking back sundays, Dropkicks Murphy, Coheed and Cambria dan paling stail ialah Dashboard Confessional. (malah aku pernah bawak lagu Hands Down semata mata nak dapat awek emo kat stulang, tapi itu kisah lama)



hahahha. penat. dan memalukan jugak la entri ini. kena bukak pekung jugak lah ye?

tak mengapa.

sekarang playlist aku dalam kereta ialah

lagu faizal tahir yang dalam slot Matahari tiap tiap petang tu...




dan diselit dengan lagu Lamb of God dan Between the Buried and Me.


ouh, NIN nak datang singapura. jadi siapa mahu ikot?

saudara dhutam beritahu saya ni.
(pro nye- trent reznor. cons nye- takde duit).

cheers mates.

5 comments:

ainfazrin said...

bang. ko dgr lagu coba meredah jem kat jb tu bang?

haih. jgn terbukak baju dah lah ek. ko ni bukan leh pcaya sgt. kurang daya tahan err..libido?



hahhahahhahahaa. how r u? i mimpi u....heh.

in.cek.syah said...

fine fine fine aje.

baru kebah demam. tapi masih bercuti. lagu coba tu, agak menarik kerana berbau toy boys, dan gay-ish.

ish ish.. mimpi i? horrible. pastikan i pakai baju tau tau tau..

:p

ainfazrin said...

kodi betul. ko siap berkopiah lagi. dun worry. hahahhahaa.

ary said...

hahaha. dato
nice article..
err nin mai spore ek?
adusss... ni gua tak tahan ni.. ble?
lyn trent tu.. haih..
kalola a perfek circle dtg.. gua isim bakali..
huhu~

in.cek.syah said...

ye bang. depa turun bulan lapan. awak kalau nak ikot, bagi nama lah. kita buat rombongan mak cik kiah jalan2 pi tengok Merlin.

nnt aku try mintak trent buat encore lagu a perfek circle.

mana tauuu kan?