Tuesday, April 7, 2009

kisah si pendek.

sebenarnya entri ni, dah lama aku nak tulis. hampir 3 minggu jugak. jadi aku perap dalam laptop, yang aku mail-merge ke bentuk notepad.

korang ada rakan rakan yang fizikalnya, rendah?.

atau bahasa kasarnya, bantut. dwarf.

dan pendek.

entri ini bukanlah nak mengutuk atau mencerca ciptaan tuhan. cuma ingin memberi kata kata untuk kita melihat, dan mengamati... ciptaan tuhan yang satu ini.

dalam kehidupan aku yang melebihi suku abad sekarang, aku sudah menerima sejumlah rakan rakan dan kenalan yang bantut.

secara kronologinya, mengikut demografinya.

1. etot. orang pahang.
2. desmond. orang kl.
3. linda. orang jb.

dan yang paling terbaru.

4. Leman Bantut. Orang JB.

jadi, kalau kita naratifkan kisah kisah mereka, orang orang bantut ini akan berperasaan dan bersikap tipikal sesama mereka.

mereka akan :-

1. berani.
2. berbahasa keras.
3. sering menganggap diri mereka betul.
4. degil.

kalau kita kaji balik, sifat sifat mereka ini mungkin terbentuk dari sifat mempertahankan diri mereka.

sikap orang orang sekeliling yang offensive. suka mencerca. dan memandang kepada kalangan si bantut ini, sebagai lemah. jadi sebagai menangkis, mereka akan memafhumkan sifat sifat tadi.

tapi, pada aku lah. salah masyarakat kita sebenarnya. pertama sekali, dalam tatabahasa kita, menyebut bantut, pendek, rendah, ketot dalam nahu yang negatif.

bantut.
pendek.
rendah.
ketot.

bantut contohnya, membawa maksud tidak mencapai objektif.
pendek pula menggambarkan ukuran yang singkat.
rendah pula digambarkan kurang tinggi.
ketot. emmm... carilah sendiri.

semuanya membawa kelemahan, dan justifikasi yang tidak positif langsung.

hei, pendek. itu offensive kan?

hahahah...

eh, mengarut pula.

aku sebenarnya nak tulis pasal kehendak aku semalam yang terlah terbantut, kerana filem yang aku nak tengok tu, sudah di bantutkan tayangannya.

nah, berbunyi negatif kan?...

ok. jumpa lagi.

p.s : aku tengah training untuk menulis kembali. bak kata june, aku sudah tumpul menulis. haissshh......

No comments: