Tuesday, March 24, 2009

eh, rajin pulak saya menulis.

unpublished post. dated a week ago.

waktu sekarang ialah 1 tghari.

waktu untuk tidur sekejap. bilik kerja di penuhi oleh PAR dan PRA yang sibuk bermain DOMINO. dan aku sebagai Person Incharge, hanya menaip menaip report di meja sendiri.

tempohari, aku bertemu si orang orang kuat. dan dia berkata...
"betapa pejabat kau tu, memerlukan orang orang yang layak di paksi atasnya, bukan sang gila kuasa perasan kuat tapi suaranya senang dicantas dek si talam dua muka".

ouh, rupanya isu ini sudah berkembang ke pejabat besar.

sejujurnya, aku tidak mahu mengulas panjang tentang apa yang berlaku. bercerita tentang ini, itu sama dengan membuka pekung sendiri.

kemudian, aku bertemu dengan orang orang kuat di bahagian lain, tetapi di jabatan yang sama. mereka gelak gembira, boleh bertepuk tampar, dan tidak bergaduh2. malah, boleh mengutuk sesama sendiri, dengan nada gembira.

KERJA JALAN JUGA. meriah.

tiba rasa cemburu. kenapa pejabat aku tidak begini?

dan aku mula gembira untuk duduk bersama.

lalu, sang ketua bahagian, bertanya khabar.

"kat opis kau tu, tidak boleh simpan rahsia. kalau pagi bergesel bahu, petangnya satu pejabat besar tahu *diikuti dengan gelak besar*"

ouh.

No comments: