Friday, July 31, 2009

uncool. dan tidak updated.

baru baru ini, (sebenarnya sebentar tadi) saya menjamu selera di KEDAI X bersama rakan rakan pejabat. untuk makluman anda pembaca semua, rakan rakan pejabat saya semuanya kemas dan tidak selekeh. metroseksual. dan semuanya ada piawaian untuk makan di mana dan bagaimana.

saya? adalah berlawanan. warung SKG depan kilang bateri tu pun saya bantaikan.

pada saya, janji sedap dan mengenyangkan.

halwa muzik saya merangkumi semua. dari emo, screamo, hinggalah clasiccal tune of Vivaldi, Strauss dan Wagner. ouh, saya juga dengar Willie Nelson. Yuna juga.

Lagi satu, saya minat lagu lagu A.R Rahman. ways before his "Jai Ho" and Slumdog Mania..

Dil Se adalah salah satu soundtrack kepunyaan A.R Rahman yang saya gemari.

Jadi, apabila nada dering telefon bimbit saya mengalunkan lagu Jiya Jale, maka rakan rakan pejabat saya semua menjeling. dengan nada "apa class dengar lagu hindustan?"

shiite.

begitu juga bila saya mendengarkan lagu MUH "lagu ku untukmu" seketika dulu, sebelum mereka menang Juara Lagu.

"lagu apa ni?" "bingitlah" dan "entah apa apa".

itulah komen mereka.

bila sudah menang, barulah kata wow.

enigma rakyat kita.

begitu juga waktu saya membawa handbag. lalu di kutuknya dan dikatakan "GAY!". how cruel.

saya siniskan dengan berkata, "korang tunggu kalau orang popular pakai, atau aznil pakai". semua cakap "wow, cantik...". dan semua berebut pakai juga.

dan baru baru ini, cristano ronaldo pakai, dan hampir semua manusia di malaysia sudah mula menggunakannya pula. rubbish.

begitu juga waktu ekin memperkenalkan trend tudung nya. semua orang pakai.

sedangkan, trend tudung itu datang dari INDONESIA.

begitu juga sewaktu demam tudung Wardina, semua semua sudah mula berdemam2. sedangkan ianya berfesyen dari iran.

makanya, bila celebrity yg guna, semua pun woahhhh....

kenapa kita tidak mulakan dulu. kenapa kita tidak mau jadi trendsetter?.

macam juga industri fotografi di malaysia. seingat aku, dentuman DSLR baru baru ini je. itu pun setelah DSLR jadi murah dan mampu di miliki. lalu semua menggantung DSLR ke hulu hilir. menembak2.

trend juga.

bila semua nak BerHDR. semua kemaruk.

aduyai.

lagi satu yang aku cukup menyampah, ada yang claim pakai DSLR, gambar jadi smart dan cantik. Ini penyakit semua manusia. Pakai DSLR, tak semestinya gambar kau smart. yang penting teknik. TEKNIK squidward... TEKNIKKK. Takpe... TEKNIK boleh dipelajari.

pakai kamera point and shoot pun hensem, kalau kau tahu tekniknya.

chessss.

ikut pepatah mamat ni.

"photographer create the image, the camera take the image, and photoshop do the rest".

chalooooo...

2 comments:

a g u s said...

betol bang..dslr bkn lah akn konpemkan trus gamba ko tamtek.. commercial la ok..commercial... ahahahaha...ahhh..lame lah jgk aku sejuk kan ati..damnnnnn...

kamalmasrun said...

kau masih berpandangan sinis terhadap tipikal org [melayu], aku sayang sama kau, aku jugak rindukan lagu sanggam