Wednesday, July 8, 2009

nawaitu.

setiap hari niat saya berkerja ialah untuk mencari rezeki. dengan ucapan bismillah, saya berkerja dengan tekun. dan saya tidak memperdulikan orang lain.

dan sikap tidak memperdulikan itu, memakan diri saya.

sesungguhnya, (pada siapa yang kenal diri saya) saya tidak pernah menjadi "larger than life". untuk menjadi "drama queen", saya tidak mahu juga. waktu saya di sektor swasta dulu, memang saya tidak pernah mengacau orang.

saya dengan kerja saya, kamu dengan kerja kamu. period.

tetapi bila saya menjejak kaki ke sektor kerajaan. saya jadi terpinga pinga. saya jadi orang lain semata mata untuk mendapat keselesaan hidup di tempat kerja.

mungkin takdir saya atau memang rezeki saya begitu. mendapat ketua bahagian yang tidak pernah bersangka baik, mendapat pembantu yang bertalam dua muka, mendapat pemandu yang tidak hormat orang atasannya, dan mendapat anggota bawahan yang tidak mendengar arahan.

tapi saya redha.

dan saya faham. mereka mereka berkepentingan di pejabat ini, lalu apa sahaja keputusan saya yang melangkah arus, pasti tidak akan di ikut. kerana mereka mereka ini, masih lagi mengejar kemewahan dunia. yang penting, hidup senang. dan SKT di hujung tahun, adalah berkepala lapan.

dan saya masih redha lagi.

untuk makluman semua, deskripsi tugas saya ialah :-
1. menjaga sistem sirkulasi.
2. memantau sistem katalog.
3. memudahcara program program untuk di jalankan di pejabat.

cuba kamu lihat. ada ke deskripsi untuk menjilat bontot, dan mengipas tetek di situ?

tiada kan?

jadi, apa salah saya?.

tapi setelah insiden perjumpaan 2 mata jumaat lepas, saya lihat kerja kerja saya menjadi lebih mudah.

sekarang, selepas punch-in, saya duduk di meja.

duduk di meja, sampai jam 1 tghari.
kemudian makan.
kemudian duduk di meja lagi.

jam 5.30 ptg, saya balik.

hidup saya jadi rutin. yes. tidak perlu lagi fikir fikir tentang perangai orang orang ini semua.

yeah!. seronoknya.

1 comment:

tanglong!! said...

keadaan kau memungkinkan org untuk mengatakan kau sombong dan takleh ajak berkawan, begitu jugak aku, semua ayat kau btol dan aku juga sedang merasa, cuma aku di sektor swasta, syabbas untuk kita berdua sahabat~