Showing posts with label Uitm Lendu.. Show all posts
Showing posts with label Uitm Lendu.. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

Penat. dan magik hari rabu.

Assalamualaikum.

Entri kali ini memang secara langsung dari meja pejabat aku. Pertama kali aku mencuri masa menitipkan tulisan dari meja aku sendiri. (biasanya dari bilik server, takpun di meja perkhidmatan pelanggan yang memang 24jam internet percuma).

Terus terang aku katakan, aku bukanlah penulis yang baik. "Baik" di sini, lebih menjurus kepada kesopanan aku dalam menulis. Bukan kebagusan aku menulis.

hari ini agak menarik jugak.

Maghrib tadi. aku bertemu si Koja. (bagi sesiapa yang satu kampung dengan aku, maka nama Koja ini adalah sinonim dengan memandu motor secara laju dan isu isu khayal bawah jambatan). dan magiknya, Koja kini sudah Berserban dan berdahi hitam.

Alhamdullilah tuan.

Aku ingat lagi circa 1993, hanya T-shirt Iron Maiden, Queensryche, Sodom dan lain lain kugiran meminum darah saja pakaiannya. Permainan hariannya ialah sekotak drum buatan sendiri (siap tom tom dan high hat) yang diketuk dari tudung periuk. sedang aku dan rakan rakan lain masih khayal dengan He Man dan Spiderman.

kemudian selepas SPM, aku menghilang.

dan cerita Koja terus tamat di situ.

Sekitar 2004, aku bertemu kembali si Koja ini. sudah bercewek dan ingin berkahwin.

aku iyekan. Nanti kita jumpa lagi, katanya.

Insya Allah.

dan sesungguhnya Allah temukan lagi kami. Jodoh kami masih panjang. dan Koja yang aku lihat tadi adalah versi re-furbished.

entah bila dapat aku bersembang lagi tentang Sodom dan Helloween lagi dengannya.


dan Magik hari ini lagi.

sedang aku browsing sekitar blog. aku berjumpa pula dengan FLY.

10 tahun tidak ketemu. (kali terakhir di UiTM Lendu waktu aku extend part8 circa 1999). Rakan rakan nya menjadi rakan se-asrama aku.

ORETRUCK, ADI, POKNIK, MIKEL, dan sapa tah lagi.

aku masih ingat si fly ini dengan kacamata spunky ala ala Kurt Cobain.


Hey. akhirnya, aku jumpa jugak kau Fly.

i felt like i'm home already.

Thank You.