Wednesday, September 9, 2009

melarut air liur di kala pagi semalam.

malam tadi, aku berbuka dengan rakan rakan pejabat.

dan, aku rasa gembira. hampir 90% datang kecuali you know who-lah. tidak mengapa, program ini pun bukan aku yang taja, dan bukan aku perancang utama. jadi, tidak kisah lah.

makanan memang menarik. aku tidak mahu sebut, lagi lagi kalau anda pembaca blog ini dan orang johor pula. nanti terliur. (ok, otak otak kempas, ikan cencaru bakar, ayam bakar, nasi goreng kampung, meehoon...dsb)

ok.

siapa sangka, dalam tengah makan makan, aku mendapat kesedaran. dan ini menambah lagi rasa syukur aku diberi segala macam pengalaman hidup.

iye.

dan segala kewajaran dalam hidup aku, mula bersatu kembali. yeah.

No comments: