Friday, August 14, 2009

pedih pedih merangkumi jiwa.

dari pukul 7 ptg tadi, aku tidak makan.

bukan sebab ketiadaan nasi atau ketiadaan wang, ataupun sebab aku malas, tapi kerana tetiba aku rasa dah kenyang. mungkin atas natijah makan benda yang berkat dan halal asasnya.

apa sahaja aktiviti aku hari ini?

dari pagi, selepas mendaftar diri menggunakan sistem pengenalan biometrik (punch in lah kata pasarnya) aku pun membuka dada akhbar. selak selak, takde pape.

jadi aku terus ke kaunter pelanggan yang akan di buka jam 9 pagi setiap hari. aku hidupkan semua PC di setiap penjuru, sambil melihat lihat masalah jika ada. semua ok. kecuali PC untuk pemulangan mengalami kerosakan pada barcode scanner nya. sedikit catatan ku tulis untuk memo pada pembantuku.

jam 9.30 pg, aku pergi minum. makan makan sambil sembang mak limah.

tepat jam 10.00pagi, aku menyusur pulang ke pejabat. Ketua Bahagian Pembangunan Insan menghubungi aku mengesahkan penyertaan beliau untuk program hari sabtu ini. Kemudian pembantunya menelefon aku memastikan cheque tempohari sudah dihantar.

Alhamdullilah.

jam 11.00 pagi, aku menghubungi Unit ICT untuk pemberitahuan masalah scanner pagi tadi. jadi, semuanya selesai.

itu lah rutin kerja aku.

pagi check sistem, buat troubleshooting.
tengahari check sistem, buat troubleshooting
petang check sistem dan mengumpat.

hari jumaat buat backup.

petang jumaat buat blog.

pukul 6ptg aku balik rumah.

menghadap kesesakan jalanraya di johor bahru ini.

6.45 ptg sampai rumah.


itulah hari hari aku buat.

jadi, kalau orang beritahu yang aku tidak buat kerja. aku redho.

apa yang mereka mereka nampak, aku duduk sahaja menghadap komputer. entah buat apa tah.

tapi mereka faham tak, kalau mereka "on"kan PC tu, mesti ada satu recognization phase untuk mereka masuk sistem. bukan tekan tekan nombor, benda tu masuk sendiri.

kalau network printer tu boleh print, mereka masih ingat benda tu hidup sendiri.

kalu mereka mengimbas BARCODE, memang akan terus di ketahui asal usulnya. tanpa orang masukkan data.

jadi, benda tu semua automatik la kan? BODOH? kan? kan?


kalau kau tidak boleh access internet, tidak boleh nak acquire ISBN dari LLLB, kau tepuk tepuk je lah monitor tu... kot kot boleh kuar.



SYAH TU TAK BUAT KERJA.

YE.

AKU TAK BUAT KERJA. yesza.

best gila office aku ni. kimak kau lah sial.




sekian terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

kau mengalami kemarahan teramat sgt sahabat~ semuga dengan berkat kesabaran, pompuan tu akan tekantoi n mengaku kat bos besar kau atau teros ke en najib pm kita bahawa dia memfitnahmu seadanya

in.cek.syah said...

aku pun tak rasa dia akan mengaku jika aku suapkan air jampi. ini orang banyak susah mahu di kemaskinikan kepala hotaknya.

rendam dengan clorox atau bahan peluntur lain saja lah jawapannya.