Monday, August 24, 2009

3 hari berpuasa.

Assalamualaikum.

hari pertama aku berpuasa dengan tenang. mata di jaga (sebab aku duduk kat rumah je), mulut pun cantik di simpan. petangnya aku menghambat pulang ke Pontian, dan terus membaham kuih apam ciptaan Mama. (errr... Mama ni, adalah Kak Ngah aku, dipanggil mama sebab anak anak dia panggil mama, terus lekat sampai la ni).

hari kedua berpuasa, aku tidur sampai tengahari, urut urut kaki bapak. sakit katanya. Ok, fine. bukan nak kejar title anak mithali, cuma aku je yang sedar tengahari tu. cucu cucunya sibuk bermain tembak tembak di bawah pokok duku. petangnya usai solat asar, aku pun memecut pulang ke P.gudang. hendak mengejar tarawikh di Masjid Perjiranan 9.

hari ketiga puasa, (tadi la) aku telat bangun sahur. sedar sedar sudah imsak. maka aku menggosok gigi sambil menunggu air panas masak. (untuk mandi ye, bukan untuk buat mee instant :)) ouh ye. hari ini hari bekerja.

dan rasminya, bila hari berkerja memang puasa aku jadi lapar dan dahaga sahaja. senario pejabat aku yang memang mengajak aku ke jalan mungkar. muahahhaha.

berdetik punch card biometrik aku itu, mulalah pahala puasa aku menyurut dengan drastik.

1st stop, tengok bilik Ketua Bahagian. ding!. dia takde. ok fine.
2nd stop, tengok meja pembantu penerbitan aku, ok. dia ada. hensem. boleh sembang mak limah sikit. bla bla bla... saya kena jaga kempas, dengan Mat June. ok.. bla bla bla. settle.
3rd stop, meja aku lah. tengok suratkhabar tersusun kemas.

yesza.

baca paper, sambil mata terpejam pejam kerana mengantuk. Haiii mata, Haaaii nyawa. Takpe. aku cuba gak lah mengjegil2 mata supaya tahan.

ok.

jam berdenting 12.45tengahari. aku membuat senarai Kerja Lebih Masa, tapi mata aku mula terpejam pejam. tak boleh tahan. lalu aku pun menyelinap ke bilek aktiviti. Masa Ain sms aku pun, entah apa2 aku jawab tah.

BUMP!. tido.

pukul 2 ptg, aku bangun. dengan segar bugar.

yeah... baru boleh berkembang.

Pom pom pom. Ketua Bahagian membebel. Yesza... (pahala aku mula berdikit dikit turun).

aku biarkan.

Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom, ada pegawai pun buat tak tau je... Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom Pom semua buat tidak ambil endah. Pom Pom Pom Pom Mari semua anggota, kita kemaskan bilik pengarah. Pom Pom Pom Pom

dan berderet deret pembebelan dia. aku biarkan. Sabar sabar.

kemudian, Kak Jamiah menegur aku.

K.J : Incek Syah tidak pergi menghias bilik pengarah?. Katanya kita dapat pegawai baru.

I.S : ouh, tak perlu ramai ramai ke situ. cukup 3 orang. bukan kita nak kosongkan pun bilik tu.

K.J : dah siap siap plan nak sambut pegawai baru ke, Incek Syah?

I.S : plan apa?. semua dah siap dah orang lain buat. yang jilat tetek, yang jilat bontot, semua ada. Saya amek yang lebih lebih lah cukup lah. Jari dia takde orang jilat, saya amek jari la kan?. Ok tak.? Lagipun, diorang semua dah ready. saya je taknak masuk campur. Saya kerja dengan ikhlas.

Serius, pahala puasa aku jadi kosong.

Jadi, ari ni adalah puasa lapar dan dahaga.

sekian terima kasih.

sedikit nota untuk Dato' Bandar yang baru ni.

Tuan Haji, bawak bawak lah tengok pengurusan kami ni, ketua bahagian nya suka bela anak emas, yang suka tidur di kaunter itulah yang dapat Anugerah Cemerlang. Yang selalu hilang di pejabat itu lah yang di kelek menganduh habuan dari supplier. Yang suka ketawa kuat kuat itu lah di angkat jadi peneraju pentadbiran.

Saya tidak mengejar ini semua. Tapi, janganlah di jaja cerita saya ini sukar berkerjasama, pemalas, dan tidak efisien. Saya tidak suka mengendeng, tidak suka menjilat dan tidak suka membuat cerita jika tiada pucuk pangkalnya.

Saya sedang training untuk menjadi Drama Queen. :)


SubhanaAllah. Bukakanlah hati mereka mereka ini.

No comments: