Wednesday, August 5, 2009

Verses of Love

Aku memang meminati karya Hanung Bramantyo (Brownies, Catatan Akhir Sekolah, Jomblo) kerana ianya lebih dekat dengan manusia, walaupun karya karya beliau ada yang agak cliche, tapi pedulikan lah.

aku suka. Kau tak suka, aku peduli apa?.

dan petang tadi, selepas aku dibebani dengan kerja kerja pejabat, aku melungsur ke Music Valley. Niat di hati ingin mencari laskar pelangi, tapi aku terjumpa Ayat Ayat Cinta. Akhirnya. Setelah terlepas tayangan di pawagam Malaysia, aku dapat juga melihatnya dalam kotak tiub.

Di sini, aku tegaskan. Aku sudah membaca naskah tulisan Habiburrahman El Shirazy ini, dan seriusnya, aku begitu beriya mahu menonton naskah filemnya. tapi masa tidak pernah menyebelahi aku, jadi aku pun sekadar berpesan pesan dalam hati, Insya Allah aku dapat menontonnya.

Walaupun pelakon pelakon dalam filem ini, tidak menepati bentuk watak imaginasi novel tersebut, tapi faktor itu terlalu minor. Jalan cerita, dialog (dipermudahkan) dan situasinya tidak berbeza dari naskah tulisan.

cuma watak watak dalam penjara itu dinatijahkan sebagai seorang sahaja. bukan lima. bukan ustaz. bukan sang sahibul kahfi yang terbangun di kala semua pencakar langit menabur baja di bumi.

Islam itu SABAR dan IKHLAS.

Ya Allah. Betapa kita lupa bahawa kita terlalu sombong di muka bumi ini. Kadangkala kita sombong dengan udara yang Allah beri. Allah tidak pernah meminta, malahan tidak pernah berkira dengan kita.

Kenapa pula kita perlu berkira2 dengan Nya?.

Kalau benar kita ikhlas, kenapa pula kita sibuk mecongak pahala bila melakukan kebaikan?. Ya Allah. Kadang aku lupa ya Allah. Aku lupa.

Mungkin ingatan Allah di berikan dalam pelbagai bentuk natijahnya (filem, buku, bencana) cuma kadang kita tidak pernah berhenti untuk berfikir sejenak.

adakah kita layak meminta itu ini dari Allah?.

Aku sombong ya Allah. Aku sombong dengan Kau. Aku lupa bahawa mereka mereka yang kau berikan kepada ku setiap hari, adalah cermin untuk aku. Supaya aku berpesan di hati, jangan lah aku berubah menjadi mereka mereka itu.


Keinsafan datang lagi.



Amin Amin Ya Raballamin.

1 comment: