Wednesday, August 12, 2009

Penat. dan magik hari rabu.

Assalamualaikum.

Entri kali ini memang secara langsung dari meja pejabat aku. Pertama kali aku mencuri masa menitipkan tulisan dari meja aku sendiri. (biasanya dari bilik server, takpun di meja perkhidmatan pelanggan yang memang 24jam internet percuma).

Terus terang aku katakan, aku bukanlah penulis yang baik. "Baik" di sini, lebih menjurus kepada kesopanan aku dalam menulis. Bukan kebagusan aku menulis.

hari ini agak menarik jugak.

Maghrib tadi. aku bertemu si Koja. (bagi sesiapa yang satu kampung dengan aku, maka nama Koja ini adalah sinonim dengan memandu motor secara laju dan isu isu khayal bawah jambatan). dan magiknya, Koja kini sudah Berserban dan berdahi hitam.

Alhamdullilah tuan.

Aku ingat lagi circa 1993, hanya T-shirt Iron Maiden, Queensryche, Sodom dan lain lain kugiran meminum darah saja pakaiannya. Permainan hariannya ialah sekotak drum buatan sendiri (siap tom tom dan high hat) yang diketuk dari tudung periuk. sedang aku dan rakan rakan lain masih khayal dengan He Man dan Spiderman.

kemudian selepas SPM, aku menghilang.

dan cerita Koja terus tamat di situ.

Sekitar 2004, aku bertemu kembali si Koja ini. sudah bercewek dan ingin berkahwin.

aku iyekan. Nanti kita jumpa lagi, katanya.

Insya Allah.

dan sesungguhnya Allah temukan lagi kami. Jodoh kami masih panjang. dan Koja yang aku lihat tadi adalah versi re-furbished.

entah bila dapat aku bersembang lagi tentang Sodom dan Helloween lagi dengannya.


dan Magik hari ini lagi.

sedang aku browsing sekitar blog. aku berjumpa pula dengan FLY.

10 tahun tidak ketemu. (kali terakhir di UiTM Lendu waktu aku extend part8 circa 1999). Rakan rakan nya menjadi rakan se-asrama aku.

ORETRUCK, ADI, POKNIK, MIKEL, dan sapa tah lagi.

aku masih ingat si fly ini dengan kacamata spunky ala ala Kurt Cobain.


Hey. akhirnya, aku jumpa jugak kau Fly.

i felt like i'm home already.

Thank You.

6 comments:

Fly said...

salam in.Cek.Syah..aku sangat teruja nih..thanks bro lawat blog aku, wahhh what a small world kan bro berjumpa dengan sahabat2 di uitm Melaka di alam cyber..

Syah im so sory 1000x, oleh kerana kelembabpan minda bagai x cukup RAM aku masih lagi x cam ko. puas aku tenung2 gambo ko tu, tapi masih x jumpa jawapan. apa ye nick name ko di uitm? maybe lebih mudah aku mengenali..ish apa lah lembab otak aku nih.lagi sekali bro aku minta maaf.please give me ur detail mana tau klu2 leh kuar ngeteh ke.

in.cek.syah said...

fly : hahha.. aku faham. sebenarnya, aku sudah membesar sebagai 1/2 gorilla. jadi faktor lemak di pipi menjauhkan lagi ciri ciri segak dalam diri aku yang dulu.

dan jugak profil pic yang berbunyi halftone itu amat jarang membantu. kan?.

tempohari, aku bertemu adi. rasanya kau pun masih ingat dia lagi kan?.

aku pun baru balik ke Tanah Air, jadi aku pun teruja lah nak jumpa rakan rakan lama.


nick aku belon. ingat lagi?.

Fly said...

ooooooooooooooooooooooooooo my prennnnnnn mR belonnnnn... kecik tul dunio ni yek, wahhh lama tul x bejumpa yek, adi tu ada gak aku jumpa dia, dlm setahun adalah 2-3x. Ada masa nanti leh la kita ngeteh bro.. x silap aku dirimu itulah yang menjebak kan diriku dan sahabat2 yang lain ke kancah lagu2 jopun suatu masa dulu..masih kah ko ingat bro hehe.

anyway keep in touch bro, paling tidak pun di alam cyber nih.

in.cek.syah said...

aku ingat lagi... kiroro la kot? Luna Sea? X japan?. hahaha

aku baru je balik JB. Nnt lepas raya, kita berjumpa lah. kau ada YM?

Fly said...

x japan sudah semestinya heheh. YM : (zulkeflai@yahoo.com)

Jard The Great said...

ehehe.. bertemu dgn fly ek...

salam singgah dari ku.. ;p

ku singgah kejap