Tuesday, February 24, 2009

survival orang kita.


details : di sebelah ini, adalah list kerja. paper cutting, tak di proses lagi. pastu. kerja kerja.

shaisssshh...





spesis. orang kita. *ulang suara* ORANG KITA...

adakah KITA sudah jadi BRAND-NAME?.

apa yang berlaku sebenarnya? dan apa yang sudah berlaku sebenarnya?.

KITA, adalah satu sinonim yang boleh di juruskan sebagai... MELAYU.


Semenjak dari trauma pada 1998. Aku merasakan bahawa Politik di Malaysia, ialah untuk menyalurkan kisah cinta dongeng dari zaman dulu, ke zaman sekarang. dan Politik Malaysia menjadi begitu gay sekali.

iye. GAY.

Kenapakah?

kerana semua orang politik mahu suara mereka di dengar.
kerana semua orang politik mahu hak mereka diutamakan.
kerana semua orang politik mahu status mereka disamaratakan.

GAY lah tu.

hanya orang orang gay sahaja yang sibuk mahu suara mereka di dengar, hak mereka diutamakan dan status mereka disamaratakan.

we want equality,
we want a place in politic,
we want gay marriage.

YEP. cuma disinonimkan dengan aksi aksi murah. *lihatlah apa yang berlaku di perak tempohari*.

*kami nak re-election, kami nak undi tidak percaya, kami nak kote* MY ASS !!!.

orang kita lah yang paling GAY sekali. sekali lagi, orang kita... SURVIVAL kepala bapak korang.


dari segi apa yang dikatakan survival orang kita?.

dari segi ekonomi???. ehem. selain daripada anda ada KRONI KRONI, memang hidup anda adalah tidak bermakna. yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin. prospek hidup anda, adalah PERGI MAMPUS. ada kabel di government, baru lah boleh cerita. pastu ada spesis MLM yang sibuk promote di paper, majalah2, dan sticker2 di bus stop.

"kesempitan wang? sila telefon 07-*******" guna muka ND Lala.

rumah sebelah mati kebakaran, bukan dia tau pun.


dari segi sosial?.

TV kabel yang dipasang dirumah, telah membuang langsung konsep "duduk petang2 sambil mengumpat dan carik kutu dikalangan surirumah di tepi tangga sementara laki balik dari kerja."

Anak anak berteleku tengok Wonderpets, Spongebob, BEN10, langsung tidak bersosial dengan jiran2 di sebelah. bila dilarang tengok, maka mereka mengamuk, kerana mahu hak mereka di halang....

SEE... dah macam GAY kan???

dari segi berbudaya?

apa budayanya ORANG KITA sekarang?.

mari kita check sekarang.

1. jika di ajak berbincang, kita tikam pihak lawan. yes.
2. jika di ajak bergembira, kita provokasikan supaya semua orang jadi tidak gembira.
3. jika berjanji, kita berdusta.
4. jika bercerita, tidak pernah jujur.
5. jika orang lain berjaya, kita jadi tidak suka dan cuba jatuhkan nya.

ORANG KITA = GAY.

*ini pos yang amat amarah, sambil melihat orang orang busuk hati membuat kerja*.

ye, aku ada isu.

Thursday, February 5, 2009

budak budak dapat gula gula

halwa telinga : The Killers - Human.

di sebalik keghairahan orang sibuk menangguk keriuhan cuaca politik di Perak, aku sibuk dengan Pembudayaan Koporat dan Penjenamaan Semula di tempat kerja ku. sibuk sana, sibuk sini, dan tidak terfikir langsung dengan keriuhan politik di Perak. Lagipun, aku ada isu dengan orang Perak, jadi tidak perlulah di lanjutkan lagi.

itu mengarut.

kemudian aku menghala ke rumah.

menjenguk email.

kemudian menekan nekan alat kawalan jauh tv kabel yang harga langganannya semakin melangit.

(efek tekan tekan remote)
101.

Mulanya,

kelihatan Panel yang dulunya masuk ISA bersama Anwar Ibrahim bergelak ria.

biarkan.

aku ke dapur untuk menyiapkan makan malam, sambil telinga mendengar fakta2 yang ditujah si panel tadi.

aku tertarik dengan hujah si panel tadi tentang "titah sultan jangan di sanggah", "takdir tuhan" dan "kerajaan kita yang bakal memerintah Perak". eh, "kita"?

siapa "kita"?.

dan apakah itu "Perak"?

oklah.

kita buat undian. atau statistik yang jujur.

1. Dalam sehari, berapa kalikah terlintas di hati kita tentang kerajaan negeri Perak?
a. sekali?
b. dua kali?
c. tiga kali?
d. atau beratus kali? (pilihan yg terakhir untuk bendera dacing)

2. Terkesankah tentang apa yang berlaku di Perak dalam kehidupan kita (esp. orang orang negeri lain)?.
a. tidak?
b. ya?
c. tidak pasti?
d. pedulilah dengan orang sana, semua tak guna. (yeah, i got issues)

3. Selain dari bunyi bunyi sumbang tentang si dacing yang kemaruk kerusi enak dan bilik berhawa dingin, apatah lagi yang berunsurkan bukan Politik disana?
a. bijih timah?
b. kayu balak?
c. rumah limas J.W.W Birch?.
d. Kellies Castle?

jadi, apa kesannya?

tiada kan?.

jadi, apa polemiknya? apa politiknya?.

aku tidak mahu menyentuh kisah politik wang, atau pluralisme. itu selekeh. dan tidak bertamadun. harga diri boleh dibeli, jadi itu bukanlah isu baru.

aku juga tidak mahu menyanggah sang sultan, nanti aku derhaka jadi batu.

aku cuma mahu menyentuh dua titik penting, dengan apa yang berlaku.

1. Janganlah menyuntik tentang pincangnya kerajaan pasca Mac 2008 dulu, yang diberi mandat rakyat hanya atas tiket kepentingan orang Melayu. orang tu baru memerintah, 10 bulan. kalau bayi, baru boleh merangkak. apa yang kita nak harapkan?. kau nak diorang terus melangkah gagah ke? ingat kuda ke beranak terus berjalan?. fikirlah sikit abang oiii...

2. Demokrasi di Malaysia, hanya momokan.

dengan terjadinya peristiwa sogok sarang tebuan semalam, secara tidak rasminya, demokrasi di Malaysia ini hancur.

Kalau dengan mudah sesuatu kerajaan yang di pilih rakyat, (walaupun dalam majoriti kecil) di picis, dimomok, diludah, dan dipojok... jadi apa makna kita memilihnya dari awal lagi?.

jadi, tidak perlulah berpilihanraya seperti selalu, kerana... apa yang kita pilih.

akhirnya, ADUN lompat parti, majoriti jadi kecil, dan VOILA. we got a new, well-tuned-to-our-climate state government.

dan inikah yang dipanggil "saluran yang betul untuk memilih kerajaan?".

emm... mulai esok, boleh lah kita fikir pasal kepentingan negeri Perak.

now, i wonder, esok agaknya, sarapan apakah untuk MB Perak yang baru?.
dan agaknya, orang orang kat taiping tu, sudah berlampu isyaratkah di Kg Jana?.

eh, ini penting... kerajaan Perak banyak main peranan dalam hidup aku. :p. orang perak tak makan, aku risau weiiiii......

hahahaha....

eh, lepas ni, Selangor pulak kot?.

Tuesday, February 3, 2009

cuti 5 hari dan drama sabun. dan sedikit anekdot raja lawak.

what's hot : bercuti cuti malaysia.
what's not : penat.

semenjak hari sabtu, aku sudah berada di negeri selangor. dari serdang ke bangi. itu sahaja tempat yang di tuju.

melepak dengan Azah, dan Agus, di ikuti dengan menonton LIVERPOOL vs CHELSEA di Restoran Amir, bersama Agus, Joe Black, Topet, Akim dan Pidot.

kemudian duduk di rumah Agus.
memang rasminya, aku jadi tukang masak. lapar, jadi aku masak dan makan - makan. sambil menonton cerita cerita picisan di TV kabel.

tetiba si Agus memasang cerita Awan Dania. re-run sebenarnya sebab dah abes season (ikut kata pidot)

melihat aksi Nasha Aziz sebagai coach, dan Chuck sebagai so-called orang kuat AirAsia, menjadikan aku jelek.

pertama sekali.

Siapa Dania? sehinggakan Nasha Aziz beriya iya mahu recruit dia jadi Flight Attendant?. Ramai lagi perempuan cantek yang berkeinginan seperti Dania, kenapa pilih dia? aku tak nampak pun specialnya perempuan tu? (selain dari ketawa besar dan suka provoke).

adakah memang kena ambil si Dania tu, jadi fligh attendant ke?. kalau dia tak jadi flight attendant, akan kiamat kah dunia?.

Dania tu, bukan jedi pun. Makanya, kalau dia tak jadi flight attendant, AirAsia takkan terkesan langsung. dania hanya orang biasa. yang kau boleh jumpa kat mana2 pun.

keduanya.

Ini adalah satu tabiat drama sabun orang Malaysia, menyelitkan akronim cinta dalam waktu kerja. walaupun ianya realiti, tapi bodohlah jika diselitkan kisah cinta waktu berkerja, pergi meeting pun cerita pasal cemburu, cinta, kasih sayang. Patutlah syarikat kau muflis, apa taknya, waktu meeting pun bersengketa kerana cemburu.

Babi lah.

yang ketiga dan terakhir.

Dania tu, wataknya tidak di kembangkan sebagai istimewa, despite her "jantan" laughs, and "jantan" walking style, there's nothing special about her.

jadi, patut di berhentikan saja drama itu.

ok. kita ke gelanggang raja lawak pulak.

secara jujurnya, aku tak pernah tengok raja lawak ni, sehinggalah budak budak opis aku cakap "best" dan "bagus". dan mereka suruhlah menonton. kali ni, episod yang perlu menerapkan aksi aksi filem dalam lawak mereka.

seperti biasa.

sumpah seranah aku terhambur dengan hanya sekali jeling sahaja.

semua macam haram. teristimewa sekali si Amir. how fuck.!

Wednesday, January 21, 2009

susah.

circa 2006.

"merah tu marah, tak pun maksudnya berani.
abes tu, coke tu minuman yang berani lah ye?."

ouh. hari ini ialah memenatkan diri.

dari pagi hari, aku berhempas pulas menyiapkan komputer di meja kerja aku yang sudah macam sial. aku buat sendiri. lebih puas hati.

bukannya takde IT dept kat tempat aku kerja, cuma ianya meremehkan. dan solution setiap masalah mereka ialah "format dan setup baru". sheesshhh..!

banyak work aku yang hilang nanti.

petang tadi ada mesyuarat jab. lalulintas dgn PBT. ternganga aku dengan sangap nak isap rokok. hj leman yang duduk sebelah aku dah terhenggut2 mengantuk. dato' masih ok, kerana dia ada bilik kebal (dan lesen besar) untuk meracun dada di dalam bilik meeting.

kalau aku hisap rokok sesama tadik, harus aku tidak menggangur minggu depan.

eh, melalut.

takpelah.

jadi, hari ini tiada apa yang indah.

spekulasi bahawa fitnah fitnah yang mengatakan aku sombong dan tidak boleh berkerjasama telah terjawab. statement kak jijah selepas meeting dalaman semalam, menangkis semua tohmahan tersebut. dan membuat aku terfana sekejap.

"akak dengar2 cerita yang dua pegawai baru ni, sombong, berlagak dan tidak boleh diharap. tapi ok je ni...."

rupanya ada suara suara bastard yang menjual aku sebagai berlagak, sombong dan tidak boleh berkerjasama.

that's pathetic.

tapi takpelah.

sekurangnya, aku dah tau siapa yang bermulut busuk.

euuwww..!

Monday, January 19, 2009

sifat kenegerian yang menebal.

[abaikan title kerana tidak ada kena mengena.]

ouh.

ini hari aku makan di kantin poslaju kg ungku mohsin. (jb-rians tahu la kat ner tempat ni). sebenarnya semenjak tauhun lepas lagi, aku sudah mula menangguk muka di situ, kerana masakan asam pedas yang amat best. (bak kata ijad rimau : "stone abes")

tak terkira enaknya.

malah, setiap hari kena makan.

macam addicted pun ada jugak. haiisshhh... apekah makcik itu bubuh dlm itu asam pedas?

pedulikan lah.

yang penting sedap.

dan pekerjanya amat stereotaip jb-rians.

"takdek duit kecik la bang, bayar esok lah"

pagi tadik, tadek duwet kecik.
tghari pun tadek.

jadi aku dah berhutang RM9.

"wah, esok bayar gila banyak... mcm mentekedarah".

yikes!.

Thursday, January 1, 2009

Batuk di tangga.














what's hot? : Sedang cuba mencuri masa untuk menonton Bedtime Stories.
what's not? : Sibuk, sibuk dan sibuk.




earwax remover : The Cure - Just Say Yes.


Selamat tahun baru Masehi 2009.


Aku baru saja menerima tugasan menimbun untuk tahun ini.


ding! ding! ding!


I need a rest. Really.


Dah macam robot aku berkerja sekarang.


8.30pg - 5.30ptg. Setiap hari.


Isu di sekitar pejabat masih sama.


ouh ye.


Aku baru membeli The Cure - Greatest Hits. album lama. dari dulu aku nak beli, tapi masa tak mengizinkan. sempat jugak mendonlod klip videonya, ikhsan dari rerakan di Machey dulu kelmarin.

Bezanya album ini dgn original cuts ialah ketiadaan lagu di track 7 - killing an arab. itu sahaja. selebihnya adalah sama dan berterusan.

Nanite. nak layan Just like heaven lagi sekali.

(ini post sudah seminggu usianya, tapi layankan lah)


Friday, December 5, 2008

introducing... zaibaktian.

hari ini sangat tak best.
kerana.
1. aku lambat bangun lagi. (ain, belikan i alarm clock baru, yang siap ada siram siram air ye?)
2. jalan pandan sesak luar biasa kerana ada kemalangan ngeri (teksi terputus dua, eeee....)
3. aku hilang rasa hormat pada kakitangan pejabat aku.

mari aku huraikan lagi sebab sebab hari ini hari tak best aku.
1. aku bangun lambat. jadi dgn pakaian tidur, aku hidupkan kereta, terus menghala ke pejabat, usai thumb print, aku menghala ke masjid larkin, mandi manda dan pakai baju melayu maroon aku yang hensem tu.

2. jalan pandan sesak luar biasa, kedua dua jalan. yang menghala ke kota tinggi dan ke pusat bandaraya. teksi terputus dua angkara membuat pusingan U dan terus terbalik. waktu aku sampai ke lokasi, tinggal pintu kereta dan bahagian2 yang bersepai2. eee... gross.

3. semalam, ketua bahagian aku, dan ke tiga tiga pembantunya, hilang (pedulilah dengan betina tu, aku tak heran pun, cuma aku risau pasal pembantu2 nya sahaja). tidak hadir ke pejabat. sampai ke tengahari, baru lah aku dapat tahu mereka ada kerja luar. itu pun ada sms dihantar kepada pegawai yang lagi satu. kemudian datang surat kebenaran melawat ke PNM dari pejabat besar.

alamak, apa cerita siap nak sembunyikan dari aku?
pejabat ni, bukan besar sangat. simpanlah macam mana sekalipun, pasti aku dapat cungkil juga.

yang tidak enaknya, salah seorang pembantunya itu, memang mendapat hormat tertinggi dari aku, kerana pengalaman dan keterbukaannya menerima pendapat aku. malah aku bersedia untuk menabalkan beliau sebagai salah seorang penerima anugerah kecemerlangan untuk tahun depan. aku jadikan dia father figure, sebagai ikon untuk staff staff baru... tapi...

pagi tadi, sewaktu dia datang ke pejabat, siap menyanyi gembira, seolah tiada salah, seolah tiada kesilapan yang dibuat semalam. seolah aku ini, hanya patung. sepatutnya, beritahulah padaku, apa yang berlaku semalam, kenapa tidak hadir, pergi kemana, kerana aku ini salah seorang dari pegawai yang menjaga dia. sekurangnya, kalau berlaku apa apa, boleh lah aku menjawab pada dato' bandar nanti.

adakah atas sebab yang mengheretnya itu ketua bahagian, lalu boleh sahaja menutup bangkai dengan begitu sahaja? apa sial pulak perangai kau? babilah.... cukuplah aku babikan ketua bahagian itu, jangan lah ditambah lagi title babi tu kat diri kau...

yang kelakarnya, dia siap naik ke aras 2, sambil buat buat tidak bersalah. oh manusia reptilia.

rasa hormat aku hilang terus. dan sepanjang hari, aku rasa macam nak sepak je muka dia. (tapi aku masih lagi salam dia kat masjid waktu solat jumaat, sebagai orang islam, tak baik putuskan silaturahim) cuma aku ini bersikap professional. pejabat adalah pejabat.

dan petang tadi, sewaktu aku berbincang untuk SKT, dia datang sambil menjemput makan pisang goreng. tanpa rasa bersalah langsung.

apa? pisang goreng?

kau belikan aku dengan pisang goreng? maruah aku semurah itu kah?

bukan macam kau, boleh dibeli dan di gadai. pisang goreng apa barang? at least, bagilah Haagen-Dasz tujuh tiub ke, sport rim 3 spoke ke,... deng!.

rasa macam nak ajak budak budak office boikot je pakcik ini. hahaha...

ohye, untuk semua. aku nak kenalkan kau artis baru dari temasik yang amat stailo...

namanya Zaibaktian.

try google.



judulnya, lelaki baru.

enjoy.