Tuesday, March 24, 2009

eh, rajin pulak saya menulis.

unpublished post. dated a week ago.

waktu sekarang ialah 1 tghari.

waktu untuk tidur sekejap. bilik kerja di penuhi oleh PAR dan PRA yang sibuk bermain DOMINO. dan aku sebagai Person Incharge, hanya menaip menaip report di meja sendiri.

tempohari, aku bertemu si orang orang kuat. dan dia berkata...
"betapa pejabat kau tu, memerlukan orang orang yang layak di paksi atasnya, bukan sang gila kuasa perasan kuat tapi suaranya senang dicantas dek si talam dua muka".

ouh, rupanya isu ini sudah berkembang ke pejabat besar.

sejujurnya, aku tidak mahu mengulas panjang tentang apa yang berlaku. bercerita tentang ini, itu sama dengan membuka pekung sendiri.

kemudian, aku bertemu dengan orang orang kuat di bahagian lain, tetapi di jabatan yang sama. mereka gelak gembira, boleh bertepuk tampar, dan tidak bergaduh2. malah, boleh mengutuk sesama sendiri, dengan nada gembira.

KERJA JALAN JUGA. meriah.

tiba rasa cemburu. kenapa pejabat aku tidak begini?

dan aku mula gembira untuk duduk bersama.

lalu, sang ketua bahagian, bertanya khabar.

"kat opis kau tu, tidak boleh simpan rahsia. kalau pagi bergesel bahu, petangnya satu pejabat besar tahu *diikuti dengan gelak besar*"

ouh.

menulis picis sambil menunggu sang supir.

Pokloh mengejut lamunan rambang aku.

"you sure about your statement? loads of mah malay friends pun kata dark night is boring, although I felt that bukan la boring cuma quite complicated for superhero movie genre.."

aish... Pokloh berbicara tentang status YMku yang terang terang mengutuk Watchmen the Movie. Iye, aku yakin sesiapa pun yang pernah baca Watchmen the Novel, (setelah/sebelum menonton filem itu) akan berkata... "mana pergi sotong yang hebat berwarna hijau itu?"... Yikes!.

Love it or Hate it. Semua ada bunyi tentang Watchmen The Movie.

(aku tetap tak suka lagu MCR di hujung filem. Malah aku masih berharap Smashing Pumpkins bawak TheBeginningIsTheEndisTheBeginning seperti dalam promo trailer). Dr Manhattan "bird2" jugak di blurkan bagi audiences di Malaysia, hahaha... mgkin terlalu kecik, bagi saiz Dokter yg begitu agung. hahaha... lagi sekali.

Kring Kring.

Telefoooooon.... telefooon berbunyi...
hahaha

eh, sang supir datang.
Mari naik Xtrail balik ke kantor.

Jom Jom.

Monday, March 2, 2009

berperisa perasa dan all that jazz.

28 feb hingga 2 mac 2009.

aku menghala ke tg piai. kursus PERASA. itu adalah kependekan dari PEMBIMBING RAKAN SAKERJA. ding!.

nanti aku upload gambar.

nanite. :).