Thursday, February 5, 2009

budak budak dapat gula gula

halwa telinga : The Killers - Human.

di sebalik keghairahan orang sibuk menangguk keriuhan cuaca politik di Perak, aku sibuk dengan Pembudayaan Koporat dan Penjenamaan Semula di tempat kerja ku. sibuk sana, sibuk sini, dan tidak terfikir langsung dengan keriuhan politik di Perak. Lagipun, aku ada isu dengan orang Perak, jadi tidak perlulah di lanjutkan lagi.

itu mengarut.

kemudian aku menghala ke rumah.

menjenguk email.

kemudian menekan nekan alat kawalan jauh tv kabel yang harga langganannya semakin melangit.

(efek tekan tekan remote)
101.

Mulanya,

kelihatan Panel yang dulunya masuk ISA bersama Anwar Ibrahim bergelak ria.

biarkan.

aku ke dapur untuk menyiapkan makan malam, sambil telinga mendengar fakta2 yang ditujah si panel tadi.

aku tertarik dengan hujah si panel tadi tentang "titah sultan jangan di sanggah", "takdir tuhan" dan "kerajaan kita yang bakal memerintah Perak". eh, "kita"?

siapa "kita"?.

dan apakah itu "Perak"?

oklah.

kita buat undian. atau statistik yang jujur.

1. Dalam sehari, berapa kalikah terlintas di hati kita tentang kerajaan negeri Perak?
a. sekali?
b. dua kali?
c. tiga kali?
d. atau beratus kali? (pilihan yg terakhir untuk bendera dacing)

2. Terkesankah tentang apa yang berlaku di Perak dalam kehidupan kita (esp. orang orang negeri lain)?.
a. tidak?
b. ya?
c. tidak pasti?
d. pedulilah dengan orang sana, semua tak guna. (yeah, i got issues)

3. Selain dari bunyi bunyi sumbang tentang si dacing yang kemaruk kerusi enak dan bilik berhawa dingin, apatah lagi yang berunsurkan bukan Politik disana?
a. bijih timah?
b. kayu balak?
c. rumah limas J.W.W Birch?.
d. Kellies Castle?

jadi, apa kesannya?

tiada kan?.

jadi, apa polemiknya? apa politiknya?.

aku tidak mahu menyentuh kisah politik wang, atau pluralisme. itu selekeh. dan tidak bertamadun. harga diri boleh dibeli, jadi itu bukanlah isu baru.

aku juga tidak mahu menyanggah sang sultan, nanti aku derhaka jadi batu.

aku cuma mahu menyentuh dua titik penting, dengan apa yang berlaku.

1. Janganlah menyuntik tentang pincangnya kerajaan pasca Mac 2008 dulu, yang diberi mandat rakyat hanya atas tiket kepentingan orang Melayu. orang tu baru memerintah, 10 bulan. kalau bayi, baru boleh merangkak. apa yang kita nak harapkan?. kau nak diorang terus melangkah gagah ke? ingat kuda ke beranak terus berjalan?. fikirlah sikit abang oiii...

2. Demokrasi di Malaysia, hanya momokan.

dengan terjadinya peristiwa sogok sarang tebuan semalam, secara tidak rasminya, demokrasi di Malaysia ini hancur.

Kalau dengan mudah sesuatu kerajaan yang di pilih rakyat, (walaupun dalam majoriti kecil) di picis, dimomok, diludah, dan dipojok... jadi apa makna kita memilihnya dari awal lagi?.

jadi, tidak perlulah berpilihanraya seperti selalu, kerana... apa yang kita pilih.

akhirnya, ADUN lompat parti, majoriti jadi kecil, dan VOILA. we got a new, well-tuned-to-our-climate state government.

dan inikah yang dipanggil "saluran yang betul untuk memilih kerajaan?".

emm... mulai esok, boleh lah kita fikir pasal kepentingan negeri Perak.

now, i wonder, esok agaknya, sarapan apakah untuk MB Perak yang baru?.
dan agaknya, orang orang kat taiping tu, sudah berlampu isyaratkah di Kg Jana?.

eh, ini penting... kerajaan Perak banyak main peranan dalam hidup aku. :p. orang perak tak makan, aku risau weiiiii......

hahahaha....

eh, lepas ni, Selangor pulak kot?.

2 comments:

ainfazrin said...

Selangor ek? hmm. kereta dan lembu lah pulak skang ni.

pasni semua org Selangor naik kereta lembu sudah. at least leh angkut air banyak, tak payah susah2 nak heret baldi.

kereta,lembu dan air di Selangor.

we shall let the tale begins....

Poklah Sc said...

umm..haha well said.

Dan ulasan seterusnya:
1. Pasal Kg Jana tu, err..sekarang ni berdekatan dgn Kg Jana dah ada 3 simpang yg berlampu traffic.

2. Kira2 dalam jarak 10km dari Kg Jana sudah ada 1 kamera AES (yours truly adalah salah seorang mangsanya. true story)

3. Aku dah tak duduk kat Taiping, aku dah pindah ke Ipoh, dekat2 dgn Sunway Lost World of Tambun (2km, max)..

Itu je lah huhuu...